fbpx

Bijak Menabung Permudah Beli Rumah

Keratan Akhbar Berita Harian – 9 Julai 2018

Sungai Petani – Memiliki kediaman sendiri adalah impian setiap individu, namun kekangan pengurusan wang menyebabkan ramai yang tidak mampu memiliki aset terbabit.

Pengurusan wang yang tidak cekap yang menyebabkan ramai pemilik terpaksa membiarkan kediaman mereka dilelong apabila tidak mampu membayar pembiayaan bulanan.

Penasihat Pejuang Hartanah, Shamsurizam Norsham berkata, pemilikan hartanah memerlukan 30 peratus daripada pendapatan utama dan ia perlu diasingkan bagi mengelak pemiliknya hidup dalam kesengsaraan.

Kebanyakan orang bersemangat memiliki rumah sendiri, tetapi tidak mampu mencapainyakerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Bagi yang sudah memiliki rumah pula, ada yang perlu berjimat cermat sehingga terpaksa mengikat perut kerana tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik”, katanya pada sesi perbincangan yang bertajuk Tabung Hartanah pada Pameran Hartanah MyRumah NSTP 2018 di sini, semalam.

Tabung Hartanah

Shamsurizam berkata, mereka yang mempunyai hasrat memiliki kediaman sendiri perlu meletakkan sasaran memulakan simpanan di dalam tabung hartanah masing-masing dan mula bertindak dengan memperolehi sumber kewangan tambahan.

Katanya, pendapatan sampingan boleh diperolehimelalui perniagaan sama-ada dalam talian atau luar talian.

Perniagaan juga boleh dilakukan dengan menjual produk digital atau fizikal bergantung kepada kemampuan masing-masing.

“Menyimpan secara dispilin juga dilihat mampu melindungi diri, liabiliti dan aset sekiranya berlaku kematian, selain dapat membantu melangsaikan hutang sebelum membuat pelaburan hartanah”, katanya.

Beliau berkata, generasi muda juga digalakkan menceburkan diri dalam perniagaan sistem pemasaran ‘affiliate’ yang menjual produk digital berkaitan hartanah untuk mendapat pulangan lebih mudah dan cepat.

Melalui perniagaan itu, mereka bukan sahaja dapat menjana pendapatan melalui komisen yang diterima, tetapi juga dapat memperolehi ilmu berkaitan hartanah”, katanya.

Kepada mereka yang berminat untuk buat duit tepi dan menceburkan diri dalam pemasaran “affiliate” yang menjual produk digital berkaitan hartanah, bolehlah Daftar Percuma sekarang! Penuhkan Tabung Hartanah anda bermula hari ini juga.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp