fbpx

53% Penjawat Awam Tak Ada Rumah Sendiri

Baru-baru ini Berita Harian mengeluarkan satu artikel mengenai survey terbaru CUEPACS yang mengatakan 53% penjawat awam tidak memiliki rumah sendiri. Menarik survey ini. Ahyat bagi ringkasannya dan kesimpulannya.

1. Survey pada bulan September 2019 ni mendapat 5,308 responden. 2,817 kata belum ada rumah sendiri. So lebih kurang 53% la tu. (Rujukan 1)

2. Bilangan penjawat awam yang ada dekat Malaysia lebih kurang 1.6 juta (Rujukan 2). Maka, bilangan responden kepada survey ni hanyalah 0.33%. Tak sampai 1% pun. Memang sukar kita nak buat satu kesimpulan yang jitu dengan bilangan responden kalau tak sampai 1% pun kan.

3. Tapi takpe. Ahyat rasa menarik data yang lain ni. Sebagai contoh, survey ini mendapati, 42% responden bajet mereka RM200k dan 21.6% adalah RM270k. Maksudnya hampir 64% daripada responden ada bajet bawah RM270k.

4. Bayaran bulanan untuk bajet rumah macam ini adalah anggaran RM1,000 ke RM1,300 sebulan. Kalau ini merupakan 1/3 daripada gaji mereka, ini bermaksud gaji majoriti responden sepatutnya lebih kurang RM3,000 ke RM3,900.

5. Responden terdiri daripada lelaki 54% dan wanita 46% yang bergaji antara RM2,000 ke RM2,500. Daripada fakta ini, boleh dikatakan, majoriti akan terbeban dengan beban DSR yang melebihi 1/3 gaji.

6. Jenis rumah apa yang dia orang nak beli? Top 3: 27.7% nak beli RMM: Rumah Mampu Milik. 22.3% nak bina rumah di atas tanah sendiri. Dan 19.3% nak beli rumah teres 1 tingkat.

7. 30.8% daripada responden yang pernah memohon pembiayaan mengatakan bahawa permohonan mereka itu melebihi daripada kelayakan mereka. Ni belum kira lagi kemampuan mereka. Tu kena hadir PPK: Program Persedian Kombat bulan Februari nanti! (Sempat nak selit huhu!)

8. 30.26% kata potongan bulanan terlalu tinggi. 22.52% kata potongan gaji tak mencukupi. Dan 16.42% kata permohonan mereka ditolak atas sebab-sebab lain.

9. Dalam isu berkaitan pembiayaan, 26.9% kata tempoh pembiayaan menjadi faktor pemilihan pertama, 21.3% margin penting, 19.8% bayaran bulanan, 19.1% kadar pinjaman dan 12.8% wang pendahuluan. Ahyat rasa tertarik dengan penemuan survey ini. Persiapan wang pendahuluan itu tidak menjadi faktor utama.

10. Lebih kurang 44% ambil pembiayaan LPPSA dan lebih kurang 30% ambil pembiayaan dengan bank.

11. Lebih kurang 16% kata harga rumah tu paling penting. 14% kata lokasi penting dan 13% kata dekat dengan kemudahan asas tu penting.

12. 44% nak cari rumah antara RM101k ke 200k. 27% cari rumah antara RM201k ke RM300k. Dan 0.8% cari rumah RM801k ke RM1juta.

13. Ahyat nak bantu penjawat awam beli rumah tahun 2020 ni. Ramai antara mereka yang duduk di kuarters kerajaan akan lalai. Dan akhirnya apabila usia dah lanjut, bila dah susah lulus pembiayaan kerana dah banyak kerak kewangan, bila dah tinggi bayaran bulanan bank kerana tempoh pembiayaan jadi pendek, time tu memang susah lah nak beli.

14. Cara nak bantu ialah dengan bantu susun kewangan untuk persediaan beli rumah. Sebagai contoh, sahabat-sahabat cikgu bagi tahu Ahyat, cikgu baru confirm akan ada personal loan se-awal 6 bulan lepas masuk kerja. Sampai umur 45 tahun, sekurang-kurang nya 2 kali overlap personal loan. Macam mana nak beli rumah kalau macam ni.

15. Tapi bukan salah diorang. Yg rajin datang ke pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah-sekolah adalah geng-geng personal loan dan kad kredit. Yang nak menyampaikan dakwah ilmu kewangan dan ilmu hartanah tak cukup rajin nak pergi pejabat ke pejabat. Ahyat lihat salah tu kepada diri sendiri.

Doakan Ahyat dan team dapat bantu lebih ramai penjawat awam susun kewangan supaya dapat beli rumah mereka sendiri tahun ni!

SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK

JAN 09, 2020

Rujukan:
1. Berita Harian Online 4 Jan 2020
https://www.bharian.com.my/…/majoriti-penjawat-awam-duduk-m…
2. Berita Harian Online 14 Ogos 2019
https://www.google.com/…/saiz-perkhidmatan-awam-malaysi…/amp 

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp