1. Ada 3 sumber yang menjadi tempat bakal pembeli mencari rumah untuk dibeli. Pemaju, dari pemilik (sub sale) atau lelongan awam.
2. Pembelian dari pemaju biasanya adalah “low entry”. Maksudnya deposit rendah, kos duti setem pindahmilik dan guaman biasanya ditanggung oleh pemaju. Kenapa “entry”nya rendah, kerana semua dimasukkan dalam loan. Pembiayaan 90% dari harga rumah boleh bayar 100% harga rumah yang dinyatakan kerana ada rebet. Rumah baru, 2 atau 3 tahun baru merasa nak duduk. Sementara siap, bayar profit bank mengikut jumlah loan yang dah dikeluarkan. Kerajaan juga ada tawarkan pengecualian duti setem.
3. Pembelian dari pemilik pula kos ditanggung sendiri oleh Pembeli. Ada yang dapat dan layak loan 100%. So “modal free”. Tapi ada Penjual yang tetap nak 10% walaupuan loan layak 100%. Bila loan keluar nanti, boleh cover balik. Selain itu , boleh juga buat pengeluaran KWSP Akauan 2, untuk pembelian rumah.
4. Cara ketiga ialah beli melalui lelongan awam. Selalunya sebab mengharapkan ia lebih murah dari harga pasaran atau bank value, lepas dilelong berkali kali. Tapi kosnya banyak. 10% deposit dah pasti. Dan make sure loan boleh lulus. Lepas habis bayar boleh repair dan duduk. Ada kelebihan dan masalah tersendiri.
5. Kalau beli dari Pemaju, selalunya Peguam dah disediakan. Untuk sub sale dan pindahmilik lelongan, perlu lantik Peguam sendiri. Melalui rujukan atau cari sendiri. Bukan mesti lantik sesiapa sahaja yamg direkomen, buat kaji latar belakang sikit.Hak anda Anda yang bayar.
6. Begitulah serba sedikit cara-cara pembelian rumah dari 3 sumber. Keadaan semakin mencabar. Rancang dengan baik.
Jun 17, 2021