fbpx

5 Idea Buat Duit Tepi Secara Online

Kebiasaannya, bila kita sebut sahaja online, ada juga yang tidak yakin dan menganggap ianya scam. Mungkin disebabkan tidak tahu ataupun merasakan tidak terjangkau dek pemikiran, boleh yer begitu… Jom kita tengok 5 idea buat duit tepi secara online. Semua orang boleh melakukannya.

1. Dropship

Dropship merupakan kaedah di mana, produk dihantar terus kepada pelanggan dari pengeluar. Anda boleh menjadi ejen dropship tanpa anda membeli terlebih dahulu daripada pengeluar. Anda promosi secara online di social media, ada order, maka anda membuat pesanan dan pembayaran, maka pengeluar produk akan hantar produk tersebut terus kepada pelanggan anda. Kebiasaannya produk fizikal. Anda mengambil keuntungan terus daripada transaksi tersebut.

2. Affiliate

Terdapat banyak program affiliate samaada di dalam mahupun di luar negara. Kebiasaannya, program affiliate ini tertumpu kepada produk digital seperti ebook, video dan sebagainya. Anda hanya perlu memperkenalkan produk menggunakan link unik yang diberikan. Terhasilnya jualan, anda akan dapat komisyen daripada transaksi tersebut. Pejuang Hartanah menawarkan program affiliate yang dinamakan Tabung Hartanah.

Jom hadir ke kelas online tabung hartanah. Belajar secara online melalui smartphone anda. DAFTAR PERCUMA

3. Bina produk digital

Sudah tentu anda mempunyai kepakaran tersendiri yang mungkin ramai berminat untuk mempelajarinya. Sebagai contoh, cara buat kuih yang sedap, cara membuat kraftangan yang boleh dijual dan sebagainya. Ilmu ini, anda boleh digitalkan, tulis dalam word dan tukar kepada pdf format, jadilah ebook. Anda boleh juga rakam video dan pasarkan secara online.

4. Saham

Ramai yang tidak tahu yang saham juga boleh mendatangkan xtra income secara online. Anda perlu ada ilmu untuk main saham. Saham ini boleh dibeli dan dijual pada hari yang sama dan mendapat keuntungan. Proses jual beli saham boleh dilakukan melalui smartphone sahaja.

5. Bersosial di Facebook

Kita selalu bersosial di fb. Adakah kita menjana income? Apabila kita sudah tahu perkara 1 hingga 3, seharusnya kita kena kukuhkan personal branding di facebook, sebagai contoh, gambar profile yang betul, post fb yang berbentuk perkongsian. Dengan cara ini, keyakinan friends n follower anda bertambah. Dari artikel yang anda share, anda boleh dapat duit tepi.

Apa pun, 5 perkara di atas perlu difahami betul-betul dan bertindak melakukannya. Inilah perkongsian asas daripada saya dan share lah dengan rakan-rakan lain. Bila kita dah boleh jana xtra income, bolehlah penuhkan tabung hartanah. Mudah-mudahan dengan ambil tahu dan bertindak, anda mampu untuk jana xtra income.

Jom hadir ke kelas online tabung hartanah. Belajar secara online melalui smartphone anda. DAFTAR PERCUMA

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp