fbpx

4 Sebab 65,000 Belia Di Malaysia Jadi Muflis!

Sejak tahun 2013 hingga tahun 2018, terdapat trend yang membimbangkan melibatkan kes bankrap di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, data menunjukkan seramai 64,632 orang belia (berumur antara 18 hingga 44 tahun) telah diisytiharkan sebagai bankrap (muflis) di Malaysia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dipetik telah berkata, bahawa kes tahunan bankrap tertinggi dicatatkan adalah pada tahun 2014 sebanyak 13,098 kes, diikuti oleh tahun 2013 sebanyak 13,036 kes.

Trend yang membimbangkan ini berpunca daripada beberapa faktor.

Jom kita lihat apakah faktor yang menyumbang kepada kes bankrap:

4 FAKTOR KES BANKRAP DI MALAYSIA

1. HUTANG KENDERAAN

Persepsi sesetengah rakyat Malaysia terhadap gaya hidup “biar papa, asal bergaya” adalah salah satu sebab hutang kenderaan menjadi faktor utama kepada kes-kes bankrap.

Akibat falsafah hidup seperti ini, ramai daripada golongan belia kini berlumba-lumba membeli kenderaan mahal demi menunjukkan status mereka.

Kenderaan adalah satu keperluan, sama ada untuk memudahkan pergerakan ke sesuatu destinasi atau ketika kecemasan.

Namun, kebanyakkan golongan belia Malaysia pada masa kini lebih gemar memilih kenderaan yang mahal yang tidak sepadan jika dibanding dengan kemampuan kewangan mereka.

Ini belum lagi ditambah dengan perkara lain yang menyumbang kos kepada kenderaan itu sendiri seperti cukai jalan, kos selenggara, kos kerosakan dan kos insurans kereta.

2. HUTANG KAD KREDIT

Kad kredit antara produk kewangan yang jika diguna dan diuruskan secara baik tidak akan membawa masalah.

Namun, harus diakui, berapa antara ramai kita ada rasa tanggungjawab yang kuat serta tahu cara menguruskan kewangan dengan betul-betul baik?

Ditambah pula godaan-godaan yang muncul setiap kali melihat objek dan benda yang menarik perhatian seperti barangan berjenama, gajet yang terkini dan lain-lain yang sudah tentu membuatkan kita semua ingin swipe kad tersebut sepantas mungkin.

Tapi awas!

Anda harus ingat bahawa kad kredit datang dengan kadar 5% minimum.
Dan ingat juga kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun!

Omg! Tinggi, kan?

Daripada data kajian juga, 70% golongan yang bankrap kerana kad kredit hanya mampu bayar kadar 5% je.

Ini membuatkan hutang kad kredit merupakan antara jalan mudah ke ‘alam bankrap’.

3. PINJAMAN PERIBADI

Sikap boros, tidak berjimat cermat serta tiada ilmu asas kewangan yang kukuh juga menyumbang kepada kes bankrap.

Apatah lagi jika kita berjaya mendapatkan pinjaman peribadi, ia boleh menjadi bahaya jika kita tiada ilmu untuk menguruskan duit tersebut dengan betul.

Ramai juga antara kita tidak melakukan simpanan demi jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta terikut-ikutkan kehendak, dan bukannya memikirkan keperluan.

Oleh itu, kita wajib mempersiapkan diri dengan cara pengurusan duit yang betul melalui ilmu asas kewangan yang lengkap.

Sentiasalah dapatkan info-info dari sumber yang tepat, atau menghadiri kelas-kelas kewangan bagi mengelakkan daripada terjebak dalam kancah kebankrapan.

4. PINJAMAN PERUMAHAN

Ya, hartanah atau rumah memang merupakan satu aset pelaburan yang bagus. Tetapi salah satu punca bankrap juga adalah melibatkan pinjaman perumahan.

Seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat Malaysia tentang pentingnya memiliki hartanah, ramai yang ghairah untuk membeli rumah tanpa melakukan perancangan selengkapnya.

Pinjaman perumahan yang disediakan oleh pihak bank adalah suatu kemudahan bagus bagi kita semua untuk memiliki rumah, namun tanpa strategi yang teliti, kita boleh terjerat dengan beban hutang.

Sebab itu, sebelum membuat perancangan membeli rumah, kita perlukah tahu kelayakan dan kemampuan yang bersesuaian dengan sumber pendapatan kita.

Kerana segala keputusan hartanah, adalah keputusan kewangan juga!

.

Kini anda sudah tahu 4 faktor yang menyumbang ke arah kes-kes bankrap di Malaysia!

Perkara paling penting supaya anda tidak terjebak dengan masalah menakutkan ini:
1. Ketahui tahap kedudukan kewangan.
2. Bandingkan : Pendapatan vs Perbelajaan.
3. Lengkapkan diri and dengan ilmu kewangan.
4. Lakukan pengurusan kewangan dengan baik.
5. Buat pelaburan dalam aset seperti hartanah dan lain-lain.

Anda boleh mempelajari ilmu-ilmu berkaitan kewangan dan hartanah di dalam laman web seperti Pejuang Hartanah

Anda juga boleh menyertai kelas kewangan anjuran team kami untuk belajar ilmu kewangan yang lebih mendalam.

Untuk mendaftar Pejuang Foundation Program (PFP)… KLIK DI SINI!

Sumber rujukan:
1. The Star Online.
2. Jabatan Insolvensi Malaysia.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp