Haa.. Terima kasih Ahyat ucapkan kpd ramai yang komen di posting tersebut, Ahyat ternampak ada satu komen yang menarik, yang jawab HIBAH adalah solusinya
.
Betul, hibah antara solusi yang kita boleh gunakan dalam isu tukar nama rumah selepas kematian ni.. Tapi,kita kena bezakan antara jenis2 hibah yang ada..
.
1. Hibah Harta
Hibah harta adalah bila mana seseorang menghadiahkan hartanya kepada seseorang yang lain ketika dirinya masih hidup, contoh mcm kita hibahkan rumah kepada pasangan kita, tapi pindahmilik nama bertukar selepas kematian si pemberi hibah, dan rumah tersebut pun menjadi milik pasangan.. tapi AWAS hibah harta ini mestilah harta yang tidak bercagar, iaitu harta yang kita dah habis bayar hutang.. Kalau tak habis bayar lagi mcm mana?Haa ada juga hibah harta bercagar,tapi tu akan masuk topik lain pula so nnt kita kupas okay
.
2. Hibah Takaful
Pada asalnya produk takaful nyawa ni nama dia bukan la hibah takaful, tetapi kerana wang pampasan drpd sijil takaful tu dihadiahkan kepada penerima, maka ramai yang panggil sebagai hibah takaful,tapi AWAS sekali lagi,pampasan ni jadi hibah takaful kalau risiko yg berlaku adalah kematian.. Kalau berlaku cacat kekal, dan pemilik sijil takaful yg dapat pampasan,ianya tak berfungsi sebagai hibah dah.. Hibah takaful juga antara instrumen yg kita boleh guna sekiranya kita ada hasrat nak hibahkan harta yg belum habis bayar hutang.. Mcm mana cara dia?tggu posting akan datang pula Ahyat cerita ye..
.
Okay itu sahaja penerangan ringkas Ahyat mengenai kedua2nya.. Mengenai isu tukar nama tu,kena ingat walaupun kita hibahkan rumah kepada waris, tetap dokumen rumah tu tak MAGICALLY bertukar kepada nama waris, jadi hibah harta sahaja tak selesaikan masalah, tinggalkan sikit hibah takaful supaya waris dapat gunakan untuk kos2 pertukaran nama.. Okay?
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!