fbpx
Friday , February 21 2020
Home / Hartanah / BNM Mengumumkan Pengurangan OPR (Overnight Policy Rate)

BNM Mengumumkan Pengurangan OPR (Overnight Policy Rate)

 


OPR reduce by 25bp

24/01/2020 BNM has announced OPR reduce by 25bp from 3.00% to 2.75%

Ingat tak last year, BNM pun announce reduced OPR 25bp juga kan?? Date 17/05/2019..

Apa effect dia?

Most of the bank announce BR/IBR BLR/BFR reduce juga.. and mostly reduce by 25bp juga..

So effect tak pada korang punya instalment??

Jawapan:
YES dan NO

Kenapa YES?
Setiap bank ada pengiraan yang unik untuk kira berapa instalment korang jika BR/IBR BLR/BFR naik atau turun, which dalam kes ni menurun..

Kalau loan/financing korang ni dah lama, most probably akan turun banyak.. kalau masih baru setahun jagung akan turun sikit.. selain bergantung kepads rate korang, amount outstanding dan loan tenor (tempoh berbaki) pun di ambil kira..

So korang akan dapat notification letter/email/mesej mengatakan instalment korang akan turun due to BR/IBR or BLR/BFR turun..

Dan kenapa NO?
Jika loan/financing korang baru je disbursed sebulan dua, most probably instalment korang akan maintain.. sebab apa.. ada bank yang letakkan gap/minima amount untuk turunkan instalment..

Contohnya: “Sekiranya instalment reduce below RM50, instalment akan remains”

So selepas buat kira-kira, instalment korang dari RM1,020 reduce kepada RM1,010 so bank akan remains kepada RM1,020..

Akan effect tak tempoh pembiayaan?
Yes, akan effect.. mungkin loan/financing korang akan habis lebih awal daripada yang sepatutnya..

Ada yang bising2 sebab instalment korang tak turun??
Chill chill..
Sebenarnya.. bukan instalment tu yang korang kena cek.. tapi korang kena cek rate korang! 😅😅😅
Tengok rate yang korang dapat dulu masa sign Letter Offer dan sekarang ni..

Dulu approved at 4.15% sekarang pay back at 3.9%!!

Wowww!!

Bila effective ni??
Biasanya effective immediately once bank dah announced penurunan BR/IBR or BLR/BFR. Tapi instalment korang akan effective 2 – 3 bulan.. sebagai contoh New instalment akan take effect pada 1/4/2020..

Kalau takde terima any notification?
Cek guna online banking lah beb!! Zaman 2020 ni semua di hujung jari.. kalau takut lupa, sila print dan letak dalam file korang tu!

Kalau nak maintain instalment lama?
Bagus idea ni, sebab akan effect tempoh loan/financing korang.. korang hanya perlu set kan Standing Instruction (SI) melalui online banking korang atau boleh walk in ke bank untuk assistance..

Ok ok..

Apa effect pada new loan/financing?
Yang ni kurang best sikit.. sebab bila BR/IBR turun, most of the bank akan naikkan spread..
Contoh :
Dulu offer BR+1% sekarang offer BR+1.25%
Effective rate masih sama.. spread makin naik sebab BR reduce..
So dia akan effect bila BR naik nanti..

Katalah BR dari 4% turun jadi 3.75%.. so effective rate masih sama 5%.. those existing, oklah their rate akan turun daripada 5% kepada 4.75%.. yang current akan dapat 5% juga..
Tapi bila BR naik by 25bp juga nanti, yang baru ni akan jadi 5.25%.. yang lama akan jadi 5%..

Faham tak??

Nanti bella up kat post baru pasal new application sahaja ok..

Siapa baca sampai habis, korang memang wow!!

Komen sikit plssss.. dan silalah share untuk kawan2 semua!


PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Bella Leana

Bella Leana

Check Also

Ahyat Tutup Mata Jer Ajar Brader Ni 1 Teknik Yg Buat Dia Boleh Shopping Rumah RM1 JUTA!

Ada sorang brader ni. Dia kata dia lama folo Ahyat. Terserempak dekat Menara Great Eastern …