MAMAT NI KATA EKONOMI MALAYSIA AKAN PERTUMBUHAN NEGATIF TAHUN NI
MINAH TU PULAK KATA DUNIA AKAN ALAMI KEMELESETAN EKONOMI TAHUN NI
Siapa mamat ni? Siapa pulak minah tu? Ni bukan cakap2 kosong netizen atau gebang2 kat medsos. Ni 2 orang besar dari antara bank terbesar dunia. Jom baca. Awas panjang..
1. Siapa mamat ni? Nama dia Richard Record. Dia ni ketua ekonomi World Bank utk negara Malaysia. Pagi tadi keluar artikel yg mengenai kenyataan dia tu.
2. Siapa minah tu? Nama dia Kristalina Georgieva. Dia ni pengarah urusan IMF: International Monetary Fund. Dia isytiharkan dunia dalam recession.
3. Dua2 ni cerita besar yg Ahyat nak kupas. Sepatutnye dikupas berasingan. Tapi Ahyat cantumkan dulu utk nampakkan kaitannye. Apakah kairannye? Ada dua perkara. Pertamanye: penyebabnye ialah COVID19 dan keduanye: recession itu bakal diikuti dgn recovery. Jom cerita satu2 dulu.
4. Kita tengok cerita global dulu. Kristalina ni kata recession atau kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2020 ni boleh jadi seteruk atau lebih teruk drpd tahun 2009. Yg mengerikan lagi dia kata, ekonomi dunia hanya boleh recover sekiranye dunia berjaya utk melawan penularan COVID19 ni. (Rujukan 1)
5. Kata Kristalina ni lagi, masa kemelesetan ekonomi global pada 2008 n 2009 tu, terutamanye negara maju mengalami kejatuhan yg teruk: peningkatan pengangguran, keuntungan bisnes jatuh, pasaran kewangan dunia runtuh, dan pasaran hartanah turut jatuh.
6. Kita patah balik ke Malaysia, mamat Richard ni kata pada awal tahun mereka unjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahap 4.5%. Tapi sekarang mereka adjust balik forecast mereka kepada -0.1%.(Rujukan 2). Maknanye pertumbuhan ekonomi kita negatif. Kita nak positif la kan. Lagi besar positif nye, lagi bagus la.
7. Mereka buat adjustment ni kerana ekonomi Malaysia pun dah memang perlahan sejak setengah tahun 2019. Tambah pulak kini ekonomi kita terkesan teruk kerana pandemik COVID19 yg menyebabkan PKP: Perintah Kawalan Pergerakan yg bagus utk menghentikan rantaian jangkitan tapi ia jugak menghentikan pelbagai jenis aktiviti ekonomi.
8. So nak dipendekkan cerita utk bahagian pertama, bukan sahaja ekonomi Malaysia sahaja yg bakal mengalami kejatuhan ekonomi tetapi negara2 lain pun diperingkat dunia pun terkesan jugak.
9. Kita masuk cerita kedua pulak: recovery. Setelah kejatuhan itu pasti ekonomi2 ni akan kembali bangkit dan sihat kembali. Apa yg jatuh tu tak jatuh selama2nye. Akan naik kembali. Dan ini kelakuan ekonomi sejak dulu sampai sekarang. Ekonomi kita ada kitaran.
10. Apa pulak kata bank2 besar ni mengenai pemulihan ekonomi Msia selepas jatuh nanti? Mereka kata ekonomi Msia akan mula pulih pada suku tahun ke4 tahun ini. Itu pun bergantung kepada berapa cepatnye kita dapat menang perang pandemik COVID19 ni.
11. Dia jangkakan ekonomi Malaysia akan melonjak kembali hingga ke tahap 6.4% atau pada unjuran yg paling rendah pun mungkin 4.1% pada tahun 2021. Wowow! Ni yg pakar2 dok kata sebagai the V-shaped recovery. Dan begitulah yg berlaku kepada Malaysia selepas 2 krisis ekonomi yg lepas. Dan dijangkakan Malaysia akan mengalami full recovery pada tahun 2022.
12. Begitulah jugak pesanan atokanda yg kita sayangi Tun Mahathir. Dia kata rakyat Malaysia mesti berjuang dgn gigih utk selamatkan kembali ekonomi negara. Hanya dgn semangat dan budaya kerja yg gigih sahaja, ekonomi Malaysia bakal kembali sihat zelepas kesan dahsyat drpd pandemik COVID19 ni. (Rujukan 3)
13. Tun M kata lagi bahawa pematuhan rakyat terhadap PKP nilah yg akan menentukan kejayaan kita utk perangi pandemik COVID19 ni. Kalau kita tak dapat putuskan rantaian jangkitan nye, lagi panjanglah PKP nanti, semakin teruklah la ekonomi yg beri kesan kepada semua rakyat jelata dan semakin lama lah masa utk repair balik ekonomi negara.
14. Mungkin ada yg rasa resah dan murung bila baca kenyataan2 ini. Tetapi seperti krisis2 sebelum ini yg negara2 diseluruh dunia pernah lalui termasuk Malaysia, akan datangnye pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi. Percayalah. Jangan hilang harapan itu.
15. Memegang kepada hakikat inilah yg kita kena sama2 tekad utk menang perang menentang pandemik COVID19. Ini perang kita yg pertama. Perang kita yg kedua nanti utk sama2 repair balik ekonomi negara. Dan setelah itu nanti, kita akan sama2 kembali hidup seperti sediakala dan menikmati kehidupan semula.
16. Semoga sahabat2 semua terus tabah menempuhi 14 hari lagi PKP Fasa 2. Sekiranye benar ada desas desus akan dilanjutkan kepada PKP fasa 3, apa kan daya, sebagai rakyat kita terpaksa terima dan akur. Inilah langkah penting utk kalahkan pandemik ini.
17. Kita sebagai rakyat mengharapkan pemimpin di peringkat kjaan akan lakukan yg terbaeks utk mentadbir negara pada masa krisis ini. Dan semoga semua frontliners terus tabah dan cekal dalam perjuangan mereka.
18. Ye kita boleh berharap. Tapi jangan berharap kosong2 je. Sebagai rakyat yg sama2 mencintai negara Malaysia ni, setiap orang ada peranan yg perlu dimainkan: sekarang semasa berjuang menentang COVID19 dan lepas ni bila berjuang memulihkan ekonomi.
19. Kejayaan ini bermula di setiap keluarga dan setiap rumah. Tahniah kerana taat menuruti PKP utk menang perang ini! Jangan pernah putus asa. Jangan pernah berhenti berdoa. Jangan pernah berhenti bertawakal. Semoga Allah SWT selamatkan kita semua!
SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK
Apr 1,2020
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!