fbpx

Kisah Kapal Karam Akibat Bocor Kecil! Apa Kaitannya Dengan Anda?

Kenangan bersama billionaire bernama Tan Sri Lee Shin Cheng.

Korang setuju tak point no.14 tu?

BOCOR KECIL BOLEH KARAMKAN KAPAL!

1. Semalam, dunia hartanah dikejutkan dengan kematian Tan Sri Lee Shin Cheng, Pengerusi Eksekutif IOI Group iaitu 2 hari sebelum birthday dia pada 3 Jun 2019 dan sepatutnya dia akan berusia genap 80 tahun. Beliau merupakan lelaki kelima paling kaya di Malaysia dengan kekayaan hampir RM25billion! (Rujukan 1).

2. Kalau dalam dunia hartanah ni memang kenal sangatlah IOI Properties ni. Sebahagian daripada IOI Group. Diorang ni nombor 6 dalam top 10 pemaju terbaeks di Malaysia pada tahun 2018. (Rujukan 2). Kat Malaysia ni ada lebih 1000 pemaju, so kalau top 10 tu kira top 1% dalam industri. Dahsyat la kan!

3. Diorang punya revenue untuk suku kedua tahun 2018 saja dah cecah RM666juta (Rujukan 3). Tu untuk 3 bulan je tau! Diorang ni pemaju level billion ni. Antara gergasi-gergasi kat Malaysia. Kira dah kategori ikan paus, bukan lagi jerung dah diorang ni.

4. Tan Sri Lee ni datang daripada keluarga yang sangat miskin di KL dalam estet getah. Bapak dia ada kedai makan. Kisah dia ni memang legend. Pada umur 22 tahun, dia nak cari kerja kat Dunlop Estate, sebuah syarikat kelapa sawit. Dia kena reject kerana tak pandai cakap Bahasa Inggeris kerana masa tu syarikat-syarikat ni masih dimiliki orang-orang Eropah.

5. So, dia cari kerja kat syarikat sawit lain. Dan yang paling legend ialah selepas 20 tahun kemudian, dia beli syarikat Dunlop Estate pada tahun 1989! Dia kata moment tu terindah kerana 20 tahun dulu diorang pernah reject diri dia. Kalau dia diterima kerja pada masa tu, mungkin dia tak lah nak membeli seluruh aset syarikat itu!

6. Lepas tu dia terus conquer business sawit. Ada tanah-tanah sawit ni yang dah jadi prime land kerana pembangunan bandar dah mula sampai ke tanah-tanah tersebut. So, apa lagi? Jadi pemaju lah dia! Tanah-tanah yang dah ready tu dia unlock potensi daripada nak hasilkan minyak sawit je transform bina rumah-rumah untuk dijual.

7. Daripada situ dia jadi double triple kaya lah. Bila bisnes sawit dia diledakkan lagi dengan bisnes hartanah, kemudian dia jadi orang kelima terkaya di Malaysia!

8. Tapi masa Ahyat jumpa dia 5 tahun lepas, dia memang langsung tak nampak macam orang kaya yang kita selalu gambarkan. Masa tu team dia jemput Ahyat bagi talk kat IOI Property showcase di IOI Mall, Puchong. Masa kat tengah-tengah talk, Ahyat ada perasan ada sorang mamat Cina pakai t-shirt merah berkolar, tuck in kemas dalam seluar hitam. Pakai kasut simple jer. Dia tak diiring siapa-siapa. So, pada mulanya Ahyat tak cam la.

9. Bila dua tiga kali pandang muka dia, Ahyat terasa macam familiar la. Ialah kan.. saya ni dok sibuk atas stage tengah rock n roll. Bila saya pandang dia betul-betul, tetiba tergezut otak Ahyat menjerit : dia ni Tan Sri Lee! So, saya mintak dia bangun dan mintaklah semua orang berikan dia tepukan tangan yang paling gemuruh. Mamat-mamat yang duduk keliling dia pun tak perasan billionaire yang datang duduk!

10. Lepas talk Ahyat dah habis, Ahyat cepat-cepat turun stage dan rush ke arah dia sebelum orang lain serbu. Ahyat mintak dia naik stage untuk orang ramai raikan dia. So, dapatlah bergambar dengan dia. Masa tu je baru nampak seorang bodyguard dia muncul dari belakang tiang. Dan managers dia pun berebut ke depan kerana kehadiran dia di situ adalah satu kejutan.

11. Bila Ahyat berborak dengan dia, dia sangat humble. Ahyat tanya apa dia buat kat situ. Dia cakap dia nak tengok apa staff dia buat. Dia nak tengok sendiri macam mana staff dia running ekspo hartanah dia. Bila Ahyat sebut nama-nama manager yang berurusan dengan Ahyat, dia boleh sebut nama-nama penuh mereka dan dia sangat kenal staff-staff dia. Dia memang sangat rapat dengan staff. Hebat!

12. Kalau ada yang tak kenal Tan Sri Lee ni, dia seorang yang sangat berkira. Salah satu kisah paling legend ialah dia biasa maki staff kalau dia jumpa satu pin kertas atas lantai. Dia akan tanya: “You ingat pin ni takda harga ke?”

13. Ramai orang ingat billionaire ni macam tak peduli pasal kos-kos kecik ni. Belanja sesuka hati. Kan duit dah banyak, so what? Boleh enjoy sakan la kan!? Tapi kan, billionaire ni sangat berkira pasal benda kecik-kecik pun. Barulah yang kecik-kecik tu akan jadi billion!

14. Tan Sri Lee ni pun hebat kerana kerja-kerja sosial yang dia perjuangkan. Dia sangat suka support sekolah-sekolah. Bila dah kaya gilerrr, best dapat tolong masyarakat. Itulah yang kita nak nanti. Memang tak perlu tunggu kaya baru nak tolong masyarakat. Tapi bila dah billionaire ni lagi banyaklah yang kita nak bantu. Bayangkan kalau kita orang Islam, kalau kita billionaire. Berapa sekolah tahfiz dan rumah anak yatim kita boleh bantu? Berapa masjid kita boleh bina. Masjid betul lah ya. Bukan masjid yang lagi satu tu. Eh!?

15. Walaupun dapat berjumpa dengan dia kejap je masa tu, dan dia tak banyak cakap, tapi aura dia sangat ohsem. Terkesan pada Ahyat sampai hari ni. Dia sangat-sangat serius bila berniaga. Ekspo kecil macam tu pun dia turun sendiri.

16. Dia dah terlalu kaya dan terlalu besar dah tapi semua benda-benda kecil kena jaga. So, pengajaran daripada perkongsian Ahyat kali ni ialah kita ni macam mana besar sekali pun, kena jaga benda-benda kecil ni. Kita mungkin tak rasa penting, tapi itulah perkara-perkara yang boleh buat kita jatuh kalau tak dijaga. Bak kata Benjamin Franklin: Berhati-hati dengan segala perbelanjaan kecil. Bocor kecil boleh karamkan kapal!

SELAMAT BERJUANG!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Sumber rujukan:
1. The Star Online
https://www.thestar.com.my/…/ioi-group-executive-chairman-…/
2. The Edge Malaysia
https://tepea.my/2018/tepea-category.php?category=TEPEA10
3. The Star Online
https://www.thestar.com.my/…/ioi-properties-q2-net-profit-…/

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp