Masuk medan hartanah dengan mata terbuka!
Ahyat dah lihat macam2 sejak Ahyat beli hartanah pertama pada 2003. Sejak 16 tahun yg lalu, Ahyat lihat banyak kisah suka dan duka. Malah, begitulah juga yg Ahyat lalui.
2. Antara mesej utama yg Ahyat dapat sampaikan kepada peserta group coaching baru baru ini ialah: bukan semuanye indah dalam dunia hartanah. Malah, amaran Ahyat ialah: siapa yg tak sedar akan hakikat inilah yg akan bakal cedera parah bila masuk medan hartanah.
3. Ramai yg beranggap seolah2 hartanah ni hanya untung. Harga pasti naik. Seolah2 pastinya matahari akan terbit esok pagi. Alangkah bongkaknye siapa yg beranggapan begitu. Betapa bahayanye siapa yg beranggapan begitu.
4. Ahyat pesan, kalau ada cikgu yg hanya mengajar yg best best je, maka larilah sejauh jauh dan selaju laju daripada dia. Kenapa? Kerana orang yg hanya mengajar bahawa hartanah itu hanya kisah2 indah dan tiada kisah2 horror bukanlah manusia tetapi hantu jembalang!
5. Apakah realiti dunia hartanah? Ada 2 yg orang biasa tahu. Pertama: ramai jadi kaya kerana hartanah. Dan kedua: ramai yg jadi kaya, meletakkan kekayaan mereka dalam hartanah.
6. Adakah itu sahaja realiti dunia hartanah? Oh tidak. Ada realiti ketiga: ramai jadi sengsara kerana hartanah juga. Hidup mereka merana dan terbeban kerana silap langkah dalam dunia hartanah. Kita tak mahu jadi kumpulan ini.
7. Dengan kesedaran bahawa ada realiti ngeri, kita bakal masuk medan hartanah dgn mata terbuka. Kita masuk dgn persiapan perang dan bersedia utk pertempuran. Lengkap dgn senjata ilmu dan jemaah askar. Inilah cara yg lebih bijak nak berjuang dalam mesan hartanah.
8. Ahyat doakan sahabat2 ygberminat nak masuk medan hartanah diberikan keselamatan san sentiasa didorongkan utk membuat keputusan yg bijak, selamat dan bertanggungjawab. Semoga kita sentiasa menggunakan rezeki Allah utk kebaikan di dunia yg akan membawa kita kejayaan yg teragong di akhirat.
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!