fbpx

Isteri Tanggung Hutang Arwah Suami. Apa Cara Elak Bahaya Ini?

“Lepas suami meninggal, family mertua tanya mana bahagian mereka”.

Inilah antara baris ayat yang seringkali korang dengar bila melibatkan situasi harta peninggalan.

Jom kita ikuti kisah benar pasangan suami isteri, Sobri dan Mazlin ini:

Sobri merupakan seorang supervisor di syarikat swasta dan Mazlin pula menjalankan perniagaan kecil menjual kerepek secara sambilan.

Oleh kerana hanya tinggal menyewa, sekitar tahun 2016, Sobri dan Mazlin telah berhasrat memiliki rumah sendiri. Pasangan suami isteri ini merasakan mereka telah bersedia membeli rumah hasil dan berkat usaha gigih mereka membuat simpanan duit.

Lalu mereka berdua sebulat suara membuat keputusan untuk memohon pinjaman daripada bank bagi membiayai pembelian rumah teres dua tingkat bernilai RM300,000 di Rawang, Selangor.

Nasib menyebelahi mereka apabila permohonan pinjaman tersebut diluluskan oleh bank. Pihak bank telah meluluskan pinjaman sebanyak RM270,000 bagi pinjaman tersebut. Mereka berdua telah melakukan joint loan dengan meletakkan kedua nama mereka.

Pinjaman (loan) yang dilakukan ini merangkumi MRTT. Berbekalkan duit simpanan mereka sebanyak RM30,000 juga, Sobri dan Mazlin telah melakukan pembayaran deposit bagi rumah itu.

Pasangan ini bahagia menetap di kediaman impian baharu mereka.

Bayaran pinjaman kepada pihak bank juga dibuat tanpa masalah setiap bulan hasil daripada gaji Sobri.

Namun, setelah setahun berlalu, takdir yang tidak terduga, Sobri telah diserang strok lalu meninggal dunia.

Oleh kerana semasa membeli rumah ini mereka menggunakan joint loan dengan kedua nama mereka, maka MRTT bagi rumah ini hanya langsai pada separuh bahagian Sobri. Manakala, separuh lagi baki pembiayaan atas pinjaman rumah ini masih perlu dibuat bayaran kepada pihak bank oleh Mazlin. (KLIK sini untuk penjelasan lanjut tentang MRTT dan joint loan).

Mazlin merasa tertekan untuk mencari sumber kewangan kerana dia hanya menjalankan perniagaan kerepek secara sambilan.

Keadaan bertambah tegang dan menjadi konflik apabila ahli keluarga mertua Mazlin, iaitu ibu bapa dan adik-beradik Sobri mula bertanya hak faraid bahagian mereka terhadap rumah tersebut.

“Takkan hendak dijual pula rumah ni? Mana aku nak tinggal?”, bisiknya dalam hati. Mazlin mula resah memikirkan situasi ini. Dia hilang punca.

Kewangan sendiri belum kukuh, hanya rumah tersebutlah merupakan harta peninggalan sang suami sebagai jaminan untuk dia meneruskan hidup.

Mazlin mula sedar akan kesilapannya dalam membuat perancangan. Dia mula teringat semasa dia dan arwah suami membeli rumah ini, mereka terlalu fokus hanya untuk membeli, tetapi langsung tidak membuat hibah atau perlindungan takaful terhadap diri sendiri.

Sangkaan Mazlin, dia mempunyai hak mutlak ke atas rumah itu selepas kematian Sobri, namun hakikatnya hak faraid akan timbul apabila tiada hibah yang telah ditandatangani.

Ditambah pula dia dan suami tidak membuat sebarang perlindungan takaful, maka apabila berlaku kematian, Mazlin tidak menerima sebarang duit bagi kelangsungan hidupnya.

Perlindungan takaful ini penting di saat berlakunya tiga perkara : Kematian, kecacatan kekal dan sakit-sakit kritikal.

Akhirnya, Mazlin yang tiada sumber pendapatan yang kukuh dan tetap, terpaksa menjual rumah tersebut bagi membayar baki loan rumah itu kepada bank serta melunaskan tuntutan faraid keluarga mertuanya. Akhirnya dia terpaksa pulang ke kampung sendiri.

Pengajaran kepada kisah di atas ialah, korang harus bersedia apabila membuat perancangan terutamanya apabila perancangan melibatkan kewangan dan rumah.

Di sinilah pentingnya memiliki perlindungan dalam bentuk hibah takaful, supaya nasib orang yang disayangi akan terjamin selepas ketiadaan kita di dunia ini.

Korang harus ingat, malang tidak berbau dan persediaan itu sangatlah penting!

KLIK SINI UNTUK ELAKKAN NASIB KORANG SAMA MACAM KISAH NI

*Nama-nama watak telah ditukar bagi melindungi identiti individu terbabit.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp