[ TERGEMPAR!! ] 5 STESEN LRT3 DIBATALKAN!
Baca point no. 6 untuk nasihat Ahyat..
Ada berita baik. Ada berita buruk. Berita baiknye projek LRT3 akan diteruskan. Tapi dengan bajet yg dikurangkan setengah. Berita buruknye ada 5 stesen dibatal. Kat mana tu? Baca dulu..
1. Bajet asal projek LRT3 (37km) dilaporkan rm10b je. Tapi tetiba meleTOPS 3x ganda jadi rm31.65b! Projek MRT1 (51km) pun lebih sikit rm20b lebih je. Giler!
2. So drpd bajet rm31.65b ni kjaan melalui MOF dah paksa turunkan 47% kepada rm16.63b.
3. Ada 6 langkah untuk kurangkan bajet ni:
#Langkah1: Dulu nak order terus 42 set tren 6 gerabak. Sekarang order 22 set tren 3 gerabak yg dikatakan cukup kapasiti sehingga 2035 pun.
#Langkah2: Kecilkan saiz depot LRT kerana bilangan tren pun dah berkurang
#Langkah3: Saiz dan design stesen akan ikut LRT Kelana Jaya dan tidak lagi ikut standard Stesen MRT yg besar
#Langkah4: Tunda tarikh siap LRT3 yang pada asalnye 2020 kepada 2024 kerana rupe2nye ada kos tambahan yg tak munasabah untuk siapkan awal
#Langkah5: Cancel terowong 2km dan Stesen Persiaran Hishamuddin Shah Alam tidak lagi stesen bawah tanah.
#Langkah6: Dan yang terakhir, dan yang paling menggemparkan.. 5 drpd 25 stesen dibatalkan. Pemilihan 5 stesen ni kerana jangkaan pengguna paling rendah. LRT3 ni ada 3 sektor. Kat mana tu yang tak jadi? 1 di sektor PJ, 2 di sektor Shah Alam dan 2 di Sektor Klang.
a) Lien Hoe
b) Temasya
c) Sirim
d) Bukit Raja
e) Bandar Botanic
4. Projek LRT3 dibina utk bantu kurangkan kesesakan di koridor barat GKL: Greater Kuala Lumpur. Dijangka berkhidmat untuk 2 juta populasi dgn kapasiti mengangkut 36,700 pengguna setiap jam sehala.
5. Hanya ada 3 projek mega yg disahkan diteruskan oleh Kerajaan baru: LRT3, MRT2 dan Pan Borneo Highway. Yg konfem tangguh ialah MRT3, ECRL, HSR.
6. Please chekidaut balik #ahyatlive dan nasihat2 lama Ahyat pasal risiko beli kerana booster ‘akan datang’. Kena hati2 bila buat keputusan berdasarkan ‘hanya’ 1 faktor dan berdasarkan benda yg ‘belum siap’ kerana apa2 boleh berlaku!
APAKAH KESAN STESEN YG DIBATAL INI KEPADA RUMAH2 DEKAT SITU?
Dapatkan informasi dan ilmu berkaitan hartanah dihujung jari anda. Register Percuma Sekarang!
Rujukan: The Star Onlne 17 Sept 2018
Gambar: The Star Online