fbpx

Ketahui 14 Cara Untuk Bantu Korang Pilih Rumah Teres!

Pengalaman Ahyat beli rumah adalah seperti berikut.

Rumah teres ni adalah antara jenis rumah yang paling legend dan paling trending di Malaysia.
Kalau diberi pilihan dan kalau ada bajet, rumah teres ni memang pilihan nombor 1 orang Malaysia.

Berikut adalah antara beberapa perkara yang Ahyat sendiri akan tengok-tengok bila beli rumah teres berdasarkan pengalaman Ahyat sendiri.
Ni kira best case scenario lah. Kiranya kalau kita ni ada pilihan, inilah pilihan yang terbaeks.

Chekidaut.

PANDUAN BELI RUMAH TERES.

1. Takda rumah lain kat depan.

✅ Ahyat suka rumah teres yang takda rumah lain kat depan. Most rumah teres yang Ahyat beli berdepan tanah lapang atau garden atau sempadan. Memang mahal sikit tapi keluasan tu berbaloi. Tetamu yang datang akan senang nak parking.

2. Keamanan.

✅ Rumah teres ni kita nakkan keamanan. So, tak nak kedudukan depan or dekat jalan utama yg bising-bising. Berbeza pula dengan shoplot atau hartanah commercial, yang kita nak keriuhan dan kemeriahan!

3. Tak nak depan jalan utama.

✅ Ahyat akan study jalan dalam kawasan perumahan tu. Ada jalan-jalan yang akan jadi jalan laluan utama dalam kawasan perumahan itu. Ahyat tak suka rumah-rumah sepanjang jalan utama ni. Kereta banyak lalu-lalang. Bukan sahaja bahaya untuk anak-anak, keluar masuk kereta nanti pun jadi leceh dan kena lebih hati-hati.

4. Satu jalan keluar masuk.

✅ Ahyat suka kawasan kejiranan yang ada 1 je jalan masuk dan keluar. Kenapa? Ini adalah konsep ‘CPTED’ : Crime Prevention Through Environmental Design. Lebih selamat. Nanti Ahyat buat posting khas untuk topik ni.

5. Facing west?

✅ Matahari terbenam di barat. So, kalau rumah facing barat, rumah tu akan facing matahari petang yang sebabkan rumah lebih panas. Memang boleh pasang curtain jenis blackouts tapi rumah tu memang akan tetap rasa panas. Dinding rumah pun boleh rasa panas. Aircond memang kena sentiasa full speed dan kos elektrik pun boleh jadi lebih sikit. Rumah yang north south orientation adalah pilihan terbaeks.

6. Tak nak dekatTNB substation?

✅ Ada yang pantang rumah dekat substation TNB ni. Kerana ada yang kata risau pulak kalau meletup ke. Atau kalau ada rosak nanti, sampai ke pagi pun TNB akan hantar trak dan pekerja untuk repair dan itu akan mengganggu. Tapi ada investor yang sengaja cari rumah depan substation TNB kerana harganya kadang-kadang murah sedikit banding rumah-rumah lain di kejiranan tu. Bila jual pun boleh jual murah sikit dan ada je orang yang tak kisah.

7. Tak nak facing junction.

✅ Ahyat memang tak nak beli rumah facing junction. Memang feeling dia tak best. Especially, kalau malam memang lampu kereta tu jadi spotlight ala-ala lampu liplap kat rumah kita. Bahaya pun satu hal. Risau je kereta bersimpang-siur depan rumah kita. Tapi zaman sekarang ni developer pun dah bijak nak design kejiranan yang elakkan benda-benda macam ni.

8. Guarded.

✅ Zaman sekarang, pemaju akan bina sesuatu kawasan tu dengan adanya guardhouse siap-siap. Walaupun kawasan tu tak dijual sebagai G&G: Gated & Guarded tapi banyak kejiranan yang dah jual dengan gate dan guardhouse. Kejiranan macam ni jadi ada kelas yang lebih berbanding kejiranan lain.

9. Clubhouse facilities.

✅ Kejiranan yang baru selalunya ada dibina dengan facilities macam clubhouse, swimming pool dan kemudahan lain-lain. Of course, kejiranan yang ada facilities ni akan buat rumah-rumah tu lebih mahal. Tapi permintaan untuk rumah-rumah ni memang bagus dan akan menarik pembeli dalam kelas berbeza.

10. Kiblat.

✅ Arah kiblat pun penting. Saya belajar dengan Ustaz Ghazali Ibrahim. Dia ingatkan saya supaya kiblat kita janganlah arah toilet. Kalau dah terbeli nak buat macam mana? Jawapannya, letakkanlah penghalang. Guna apps kompas dalam telefon pintar yang ada kiblat sahaja supaya mudah sekarang nak tahu arah kiblat.

11. Kedudukan dapur.

✅ Ada rumah-rumah yang kedudukan dapur dia kat depan rumah. Layout macam ni jadi kerana orientasi rumah tu nak ruang tamu kat belakang rumah yang ada taman cantik. So, dapur diletakkan dekat depan. Daripada apa yang Ahyat kaji, maybe tak sesuai untuk family Melayu. Dapur ni boleh dianggap aurat wanita. Ni lah ruang private para isteri dan ibu-ibu. Ruang dapur pun tak patut boleh dilihat terus daripada pintu masuk bila tetamu masuk. Tapi terpulanglah, ada yang dah suka open kitchen concept yang moden ni.

12. Adjoining toilet.

✅ Ada rumah teres sekarang yang toilet bilik kat tingkat atas, berada di luar bilik dan tak bersambung dengan bilik. So, tak selesa nanti kalau anak-anak kita yang nak keluar masuk tandas lepas mandi. Kurang privasi. Best kalau tandas tu private dan bersambung di dalam ruang bilik.

13. Corner lot.

✅ Kat Malaysia ni, corner lot memang sangat legend. Kadang-kadang, orang sanggup beli corner lot mahal-mahal daripada beli rumah jenis semi d. Harga corner lot di kejiranan matang yang dah terkenal boleh mencecah jutaan ringgit dah sekarang. Kenapa? Kerana corner lot ada tingkap lebih! Hahaha! Bukanlah sangat sebab tu. Tanah ada extra. Dan ada 2 je corner lot di dalam 1 baris. Ada trick sebenarnya. Beli rumah intermediate sebelah rumah corner lot dan boleh nikmati keluasan kawasan tu.

14. Rumah teres undercon.

✅ Kalau rumah belum siap, kita masih boleh study persekitaran dan perkara-perkara lain ni daripada layout plan kejiranan dan rumah. Itu sebabnya, ada antara pembeli dan investor yang akan study berjam-jam atau study beria-ia layout ini semua.

Ahyat harap perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Nanti Ahyat akan terus kongsikan lagi tips dan panduan untuk beli rumah bagi jenis yang berbeza.

APA PENGALAMAN ANDA BELI RUMAH TERES?
ATAU APA YANG ANDA CARI? APA YANG ANDA SUKA DAN TAK SUKA?

Sila tinggalkan komen dan pendapat anda!

Selamat berjuang!
Ahyat Ishak.

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp