fbpx

Fahami Kaitan Dan Kesan Turun Naik OPR Ke Atas Loan Anda

Nah baca artikel di bawah ni untuk korang hadam.
Silalah gigih ok. Lepas baca harap drop kan sikit komen suntik semangat pada Bella sikit. πŸ˜‚πŸ˜‚

OPR – Overnight Policy Rate.

1. Apa benda OPR ni??

Basically, OPR ni ialah rate yang Bank Negara Malaysia (BNM) dah set atau tetapkan yang akan digunakan dalam transaksi yang involve Depository Institutions (mostly banks lah kan).

2. Kenapa transaksi?

Sebab ada bank yang akan facing shortage atau surplus. So, untuk biarkan bank ni remain stable, yang shortage tadi akan pinjam daripada yang surplus dan dikenakan rate overnight. Rate ni lah dipanggil OPR.

So, OPR kita decrease by 25 basis points (bps) menjadi 3% (sebelum ni 3.25%)

3. Apa effect kepada BLR/BFR?

BLR – Based Lending Rate.
BFR – Based Financing Rate.
BLR/BFR ni ialah kos pinjaman atau pembiayaan daripada Financial Institution (FI) iaitu bank dan mostly akan berubah mengikut OPR.

4. Kenapa berubah?

Basically, benda ni semua inter-related dengan keadaan ekonomi kita sekarang. Bila dah agak β€œmuram” berbelanja, kena ambil pendekatan untuk β€œtarik” rakyat untuk spend more.

Bila kos pinjaman/pembiayaan turun ⬇, spending power akan meningkat ⬆.

So, akan effect kat money supply which akan meningkat as well ⬆, so price/market akan lebih stable. (Monetary Policy) ini semua teori ekonomi ok. 😊😊

5. Apa kesan kat pinjaman/pembiayaan kita?

Bila BLR/BFR turun, secara tak langsung interest/financing rate pun akan turun jugak dan instalment pun akan turunlah. Simple!
**BLR/BFR ni untuk loan/financing yang approved prior to 2/1/2015.

6. Sekarang kita dah guna BR/IBR, apa pulak effect dia?

BR – Based Rate.
IBR – Islamic Based Rate.
Basically, BR ni tak bergantung kepada OPR secara langsung. BR ni depends kepada setiap bank punya benchmark untuk cost of fund dan liquidity serta Statutory Reserve Requirements (SRR). OPR naik atau turun, bank berhak untuk review their BR. Boleh maintain, naik atau turun walaupun OPR tak berubah.

Bila OPR ⬇, BLR biasanya akan ⬇

Walaupun BR tak bergantung kepada OPR secara langsung, kemungkinan untuk BR turun juga adalah tinggi. That means kemungkinan besar BR juga akan affected. Tapi Bella percaya ada je yang terima notification yang instalment korang naik/turun sebab BR berubah walaupun takda apa-apa announcement pasal OPR kan?? πŸ˜‚πŸ˜‚

Back to monetary policy tadi, pasal demand dan supply yang berlaku dalam market kita sekarang adalah untuk stabilkan market kita sekarang, kita digalakkan untuk β€œspend” rather than β€œsave”.

So, banks are basically akan offer a bit lower rates untuk deposits instead of borrowing/spending.

7. Apa akan terjadi kepada existing loan/financing?

Existing loan/financing yang menggunakan BR akan effect sebab basically their effective rate dah turun (BR + spread rate).
Bank akan review new instalment based on current effective rate dan juga outstanding balance untuk loan/financing korang serta berapa baki “tenor” loan/financing korang.
So, jangan terkejut kalau korang punya instalment akan turun, or maybe jugak akan maintain je.

8. Apa akan jadi kepada new application?

New application takda effect lagi sebab kemungkinan besar bank akan naikkan “spread rate” dia.
Okay contoh previous BR = 3.5%, Offer BR+1%. So effective rate = 4.5% (Spread Rate = 1%).
Lepas BR turun, say by 20 bps, new BR = 3.3%, Offer BR+1.2%. So effective rate still sama 4.5% walaupun BR tadi turun. (Spread Rate = 1.2%)

Faham tak?

Dan bukanlah hari ni OPR turun, hari ni BLR turun, or hari ni BR turun, hari ni jugak instalment turun. Ada gap untuk revise instalment ni. Ada bank yang ambil 3 bulan untuk adjust, ada yang sebulan. Depends on bank. Usually korang akan dapat notification letter dari bank memaklumkan kadar baru untuk their BR.

9. Macam mana pulak kalau nak maintain instalment yang sekarang ni instead of new instalment yang lebih rendah?

Ok, ni kerja mudah je gaiss.. ada dua cara:
β†’Β Boleh buat Standing Instruction (SI) atau Auto Debit via online banking
β†’ Boleh walk in to the branch untuk kekalkan instalment yang lama.

Remember!

Boleh bayar lebih, tapi jangan bayar kurang!!
πŸ˜‚πŸ˜‚

Okay. Cukup panjang tak korang baca nih?
Kalau rasa bermanfaat, boleh comment & share untuk sahabat-sahabat lain okay!

InshaAllah, Bella cuba sehabis baik untuk explain all those yang berkaitan loan/financing dalam bahasa rakyat marhaen macam kita semua.

Harap membantu korang!

Love,
Bella.

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Sumber gambar:
www.bnm.gov.my

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp