fbpx

53% Penjawat Awam Belum Miliki Rumah

 

Adakah benar 53 peratus dari 1.6 juta penjawat awam masih tidak miliki rumah?

Berdasarkan kajian yang telah di lakukan oleh CUEPACS  ternyata 53% dari 5308 penjawat awam yang masih belum memiliki rumah. Sebaliknya, kebanyakan mereka masih menyewa, menetap di kuarters atau mendiami kediaman milik keluarga. Daripada hasil kajian pada September lalu menunjukkan 1,333 penjawat awam atau 27.7 peratus merancang untuk membeli rumah mampu milik, membina rumah di atas tanah sendiri (22.3 peratus) dan rumah teres setingkat, 19.3 peratus.

“Tetapi kebanyakkan penjawat awam akui bahawa kelayakan mereka hanya layak bawah RM300K sahaja.

Disebabkan itu, seramai 737 penjawat awam yang telah dikaji selidik oleh CUEPACS yang pernah membuat permohonan pinjaman, 30.8% daripada mereka menyatakan jumlah permohonan melebihi kelayakan. 30.26% pula menyatakan jumlah potongan sekarang terlalu tinggi dan jumlah potongan gaji tidak mencukupi (22.52%) serta 16.42% ditolak atas sebab lain.

Tempoh pinjaman menjadi faktor pertama dipertimbangkan oleh penjawat awam bagi pembelian rumah yang diwakili oleh 26.9% diikuti margin kewangan (21.3%), ansuran bulanan (19.8%), kadar pinjaman (19.1%) dan wang pendahuluan, 12.8%.

Seramai 2,760 penjawat awam atau 52% menyatakan tiada keutamaan dibuat oleh kerajaan dalam menjual rumah kepada penjawat awam. Selagi punca utama peningkatan kos dalam pembinaan rumah ini tidak dipandang serius, tidak ditangani kerajaan serta kementerian berkaitan dan tidak diserap dalam Dasar Perumahan Negara, harga rumah tidak akan dapat dikawal. Hal ini akan menyebabkan kepada ketidakupayaan anggota perkhidmatan awam untuk memiliki rumah pertama mereka.

Seramai 3,301 atau 44.2% yang mengambil pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Selain itu, 2,271 penjawat awam (30.4%) melakukan pinjaman daripada bank dan bakinya mengambil wang simpanan (12.7%), pembiayaan institusi kewangan lain (10.2%) dan pinjaman ahli keluarga (2.4%).

Majoriti penjawat awam seramai 2,298 atau 43.29% pula memilih harga rumah antara RM100,001 hingga RM200,000 manakala 1,455 (27.41%) memilih harga antara RM200,001 hingga RM300,000. Hanya empat orang penjawat awam (0.08 peratus) memilih harga antara RM800,000 hingga RM1 juta. Bagi 4,925 penjawat awam atau 16.7% menyifatkan harga rumah yang berpatutan menjadi faktor utama pemilihan sesebuah projek kediaman. 4,280 (14.5%) pula penjawat awam yang memilih mengikut lokasi yang sesuai dan 3,937(13.4%) penjawat awam yang memilih berdekatan kemudahan asas.

Sumber : JPPH (Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta)

.

Mengikut Kajian Ekonomi Berdasarkan Sektor 2020, purata harga rumah di Malaysia ketika ini adalah pada RM372,126 berbanding kemampuan berdasarkan purata pendapatan rakyat Malaysia pada RM3,087.

Berdasarkan purata pendapatan itu, rumah yang mampu dimiliki adalah pada harga RM111,132 atau RM222,264 untuk pinjaman bersama (dua orang).

Perkiraan harga rumah mampu dimiliki itu berdasarkan teknik pendapatan Median Multiple (MM), iaitu tiga kali ganda pendapatan tahunan. Malah, data itu turut menunjukkan kemampuan purata harga rumah mengikut negeri jauh lebih tinggi berbanding purata pendapatan.

“Kuala Lumpur dan Selangor masih menjadi lokasi hartanah dengan purata harga rumah tertinggi berbanding dengan negeri lain.

Sebagai contoh harga Mean dan Median di Selangor dan Kuala Lumpur yang dipaparkan di rajah atas, yang menunjukkan harga MEAN lagi mahal berbanding dengan harga MEDIAN iaitu mean RM501,224 manakala median pula lebih rendah iaitu RM390,000. Jika nak dibandingkan kawasan atau negeri pula menunjukkan kedua2 negeri ini mencatat harga purata/harga tengah yang sedikit mahal. Namun, harga purata di Kuala Lumpur lagi tinggi daripada Selangor. Kemungkinan faktor pembangunan dan ekonomi.

Bagaimanapun, isu pemilikan rumah ini bukan suatu perkara yang mudah untuk diselesaikan kerana ia membabitkan banyak pihak dan pelbagai strategi harus diperhalusi terlebih dahulu.

Namun, permasalahan utama rakyat Malaysia adalah pendapatab, terutamanya pendapatan benar yang sudah mengambil kira faktor inflasi.

Kebanyakan pendapatan rakyat Malaysia sememangnya terkesan akibat kenaikan harga barang terutama harga barangan asas seperti makanan dan sewa rumah.

Sedangkan gaji tidak boleh sewenang-wenangnya dinaikkan kerana ia perlu seiring dengan kemahiran dan produktiviti. Selain itu, faktor literasi kewangan juga perlu ditekankan kerana apabila seseorang itu tersalah percaturan dalam urusan kewangan, ia boleh menyebabkan hutang isi rumah meningkat.

.

TIPS UNTUK PENJAWAT AWAM

1. PENGURUSAN KEWANGAN. Kita mesti tahu urus kewangan. Mesti susun kewangan daripada awal. Sebagai contoh 4 bahagian iaitu 60% perbelanjaan, 10% ganjaran diri, 20% simpanan dan 10% perlindungan. Itu antara panduan yang selalu Ahyat gunakan untuk panduan anda susun kewangan. Yang penting, segala perkara berkaitan kewangan kita perlu urus dengan betul, bijak dan selamat!

2. PEMILIHAN LOKASI. Ada di antara Penjawat Awam ni, dalam jawatan mereka sendiri, mereka perlu berpindah randah. So, diorang sendiri tak dapat kenalpasti lokasi mana yang sepatutnya mereka beli. So, anda boleh download STARTER PACK PENJAWAT AWAM untuk teropong sendiri PPAM (Perumahan Penjawat Awam) dan Rumah Mampu Milik terpilih.

3. KENALPASTI KELAYAKAN. Ramai juga penjawat awam yang tak pasti berapa kelayakan mereka. Dan apabila kadar hutang sperti pinjaman peribadi terlalu tinggi, ini akan menurunkan kadar KELAYAKAN penjawat awam untuk beli rumah. Ahyat dan team dah sediakan satu jadual Kelayakan khas untuk penjawat awam. Sumer rasmi daripada laman sesawang LPPSA. Anda download di LINK INI dan tonton juga video yang telah disediakan. Video lebih daripada 60 minit antara Ahyat Ishak, Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah & Pn Marissa Mamat seorang peguam yang telah berpengalaman berbelas tahun dalam bidang hartanah khususnya penjawat awam. Ahyat nak bagi free jerrrr untuk engkorang tonton!

.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/643966/majoriti-penjawat-awam-duduk-menyewa
  2. https://www.jpph.gov.my/v3/en/

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp