fbpx

Benarkah Wanita Kuasai 50% Pasaran Airbnb Malaysia?

Airbnb merupakan satu kemudahan di dalam platform online bagi kegunaan orang awam mencari tempat tinggal di serata dunia.

Ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2008, Airbnb kini meliputi hampir 191 buah negara, di sebanyak 81,000 buah bandar dengan 6 juta senarai pilihan tempat tinggal.

Sehingga kini, tetamu yang menggunakan khidmat platform Airbnb telah mencecah sebanyak 400 juta orang!

PASARAN AIRBNB MALAYSIA

Laporan data menunjukkan, sejak Julai 2018, kedatangan pelancong dan tetamu yang menggunakan perkhidmatan Airbnb di Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 99% atau bersamaan 2 juta orang keseluruhannya.

Bagi jumlah tempat tinggal pula, sebanyak 44,000 senarai pilihan tempat tinggal dicatatkan di pasaran Malaysia.

Ini menjadikan Malaysia sebagai negara paling pantas dari segi perkembangan pasaran Airbnb di Asia Tenggara.

WANITA & AIRBNB

Memetik kenyataan media yang diberikan oleh Ketua Dasar Awam Airbnb Asia Tenggara, Mich Goh, beliau berkata, bagi pasaran Malaysia yang berjumlah seramai 2 juta orang tetamu Airbnb ini, sebanyak hampir 50% atau 912,000 orang tetamu yang diterima adalah melalui kendalian hos (pemilik kediaman) wanita.

Ini menunjukkan signifikasi peranan wanita dalam memacu pasaran ekonomi dan pelancongan melalui kemudahan platform teknologi digital (online) ini.

Faktor lain yang mendorong peningkatan pasaran Airbnb di Malaysia juga adalah kerana dasar platform online ini yang fleksibel.

Selain daripada itu, tujuan hos-hos tersebut menjalankan operasi Airbnb adalah kerana faktor sumber pendapatan sampingan.

Data menunjukkan sejak tahun 2012, bilangan hos wanita juga meningkat sebanyak 35 kali ganda di Malaysia, dengan kadar purata pendapatan tahunan mereka adalah sekitar RM5,700.

Rekod bagi nilai pasaran Airbnb di Malaysia di kalangan hos wanita pula telah mencecah RM159 juta pada tahun 2018.

TOP LOKASI HOS WANITA AIRBNB DI MALAYSIA

Perkembangan rancak pasaran Airbnb di Malaysia ini didorong oleh kesungguhan hos-hos wanita dalam mempromosikan sektor pelancongan tempatan melalui platform online ini.

Antara kawasan-kawasan yang tersenarai sebagai top lokasi bagi Airbnb dari segi jumlah peratus hos wanita adalah Johor Bahru, diikuti oleh Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu.

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Sumber rujukan:
1. Airbnb.com
2. TheEdgeMarkets.com
3. EdgeProp.my
4. Mstar.com.my
5. Berita Harian

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp