Shah Alam merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan buat para pembeli dan para pelabur hartanah pada masa kini.
Seperti perkongsian segmen Radar Hartanah yang kami terbitkan dahulu, negeri Selangor merupakan negeri yang paling banyak mencatatkan jumlah transaksi jual beli hartanah. Ini secara langsung meletakkan negeri Selangor di tempat pertama dari segi pasaran hartanah di Malaysia.
Sebagai ibu negeri Selangor, Shah Alam turut menerima limpahan hasil kepesatan ekonomi dan pasaran hartanah negeri Selangor.
SEJARAH SHAH ALAM
Shah Alam yang ditubuhkan pada tahun 1963 pada asalnya merupakan sebuah kawasan ladang kepala sawit sebelum diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor pada 7 Disember 1978 bagi menggantikan Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan.
Sejak dari itu, Shah Alam mengalamai pertumbuhan yang sangat pesat sehingga diberi status sebagai sebuah bandaraya pada 10 Oktober 2000.
BOOSTER HARTANAH SHAH ALAM
1. BANDAR TERANCANG
Tahukah anda bahawa Shah Alam merupakan sebuah bandar terancang yang pertama di Malaysia?
Selepas zaman kemerdekaan dan juga sejak diwartakan sebagai ibu negeri, kerajaan negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam merancang pelan pembangunan bagi Shah Alam.
Melalui Pelan Warta 1190 dalam perancangan kerajaan, Shah Alam pada masa kini berkembang hingga mencapai berkeluasan 290.3 km persegi.
Hasilnya, pelbagai projek perumahan turut dirancang di kawasan Shah Alam bagi memenuhi pertambahan penduduk dari semasa ke semasa.
2. PUSAT PENTADBIRAN
Status Shah Alam sebagai ibu negeri menjadikannya sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor, turut menjadi booster bagi pasaran hartanah di kawasan ini.
Sebagai sebuah kawasan yang banyak menempatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri, ini secara tidak langsung mempengaruhi demografi penduduk di Shah Alam.
3. PUSAT PENGAJIAN
Shah Alam dipenuhi dengan beberapa institut pendidikan yang menjadi tumpuan dan pilihan para pelajar dan juga tenaga pengajar. Ini secara langsung meningkatkan aktiviti ekonomi setempat. Antara institusi pendidikan yang ada di Shah Alam ialah:
- Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Management and Science University (MSU).
- Kolej PTPL.
- Universiti Selangor (Unisel).
- Politeknik Shah Alam (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).
4. PUSAT PERUBATAN
Hospital juga merupakan keperluan asas yang penting sebagai booster hartanah. Shah Alam pada masa kini mempunyai beberapa buah hospital dan pusat perubatan seperti:
- KPJ Selangor Specialist Hospital (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Selangor).
- Avisena Specialist Hospital (dahulu dikenali sebagai Darul Ehsan Medical Centre (DEMC).
- Salam Medical Centre (Shah Alam Specialist Hospital).
- Columbia Asia Medical Centre.
- Hospital Shah Alam.
5. KAWASAN INDUSTRI
Industri juga merupakan nadi ekonomi Bandaraya Shah Alam. Pelbagai syarikat multinasional menempatkan kilang dan operasi mereka di Shah Alam dan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi permintaan terhadap hartanah di kawasan ini akibat pertambahan penduduk yang terlibat di dalam sektor industri ini.
6. PUSAT HIBURAN
Shah Alam juga menjadi tarikan dengan pelbagai pusat hiburan dan rekreasi yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia serta menjadi pilihan seisi keluarga. Antaranya:
- i-City Shah Alam
- Skytrex
- Taman Botani
- WetWorld Water park
- Uptown Shah Alam Seksyen 24
7. JARINGAN JALAN YANG PELBAGAI
Pada masa kini terdapat pelbagai jaringan jalanraya dan lebuhraya yang menjadikan Shah Alam lebih mudah diakses dari pelbagai arah. Didorong oleh sistem jaringan pengangkutan yang semakin efisien, pasaran hartanah juga semakin bertambah pesat di Shah Alam. Antara lebuhraya di Shah Alam ialah:
- Lebuhraya Persekutuan
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
8. PUSAT BELI BELAH
Hasil kepesatan ekonomi Shah Alam, semakin banyak pusat membeli belah yang muncul bagi menampung keperluan penduduk setempat. Pusat beli belah dan pusat-pusat komersil ini juga meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitarnya. Antara pusat beli belah yang terdapat di Shah Alam ialah:
- Central i-City Mall
- SACC Mall
- AEON Shah Alam
9. PEMANDANGAN DAN ALAM SEKITAR
Faktor alam semulajadi juga memainkan peranan sebagai booster hartanah. Shah Alam banyak dipenuhi dengan pelbagai taman dan tasik seperti Taman Tasik Shah Alam. Bagi mereka yang menitikberatkan soal alam sekitar dan juga keindahan pemandangan, sudah pasti ini akan menjadi tarikan utama.
Ini menyebabkan beberapa projek perumahan yang dibangunkan oleh pihak pemaju menggunakan booster ini sebagai selling point mereka untuk menarik pembeli.
10. PENGANGKUTAN AWAM
Shah Alam juga dilengkapi pengangkutan awam selain jaringan leburaya yang dinyatakan di atas bagi memudahkan pergerakan penduduk. Pengangkutan awam menghubungkan penduduk Shah Alam, ibu negara Kuala Lumpur seperti KTM Komuter. Selain itu juga, terdapat Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Shah Alam yang menghubungkan bas-bas dari seluruh negara ke Shah Alam.
Dah tahu 10 booster yang menjadikan Shah Alam sebagai kawasan hartanah berpotensi bagi pelaburan anda?
Tapi tak tahu mana satu hartanah-hartanah menarik di sini?
Nak tahu, nak zoom, nak fokus lebih lanjut tentang pasaran hartanah Shah Alam?
KLIK GAMBAR DI BAWAH INI