fbpx

Kalau Belum Buat Perkara Ini, Mungkin Geran Rumah BUKAN Atas Nama Anda!

Rumah anda dah ada geran individu?

Cuba tengok siapa nama ketuanpunyaan yang tertulis di dalam geran individu itu. Mungkin ketuanpunyaan masih lagi nama pemaju.

GERAN INDIVIDU

Macam mana nak tukar geran itu daripada nama pemaju kepada nama anda sebagai pembeli?

Perlu ke tukar nama?

Kalau tak tukar tak boleh ke?

Proses ini dinamakan “perfection”. Ianya sering kali dipandang remeh oleh ramai pembeli rumah.

Ramai juga yang tak tahu mereka perlu buat “perfection” setelah geran individu dikeluarkan.

Biasanya pihak peguam akan mengirim surat kepada pembeli rumah untuk memaklumkan yang geran individu sudah keluar dan pembeli perlu membuat “perfection” untuk menukar nama daripada nama pemaju kepada nama pembeli. Akan ada caj yang akan dikenakan oleh pihak peguam untuk tujuan ini.

Sebagai pembeli, saya nasihatkan lebih baik anda bayar sahaja caj itu dan biarkan peguam membuat “perfection” untuk anda.

Tak payah nak pening-pening kepala. Prosesnya mengambil masa 1-3 bulan.

Perlu ke tukar nama?

Kalau tak tukar tak boleh ke?

Sebagai pembeli, anda memang perlu untuk menukar nama dalam geran tersebut.

Selagi anda tidak membuat “perfection” nama ketuanpunyaan di dalam geran itu masih lagi atas nama pemaju.

Nama ketuanpunyaan sangat penting ketika proses refinance dan jual rumah. Ianya perlu atas nama anda sebagai pembeli.

Sekiranya nama ketuanpunyaan masih lagi atas nama pemaju, proses tersebut masih boleh dilakukan, tetapi akan memakan masa yang lebih panjang.

Sekiranya pemaju itu bankrap sebelum anda menukar nama itu, anda akan menghadapi masalah untuk berurusan pada masa akan datang.

Nasihat saya, pastikan anda membuat proses “perfection” selepas anda mendapat kunci rumah anda.

Terasa lebih bijak tak hari ni?

Share dengan yang lain dan semoga bermanfaat!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp