Siapa sahaja tak inginkan kejayaan?
Tak kira sama ada dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan mahu pun perkara peribadi, pasti korang inginkan sesuatu yang bakal dilaksanakan itu mendatangkan hasil dan keputusan yang diiringi kejayaan.
Tapi, kadangkala disebabkan beberapa kekangan seperti kurang motivasi, hilang arah dan tujuan, maka hasil yang diimpikan itu akhirnya seperti ‘separuh masak’ atau diakhiri dengan kegagalan.
Menurut kajian psikologi, perkara utama untuk sesorang individu mencapai kejayaan bermula daripada perubahan set minda (mindset) dan sikap dalam diri seseorang.
Nampak mudah untuk diperkatakan, tapi tak semestinya mudah untuk sesetengah daripada kita untuk merubah sikap.
Tiada salahnya kita mulakan sedikit demi sedikit. Tiada istilah terlambat jika ingin berubah.
Jom lihat apakah sikap-sikap tersebut.
7 SIKAP YANG ADA PADA ORANG BERJAYA
1. JELAS PADA NIAT DAN TUJUAN
Sebelum kita fikir target, result dan sebagainya, berhenti sejenak dan fikirkan kembali seketika apakah tujuan dan niat kita untuk mencapai kejayaan itu?
Nak tolong ibu bapa?
Nak keluar dari masalah?
Nak bantu lebih ramai orang?
Dalam dunia yang serba pantas kini, kita kadangkala terlupa maksud, sebab dan tujuan yang lebih halus untuk kita mencapai kejayaan tersebut.
Minda manusia sebenarnya merupakan alat paling berkuasa yang boleh mempengaruhi tindakan.
Cari kembali kekuatan dalaman dan set semula niat korang. Fikir untuk apakah tujuan korang melakukan sesuatu perkara itu.
Dengan niat dan tujuan yang jelas, kita secara langsung akan memotivasikan diri sebelum memulakan langkah untuk berjaya.
2. PERCAYA PADA DIRI
Orang yang berjaya sentiasa ada rasa percaya pada diri mereka sendiri.
Rasa percaya diri ini bukanlah bermaksud ‘overconfident’, sebaliknya percaya pada kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Percayalah pada diri sendiri, maka akan datanglah juga rasa percaya pada kerjaya, percaya pada perniagaan, percaya kepada idea-idea dan lain-lain.
Percaya pada diri sendiri akan memberi korang kesungguhan untuk berjaya tak kira dalam apa jua situasi.
Kalau kita sentiasa ragu dan sangsi, bagaimana pula hendak berjaya, kan?
3. MINAT ATAU MINAT GILERRR?
Tak kira sama ada korang seorang usahawan yang menawarkan perkhidmatan, atau seorang pekerja yang melakukan skil tertentu. Cuba bayangkan perkara yang dilakukan itu disertai dengan minat.
Setiap hari korang bangun pagi dan lakukan sesuatu dengan minat sahaja tak cukup sebenarnya.
Korang mestilah ‘passionate’ atau minat gilerrr dengan perkara tersebut.
Orang yang berjaya tidak pernah merasa terbeban atau terikat dengan perkara yang mereka lakukan.
Mereka lakukan perkara tersebut kerana ada minat yang mendalam terhadapnya.
4. TAK TAKUT GAGAL
Persamaan sikap yang terdapat pada semua orang yang berjaya adalah mereka tak takut pada kegagalan.
Dalam perjalanan untuk menuju kejayaan dan kecemerlangan, kegagalan pasti akan ada. Kita hidup di dalam dunia realiti, bukan fantasi.
Jadi, dalam proses untuk berjaya itu, kegagalan itu perkara biasa.
Orang yang berjaya percaya pada ini: 1 kegagalan akan menghasilkan 10 lagi cara untuk mencari kejayaan.
Oleh itu, jangan berhenti jika jatuh dan gagal, bangkitlah dan cari semula cara untuk berjaya.
Tokoh pencipta dan juga usahawan Amerika berjaya, Thomas Edison, merupakan orang yang mencipta mentol lampu pernah berkata:
“I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”
(Saya tidak gagal. Saya hanya jumpa 10,000 cara yang tidak berhasil)
5. TERIMA ILMU, KRITIKAN, FAKTA DAN DATA
Orang yang berjaya sentiasa ‘lapar’ dalam mencari ilmu baru. Mereka tak pernah rasa dah cukup pandai atau syok sendiri hingga menafikan kritikan yang diterima.
Mereka sentiasa terbuka untuk menerima kritikan daripada orang sekeliling dan juga menerima idea-idea baharu.
Mereka juga sentiasa rendah diri dan belajar daripada orang lain yang berpengalaman.
Seiring dengan ilmu yang ada, dan juga mengambil kira kritikan yang diterima, orang yang berjaya juga sentiasa mengkaji sesuatu perkara berdasarkan fakta dan data, agar tidak melakukan kesilapan.
Fakta bermaksud sesuatu maklumat yang sahih dan benar.
Data pula bermaksud statistik atau analisa yang dijadikan rujukan bersama fakta.
So ingatlah, untuk berjaya sentiasalah terbuka untuk terima 4 perkara ini iaitu : Ilmu, Kritikan, Fakta Dan Data.
6. KONSISTEN & GIGIH
Korang dah ada niat yang jelas, percaya pada diri sendiri, ada pula minat yang mendalam, langsung tak takut gagal dan terima segala ilmu dan kritikan.
Tapi kalau korang tak konsisten dalam melakukan sesuatu. Maka, akhirnya hasil yang diimpikan tidak akan terlaksana dengan berjaya.
Tanpa mengira sebarang situasi sama ada senang atau sukar, kalau korang sentiasa konsisten, ini secara langsung akan membentuk disiplin dalam diri korang untuk memiliki sifat gigih.
Orang berjaya sentiasa konsisten dalam melakukan sesuatu biarpun ketika keadaan tak menentu atau ketika rasa hilang semangat dan motivasi.
Sikap konsisten juga akan mewujudkan reputasi baik dan rasa hormat daripada orang lain terhadap korang.
Ia menunjukkan korang yakin dan ambil kisah terhadap perkara yang korang lakukan tersebut. Barulah lebih mudah untuk berjaya!
7. BERSERAH & BERDOA
Apabila korang dah tanamkan segala sikap di atas ketika melakukan sesuatu perkara, akhir sekali berserahlah kepada Allah dan berdoalah supaya dirahmati dengan kejayaan.
Tawakkal pada bahagian rezeki masing-masing serta percayalah pada qada’ dan qadr, setelah korang berhempas pulas berusaha dan juga setelah melakukan yang terbaik sehabis mungkin.
InsyaAllah, dengan sikap-sikap positif di atas ini di dalam diri korang serta disudahi dengan doa dan sikap berserah dan tawakkal, kejayaan itu pasti dalam genggaman korang semua!
Anda seorang usahawan dengan segala sikap-sikap di atas?
Tapi masih ada masalah bisnes?
Nak contohi cara Ahyat berjaya di dalam pelaburan hartanah dan bidang bisnes?
Ahyat ada satu jawapan untuk masalah ini : FORMULA EMPAYAR!
Apakah maksud formula ini?
Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan KEJAYAAN bisnes anda?
Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua!
Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!