#NasihatAhyat (Episod 5) : Antara Kerjaya & Keluarga Buatkan Akak Ni Resah?

Baru-baru ni ada Ahyat buat satu sesi private coaching dengan seorang akak ni. Bila Ahyat bagi nasihat, keluar kisah baru. Ahyat bagi nasihat lain, keluar kisah lain. Susah Ahyat nak bantu especially kes macam ni.

Kesian akak ni! Chekidaut kisahnya:

TAK MUDAH BAGI NASIHAT HARTANAH BILA MELIBATKAN EMOSI DAN FAMILI!

1. SUAMI SURUH BALIK PERLIS

Akak ni asal Perlis. Kerja kat KL. Baru melahirkan anak pertama. Dia rasa agak sukar nak menguruskan anak dan bekerja. So, bila dia berbincang, suami suruh dia balik Perlis dan duduk dekat rumah mak. Suami dalam terlibat dalam sektor construction dan selalu ke Jepun. So, isteri dan anak selalu kena tinggal.

2. ADA RUMAH NAK JUAL KAT PERLIS

Akak ni kata memang dia dah tengok-tengok satu rumah teres kat Perlis. Dekat je dengan rumah maknya. So, memang terbaiklah. Kalau dia pindah sana, mak boleh jaga cucu. Ahyat semak harganya pun ok. Bawah harga market. Katanya suami boleh tanggung semuanya. Dia balik Perlis nanti dia pandai-pandai lah nak kerja atau meniaga kecil-kecilan.

3. HMMM! TAPI DIA SUKA KEYELL…

Body language akak ni resah. Dia kata itu cadangan suami. Tapi dia tak rasa nak pindah pun. Dia suka ‘keyell’ (KL). Dia nak stay je kat keyell. Dah biasa dengan kerancakan kat sini. Takut-takut nanti dia akan culture shock dengan tahap kerancakan berbeza kat Perlis. So, dia mintak nasihat Ahyat nak beli rumah kat keyell je. Sekarang dia duduk area Ampang. Sebelum Ahyat sempat nak cadangkan, dia kata sesuatu pulak…

4. NAK JUGAK BELI KAT PERLIS

Akak ni tanya ok tak kalau dia nak stay kat keyell je, tapi nak beli rumah kat Perlis. Kenapalah pulak nak kena beli jugak kat Perlis? Akak ni kata dia nak beli supaya ada rumah extra untuk dia duduk masa balik raya kerana rumah mak dia selalu jadi penuh sangat. Ahyat nasihatkan tak perlu nak beli kalau kerana nak guna sekali setahun je. Boleh sewa homestay je, kan?

5. TETAP NAK BELI…

Takpa katanya. Bagi dia, bolehlah adik beradik, kazen mazen, sedara mara nanti duduk kat rumah tu bila-bila masa diorang balik Perlis. Lagi pun dia rasa bertanggungjawab nak tolong family dia. Aduhs! So, nanti beban komitmen rumah tu akan jatuh pada bahu akak ni? Kalaupun akak ni sanggup untuk menanggung kos itu, Ahyat tetap tak benarkan kerana rumah itu akan jadi aset yang tak produktif. Atau dalam erti kata lain, akan jadi raksaksa penyedut duit!

6. INCOME PUN TAK MAMPU

Kalau nak beli rumah kat Perlis untuk family guna dan nak beli jugak kat area Ampang untuk investment, nanti akan jadi beban kepada income pasangan suami isteri ni. Ye, memang income suami besar kerana kerja oversea, tapi tetap bakal jadi beban.

7. KERESAHAN AKAK TAK BOLEH DIBENDUNG

Akak ni makin resah makin frust bila Ahyat tak dapat nak bagi dia satu nasihat yang muktamad. Tetiba, Ahyat notice body language dia jadi sangat stress. Akak ni kemudian luahkan jiwa dan perasaan dia. Dia kata sebenarnya dia stress dengan kerja sekarang. Tambah pula dah ada baby baru. Maka, dia pun rasa nak balik Perlis. Dalam hati Ahyat, saya kata Akak ni ada isu yang lebih berat daripada kewangan dan hartanah.

8. PLAN HARTANAH = PLAN HIDUP

Ahyat dah biasa kes-kes macam ni. Bila nak berikan nasihat hartanah, memang tak boleh lari daripada isu-isu emosi dan famili. Boleh Ahyat katakan, inilah sebabnya keputusan hartanah tak mudah untuk dibuat kerana melibatkan 2 perkara ni. Bila nak plan kan masterplan hartanah student Ahyat, sebenarnya memang serupa macam nak bantu plan kan masterplan hidup mereka!

9. NASIHAT AHYAT YANG MUKTAMAD

Ahyat nasihatkan akak ni untuk tarik nafas panjang-panjang dan calm down. Ahyat kesian sangat akak ni. Dia sangat stress. Ahyat dah boleh nampak sesi coaching ni takkan menemui keputusan yang kemas. Walaupun setelah Ahyat dah beri beberapa nasihat. Kenapa? Kerana akak ni pun sebenarnya konfius apa yang dia mahu dalam hidup dia sekarang. Dan suami tidak bersamanya pulak dalam sesi coaching itu. Itu sebabnya Ahyat galakkan dia datang dengan pasangan hidup supaya apa jua nak planning tu boleh dibuat secara bersama.

10. PLAN A? PLAN B?

Akhirnya Ahyat bagi Plan A dan Plan B. Itu je yang Ahyat mampu buat. Sekurang-kurangnya ada nampak jalan keluar untuk situasi akak ni. Dan memang dalam planning masterplan kita, nak kena ada Plan A dan Plan B. Malah kena ada Plan C dan seterusnya. Yang penting akak ni nak kena plan elok-elok dengan suami dan istikharah dengan mohon bantuan daripada Allah.

11. DOA AHYAT

Ahyat berdoa agar sahabat para pembaca PejuangHartanah.com sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah untuk terus membuat keputusan-keputusan penting dalam hidup. Kita hanya mampu planning tapi Allah yang akan menentukan. So, better kita meminta petunjuk daripada-NYA.

SELAMAT BERJUANG!

Nak belajar ilmu hartanah dan kewangan secara online? Daftar dan ikuti update di PejuangHartanah.com! KLIK DI SINI!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: