fbpx
Wednesday , August 21 2019
Home / Pasaran Hartanah / Bilis Hartanah Risau, Tapi Jerung Hartanah Mengganas!

Bilis Hartanah Risau, Tapi Jerung Hartanah Mengganas!

Ramai jugak yang jumpa Ahyat kata risau nak masuk gelanggang hartanah dalam keadaan sekarang yang tak segempak tahun-tahun boom yang lepas. Tapi ada je jerung-jerung yang nak mengganazzz.

DI KALA RAMAI YANG RISAU TENTANG MARKET HARTANAH, JERUNG-JERUNG SUSUN LANGKAH NAK MENYERANG!?

1. Betul ke market down? Kalau lihat bilangan transaksi sejak 7 tahun ke belakang, memang dalam downward trend. Tapi 2017 masuk 2018 data menunjukkan bottoming out. Maksudnya macam dah berhenti menurun. Ada pakar yang mengatakan market akan start swing menaik sebagai permulaan uptrend.

2. Masih ramai yang risaukan senario market sekarang. Memang patut pun. Ahyat masih berpendapat, lebih ramai orang akan cedera parah kalau masuk gelanggang hartanah sekarang yang penuh bahaya kalau tak cukup ilmu dan hartanah. Tapi siapa yang cukup bekalan 2 senjata ni, memang banyak je peluang yang boleh direbut!

3. So siapa jerung ni? Ni berita tentang Atrium REIT yang nak double kan aset mereka ke RM1 billion dalam masa 2 tahun lagi. Kisah REIT ni Ahyat ada ceritakan dalam artikel lepas-lepas ye. Secara ringkasnya, REIT ni buat sewaan je. Tapi pada skala gergasi. Kita sewakan flat, apartment kecil-kecil bernilai ratusan ribu. Diorang punya aset bernilai ratusan juta kalau tak pun mencecah billion!

4. So, apa jenis hartanah yang diorang nak beli? Mereka ni fokus kat hartanah jenis industri. Kerja diorang ni beli hartanah-hartanah jenis industri dan sewakan. Duit sewa ni pun ratusan ribu dan jutaan ringgit. Dan keuntungan daripada bisnes sewa diorang ni akan diagihkan kepada investor kecil yang beli unit-unit mereka macam kita beli saham.

5. Kenapa Ahyat kata diorang mengganazz? Mana taknya. Hujung 2018 baru ada approximately RM270 juta je aset. Hujung tahun 2019 ni mereka jangkakan akan ada hampir RM480 juta aset, kenaikan lebih 70%. Dalam menjelang 2021 target nak ada RM1 billion! Kenaikan lebih 100% dalam 2 tahun.

6. Maybe otak kita ni jam la kan bila cerita pasal juta-juta dan billion-billion ni. Tapi bawak bertenang. Kita tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan semangat juang. Boleh je kita mulakan dgn RM100,000 kita yang pertama. Kalau profail kewangan kita boleh tunjukkan surplus RM500 sebulan dah lepas dah tu. Dalam gelanggang hartanah, kita tak perlu cari duit banyak-banyak macam tu. Kita just nak kena bina profail kewangan yang chanteks dan kemas di mata bank.

7. So, jom kita fokus chanteks kan balik profail kewangan kita lepas raya ni. Dah cukup dah beraya pun. Kita fokus kat apa yang penting ya. InsyaAllah minggu ketiga Ahyat dan team akan naik ke utara nak ajar susun kewangan supaya mudah nak beli rumah. Kalau ada yang nak belajar dan berjuang bersama Ahyat boleh komen: SAYA NAK!

SELAMAT BERJUANG!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Sumber gambar:
www.atriumreit.com.my

PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Ahyat Ishak

Ahyat Ishak

Check Also

Bangau Oh Bangau Kenapa Harga Akan Naik Lagi 10 – 15% Tahun Ni?

1. Dikala ramai orang kita lebih minat kisah2 politik dan video video viral, mungkin tak …