Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang korang boleh lakukan bagi meningkatkan portfolio kewangan dan seterusnya menjana kekayaan.
Tapi antara banyak-banyak jenis pelaburan tu, hartanah adalah sejenis pelaburan yang sangat berkuasa.
Kenapa hartanah itu berkuasa?
Betul ke dengan hartanah korang boleh jadi ‘Superman’ dari segi kekayaan?
Memang benar ada sesetengah pihak akan mempertikaikan bahawa terdapat pelaburan jenis lain yang memberikan pulangan lebih tinggi dalam masa yang cepat.
Namun, korang juga mesti sedar samada pelaburan tu datang dengan pelbagai risiko, bersifat sementara (trend tak menentu) atau berkemungkinan adalah sejenis pelaburan tidak selamat (seperti scam atau skim cepat kaya).
Manakala, hartanah pula adalah pelaburan yang bersifat jangka panjang, lebih stabil dan progresif.
Masih tak percaya hartanah ni berkuasa?
Takpa, yang penting korang kena baca artikel ni dulu sampai habis dan baru buat pendapat lepas tu. Okay?
Jom kita lihat kuasa hartanah ini dan fungsinya dalam membantu menjana kekayaan:
5 KUASA HARTANAH YANG BOLEH JANA KEKAYAAN KORANG!
KUASA #1 : KUASA MESIN
Kebanyakan daripada korang mesti pernah main permainan Saidina atau Monopoly, kan?
Permainan ini sebenarnya adalah contoh perbandingan asas bila bercakap tentang kuasa hartanah yang mendalam sehingga mampu membuatkan pemain yang memiliki hartanah yang banyak muncul sebagai seorang pemenang.
Kaitan antara permainan ini dan dunia nyata ialah untuk menunjukkan apabila korang memiliki sesuatu hartanah, korang bakal mencipta sejenis kuasa berupa mesin.
Mesin apa pulak ni?
Mesin yang dimaksudkan ialah mesin pembuat duit!
Sekarang anggaplah hartanah korang sebagai satu mesin pencetak duit.
Mesin yang setiap bulan akan ‘muntah’kan duit ke dalam akaun bank korang.
Kuasa mesin hartanah akan muncul apabila kita mendapat untung (profit) daripada hasil sewaan (rental yield).
Contohnya, korang beli rumah dan bayaran bulanan bagi loan rumah kepada bank ialah RM2,000.
Dan korang sewakan pula rumah tu RM2,500.
Maka, untung yang korang dapat ialah RM500.
Inilah aliran tunai positif (positive cashflow) yang kita kena cari!
Memang RM500 tu takkan jadikan kita kaya raya mahupun jutawan.
Tapi cuba bayangkan jika ada 10 unit rumah yang memberikan pulangan yang sama. Dah jadi RM5,000 sebulan!
Inilah yang dimaksudkan dengan kuasa mesin hartanah.
Korang boleh dapat pendapatan pasif dengan cara ini.
Masa dah banyak jimat. Duit lebihan pulak boleh simpan untuk kegunaan atau laburkan lagi. Kan best, tu?
KUASA #2 : KUASA NILAI
Secara umumnya, pasaran hartanah antara pasaran yang mengalami pertumbuhan turun atau naik agak stabil berbanding pasaran bagi jenis pelaburan lain.
Ini bermaksud, harga rumah dalam jangka masa panjang akan mempunyai nilai apresiasi (appreciation value) yang meningkat secara baik.
Apa maksud nilai apresiasi ni?
Bahasa mudah: nilai apresiasi ialah nilai pertumbuhan.
Contohnya, kalau 10 tahun dulu korang beli rumah berharga RM250,000 dan sekarang harga rumah tu RM350,000.
Kat sini jika korang berhasrat nak jual rumah tu, korang dah jadi lebih kaya sebanyak RM100,000 akibat nilai apresiasi rumah yang meningkat tadi.
Nilai yang meningkat ini adalah akibat permintaan yang semakin tinggi pada sesebuah hartanah dan juga akibat kesan inflasi.
Namun, harus diingatkan, korang mesti ada ilmu yang cukup serta strategi yang cun untuk mendapatkan hartanah yang memberikan pulangan pelaburan yang tinggi.
Kalau salah pilih jenis rumah, nanti pulangan tak tinggi atau dalam sesetengah kes, jika jual terlalu awal pun boleh jadi tak bagus.
Kenalah ada pengetahuan cukup dan perancangan solid dahulu.
Sebab tu korang kena banyakkan research seperti hadir kelas atau seminar dan banyakkan juga membaca portal berkaitan hartanah, seperti PejuangHartanah.com.
KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!
KUASA #3 : KUASA LOAN
Bila menyentuh tentang loan bank, ramai yang macam bergetar lutut atau rasa tak best.
Tapi sebenarnya, orang yang bijak ambil peluang ialah orang yang suka kepada loan bank, terutamanya loan rumah (housing loan).
