Mungkin perutusan ni tak seviral seperti yang sebelumnye. Antara sebabnye tiada apa-apa untuk Makcik Kiah. Cumanye ada kisah tentang baju kelawar yang dipakai oleh seorang suami. Tapi pengumuman ini tak kurang pentingnye.
Kenapa? Kerana ini bantuan khas kepada PKS atau SME: iaitu syarikat2 mikro, kecil n sederhana. So tak penting ke untuk pekerja? Ooh sangat penting kerana PKS ni menggajikan 2/3 pekerja di seluruh Malaysia dan menyumbangkan 1/3 ekonomi negara.
Berikut adalah ringkasannye:
1. SUBSIDI UPAH
Subsidi upah dari RM5.9bln dinaikkan kepada RM13.7bln –
PKS yang mempunyai Pekerja > 200 orang RM600 dikekalkan.
PKS yang mempunyai Pekerja <76 – <200 orang, RM800 seorang pekerja.
PKS yang mempunyai Pekerja <75 ke bawah, RM1,200 seorang pekerja.
Subsidi upah akan ditanggung kerajaan selama 3 bulan, pekerja hendaklah bergaji bawah RM4,000 dan syaratnya majikan hendak berdaftar dengan SSM, KWSP, PERKESO dan memastikan pekerjaan setiap pekerja selama 6 bulan.
2. GERAN KHAS PRIHATIN
Geran khas PRIHATIN, kerajaan akan menyediakan RM3,000 kepada setiap PKS Mikro. Jumlah keseluruhan RM2.1bln, 700,000 PKS akan memperolehi manfaat. Mesti berdaftar dengan LHDN.
3. MORATORIUM 6 BULAN
Kerajaan menyeru organisasi pemberi pinjam wang memberi Moratarium kepada PKS bermula April selama 6 bulan seperti institusi bank.
4. MANSUH KADAR FAEDAH SKIM
Mansuh kadar faedah 2% kepada 0% skim pinjaman mudah dari BSN dan dipanjangkan kepada TEKUN dengan dana RM200 juta.
5. PENGECUALIAN SEWA
Pengecualian bayaran sewa kepada premis yang dipunyai GLC – MARA, PETRONAS, UDA, PLUS dan agensi-agensi negeri kepada PKS.
Kerajaan menggesa pemilik swasta melakukan perkara yang sama untuk memberikan pengecualian atau pengurangan cukai dan akan digantikan dengan gantian potongan cukai dengan kadar yang sama.
6. PENGURANGAN LEVI
Membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25%, tidak termasuk pembantu rumah.
7. RUNDINGAN TERMA MAJIKAN
Kerajaan bersetuju akan perundingan terma kontrak majikan untuk mengekal pekerjaan termasuk pemotongan gaji, cuti tanpa gaji dsbnya melalui Kementerian Sumber Manusia.
8. MORATORIUM 30 HARI UTK SSM
Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium selama 30 hari secara automatik selepas tamat PKP untuk syarikat menyediakan dokumen berkanun kepada SSM tanpa ada fee lewat.
Semoga rm10b ni dapat selamatkan PKS di Malaysia sekali gus dapat selamatkan pekerja2 di seluruh Malaysia!
Apr 6,2020
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!