Semua orang ingin mencapai matlamat kekayaan yang tersendiri.
Bila bercakap soal kekayaan, pasti terlintas di ufuk pemikiran kita semua mengenai kereta mewah, rumah yang gah atau pun memiliki segala bentuk aset kekayaan yang lain seperti wang tunai, emas permata, dan sebagainya.
Namun, tahukah anda apakah erti kekayaan yang sebenar menurut persepsi agama Islam?
★ ERTI KEKAYAAN MENURUT ISLAM
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.
]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[
]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051[
Secara jelasnya berdasarkan hadith di atas, pengajaran yang boleh diambil mengenai erti kekayaan menurut persepsi Islam ialah:
1. Kekayaan menurut Islam secara hakikatnya bukan mengenai jumlah kuantiti atau berapa banyak harta tersebut. Jika erti kekayaan diukur berdasarkan secara demikian, maka, manusia yang dilimpahi kekayaan tidak akan pernah puas lalu sentiasa cuba untuk menambah hartanya.
2. Kekayaan sebenar menurut Islam adalah kekayaan jiwa (hati dan minda). Kekayaan jiwa yang utuh akan membuatkan manusia rasa bersyukur, rasa cukup dengan nikmat yang diterima (qona’ah), rasa redha dan rasa tidak tamak dalam mencari harta.
3. Islam sangat menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi bukan dengan tujuan memperlihatkan jumlah atau bentuk kekayaan tersebut. Islam menekankan tentang fungsi kekayaan tersebut dan bagaimana kita menggunakannya di jalan yang betul.
4. Nilai kekayaan yang diukur melalui kekayaan jiwa jelas menunjukkan Islam tidak meletakkan ukuran nilai material tetapi meletakkan ukuran nilai keimanan dan ketaqwaan di dalam konsep kekayaan harta.
★ HUKUM KEKAYAAN MENURUT ISLAM
Hukum-hukum kekayaan menurut agama Islam berubah-ubah berdasarkan situasi dan sudut perlakuan individu itu sendiri terhadap kekayaannya.
Antara hukum-hukum kekayaan adalah seperti berikut:
→ Wajib : Jika seseorang itu melakukan usaha dan memperolehi pendapatan (kekayaan) demi memenuhi keperluan diri dan keluarga serta mengelakkan dirinya daripada sifat meminta-minta.
→ Sunnah : Jika seseorang itu melakukan usaha untuk memberikan nafkah tambahan atau dengan tujuan digunakan kekayaan itu bagi melapangkan orang-orang fakir, menyambung silaturrahim atau memberi hadiah pada kerabat saudara.
→ Mubah (diperbolehkan) : Jika untuk memberikan tambahan dari keperluan atau dengan tujuan berhias dan menikmati kekayaan tersebut.
→ Makruh : Jika tujuan mengumpulkan kekayaan itu hanya kerana untuk bermegah-megahan, sombong, riak, bersenang-senang hingga melampaui batas walaupun dicari dengan cara yang halal.
→ Haram : Jika kekayaan dicari dengan cara yang tidak halal (haram) seperti suap, riba, curi, aniaya dan lain-lain.
★ CARA-CARA KEKAYAAN DIPEROLEHI
Harta kekayaan boleh didapati dengan beberapa cara, antaranya:
→ Jual beli (perniagaan)
→ Wakaf
→ Wasiat
→ Warisan
→ Hibah
→ Luqatah (harta yang ditemui tanpa pemilik)
→ Bekerja
→ Dan cara-cara lain yang dibenarkan oleh Islam
Kesimpulannya, Islam menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan.
Kekayaan menurut Islam berkait rapat seperti sama pentingnya untuk mencari ilmu.
Apabila kekayaan digunakan di jalan yang betul, ini menunjukkan kekayaan jiwa seseorang. Inilah hakikat sebenar erti kekayaan!
Islam juga menekankan tentang batas, fungsi dan kegunaan harta kekayaan tersebut melalui hukum-hukum yang bukan hanya bagi tujuan sendiri, malah bagi tujuan kegunaan orang lain yang memerlukan.
Sila share jika bermanfaat.
Ingin kupasan lebih lanjut mengenai topik Islam Dan Kekayaan?
Jom sertai MASTERCLASS: ISLAM & WEATLH!
Klik gambar di bawah untuk pendaftaran!