Mereka ini tak suka guna duit sendiri, tetapi lebih suka guna duit orang lain atau OPM (other people’s money). Dalam kes ni, ia merujuk kepada kemudahan loan bank.
Aikkk, tapi kenapa pulak kena suka loan?
Okay, secara ringkasan, cuba bayangkan sebagai contoh korang ada RM1juta.
Lepas tu korang parking semua duit tu untuk beli 1 hartanah je. Kalau maksimum pun mungkin boleh 2 atau 3. Rugi cara begini!
Orang yang bijak akan menggunakan kemudahan pinjaman bank (loan rumah) berbanding cash untuk beli lebih dari satu hartanah, misalnya 10 buah hartanah.
Memang benar loan rumah didatangi dengan kadar faedah (interest rate), caj guaman (legal fee) dan lain-lain.
Tapi bayangkan memiliki 10 hartanah ini dengan menggunakan kaedah Kuasa #1 atau Kuasa #2 tadi pulak, sudah tentu korang boleh menjana hasil pendapatan 10 kali ganda.
Hasil daripada pendapatan ini sahaja sebenarnya dah cukup untuk bertindak bagi menyerap kos-kos tadi.
Manakala, loan rumah yang dibayar secara tersusun setiap tahun pula akan berkurangan, tetapi aset dan ekuiti hartanah korang akan meningkat!
KUASA #4 : KUASA CUKAI
Tahukah korang, jika korang membeli rumah atas nama sendiri, dan memiliki rumah tersebut untuk tempoh yang lebih lama, maka kadar cukai ke atas hasil keuntungan jualan akan turut berubah?
Bagi kuasa nombor 4 ini, kita lihat satu contoh situasi.
Katakan rakan korang bekerja dan mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM120,000.
Katakan pula ibubapa korang berniaga sendiri dan mempunyai keuntungan sebanyak RM120,000.
Maka, kedua-dua jenis pendapatan ini termaktub untuk dikenakan cukai pendapatan oleh kerajaan. (lebih kurang 24% mengikut taksiran tahun 2018 – boleh rujuk laman web LHDN)
Tetapi, hasil jualan rumah korang dengan jumlah untung sama seperti contoh di atas iaitu sebanyak RM120,000 bagi rumah berusia 5 tahun ke atas misalnya, hanya ditaksir cukai sebanyak 5%!
Nampak tak perbezaan peratusan (%) ke atas duit korang tu?
Ini bermakna hartanah menjana kekayaan lebih berbanding hasil pendapatan lain jika kena pada strateginya.
KUASA #5 : KUASA VARIASI
Okay, dah hadamkan 4 jenis kuasa-kuasa hartanah di atas?
Bayangkan, korang gabungkan pelbagai variasi kuasa ini. Boleh ke?
Melalui hartanah sebenarnya korang boleh.
Contohnya:
Korang membeli hartanah berjumlah Rm1,000,000 dengan deposit RM200,000.
Anggap hartanah ini menghasilkan RM30,000 setahun dalam aliran tunai positif melalui hasil sewaan.
Nilai apresiasi pula katakanlah meningkat pada paras 5 peratus setahun. Ini bermakna selepas 10 tahun, hartanah korang tu akan bernilai RM1,600,000.
Selepas 10 tahun juga korang akan memperolehi aliran tunai positif hasil sewaan sebanyak RM300,000.
Sepanjang 10 tahun itu, hartanah tetap disambung bayaran sehingga hutang hanya tinggal RM650,000, memberikan nilai harta bersih korang sebanyak RM1 juta!
Ini baru contoh untuk satu hak milik hartanah sahaja. Belum lagi contoh kalau korang beli atau salurkan pelaburan tu kepada beberapa buah rumah.
Selain itu, sekiranya korang laburkan duit ke atas hartanah, kadar cukai yang dikenakan secara relatifnya lebih rendah selepas tempoh tertentu. Berbanding pula tanpa melakukan pelaburan, cukai yang dikenakan ke atas pendapatan tahunan secara relatifnya lebih tinggi.
Cool ke tak?
Sebab itu seperti yang dinyatakan pada awal artikel, pelaburan hartanah ni adalah bersifat jangka panjang, stabil dan progresif.
EXTRA POINT : KUASA-KUASA EKSTRA HARTANAH
Kalau korang kreatif dan rajin, sebenarnya terdapat pelbagai idea dan sub kategori dalam cara-cara yang boleh menjana duit melalui hartanah ni. Antaranya:
1. Homestay.
2. Airbnb.
3. Sublet – Sewaan ke atas unit-unit bilik atau pecahan ruang.
4. Pembelian rumah lelong.
5. Pembelian rumah bawah harga pasaran atau below market value (BMV).
So, bila nak start melabur dalam hartanah?
Apa tunggu lagi?
KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!