fbpx

Ikuti Langkah Ini Supaya Layak Apply Skim-Skim Loan Rumah 100%!

Selamat pagi semua!

Ingat tak Bella ada update pasal 100% financing? Alaa… ada beberapa skim yang Bella kongsikan tu??

Tak perasan? Ok takpa, Bella sertakan link untuk korang refresh ya.

1. Skim Rumah Pertamaku (SRP)
https://pejuanghartanah.com/skim-rumah-pertamaku-rugi-kalau-tak-tahu-pasal-ni/

2. BNM Funded Affordable Home Skim
https://pejuanghartanah.com/bank-negara-lancarkan-skim-yang-sangat-best-rugi-kalau-tak-baca/

3. BNM First Home Skim
https://www.facebook.com/100007700288660/posts/2211593805773941/

Antara syarat kelayakan untuk apply semua skim kat atas ni adalah untuk subscribe AKPK modul secara online. Then kena print certificate tu untuk submit application korang, kan?

Jom Bella sertakan cara dia.

10 Langkah-Langkah Subscribe Modul AKPK Secara Online:

1) Bila korang klik link https://learn.akpk.org.my/ dia akan redirect korang kat page yang atas ni. Then, korang proceed untuk klik “Sign Up”.

2) This is next page yang akan keluar. So, masukkan email korang, buat password yang korang boleh ingat (penting!). Masukkan nama penuh mengikut IC. Then, kalau nak subscribe untuk AKPK punya newsletter boleh klik kat box kecil tu. Then “Start Learning”.

3) Then dia akan redirect korang kat page ni. Korang cari “Free to Learn”. Klik je kat situ. Korang boleh je scroll up and down untuk baca content AKPK ni. Ada 2 versi – Bahasa Malaysia & English.

4) Lepas klik “Free to Learn” this page akan appear. So again, masukkan nama penuh ikut IC dan juga nombor IC (tanpa space or -) then alamat email korang. Then, klik “Join Rumahku (BM Version)”.

5) Ok, this page akan keluar. Dekat atas tu korang boleh update gambar korang kalau mahu.. 😅
Then progress korang untuk ikut modul ni akan appear kat “Your Progress”. Dia akan appear mengikut peratusan (%).
Korang scroll ke bawah, then bacalah apa yang AKPK tulis kat page ni.

6) Ok, dah sampai bawah dah baca apa yang patut, korang boleh mula. Klik kat “Next: Mula Di Sini” dia akan start sesi pembelajaran. Korang kena baca setiap word, dan tengok video (jika disertakan) untuk pastikan yang korang akan dapat 100% enrolment untuk download sijil. So, klik je “Next” untuk topik/tajuk seterusnya.

7) Ok bila dah habia baca dan tengok video yang disertakan, korang punya progress tu akan bertukar kepada “You Are Awesome”. Ini maksudnya korang dah 100% finish. Bella tak screen shot setiap satu page yang kena belajar tu. Tapi in my opinion ok lah. Dia bagi basic information pasal financing. Very basic dan korang pun kena jawab beberapa soalan simple. Simple giler je soalan dia dan video yang disertakan juga berdurasi dalam 2 hingga 3 minit jer.

8) Oh ya.. untuk setiap page yang korang kena baca dan tengok video tu akan ada bulat hijau kecil di bawah progress (kalau gambar kat atas tu kat bawah “You Are Awesome”) korang kena pastikan bulat kecil tu berwarna hijau dan penuh. Kalau half atau quarter means kat page tu korang masih tak lengkap lagi. So, sebelum tekan “Next” kena pastikan bulatan hijau tu full dulu berwarna hijau ok. Then boleh klik kat “You Are Awesome” tu untuk download certificate korang atau scroll down ke bawah sikit.

9) Jeng jeng jeng! Korang akan nampak “Download Certificate” so just klik kat situ then dia akan redirect korang ke korang punya sijil.

10) Tadaaaa!!! Inilah sijil AKPK korang. So, bolehlah download kat PDF and print out untuk disertakan sekali dengan application korang tu. Untuk dapat sijil ni tak lama pun masa yang diambil. Hanya 15-20minit je. Dalam masa yang sama AKPK pun akan email korang sijil ni. Boleh dah check kat email dan kalau korang rasa korang perlukan lebih nasihat daripada AKPK, korang boleh ambil nombor telefon yang disertakan atau notify dorang melalui link yang dorang sertakan dalam setiap page sesi pembelajaran tu.

Korang boleh klik link kat bawah ni untuk maklumat lanjut.

https://learn.akpk.org.my/

Ok, Bella nak declare yang gambar contoh ni, is my own page and initiative
Takde sebarang kaitan dengan AKPK.

So, segala pertanyaan berkaitan AKPK janganlah korang whatsapp/PM Bella. 😂
Boleh rujuk laman web AKPK ya.

Bella cuma nak tolong korang je untuk memudahkan segala urusan bagi korang yang mahu apply 100% financing seperti link-link di atas tapi tak tahu macam mana nak enroll AKPK modul..

Kalau rasa bermanfaat, korang bolehlah share ramai-ramai supaya semua rakyat Malaysia yang layak untuk semua skim di atas ni sedar pasal benda ni.

Jom ramai-ramai kita mudahkan urusan orang lain.
Semoga urusan kita pun dipermudahkan.

Yang mana layak tu, selamat mencuba okay!

All the best!

With love,
Bella Leana.

– Bella Leana adalah salah seorang MENTOR PEJUANG HARTANAH dalam kepakaran PEMBIAYAAN HARTANAH.

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp