Kita Masih Dapat Nikmat Balik Kampung Selagi Tanah Kita Dipertahankan.

Betul tak punchline kat poin 9 tu?

Boleh terdengar suara allahyarham Sudirman menyanyikan lagu lejen tu: “Oh oh oh balik kampung!” Kita mungkin tak sedar bahawa balik kampung itu satu nikmat Allah yg sangat besar. Adakah anak2 cucu2 kita akan dapat nikmat yg sama? Mungkin tidak..

1. Kampung adalah hartanah

Kalau kita sebut balik kampung, kita pasti membayangkan satu gambaran dalam minda kita. Kita dapat feel satu suasana yg hanya kita saja yg dapat rasa dalam jiwa raga kita. Sedar tak sedar, gambaran dan rasa ini berpunca drpd tanah. Di atas tanah itu ada hartanah: rumah mak ayah atok nenek kita.
.
2. Orang Melayu pemilik tanah

Kita orang Melayu Islam ni sebenarnye pemilik tanah pemilik hartanah. Kita dulu pemilik ladang2 pemilik bendang pemilik kebun. Ye memang bukanlah di kawasan2 bandar. Tapi atleast kita ada tanah sendiri dan rumah sendiri.

3. Tanah ialah maruah

Bila ada tanah sendiri, ada rumah sendiri, kita rasa selamat. Kita boleh tanam apa yg kita nak tanam. Kita nak bela apa yg kita nak bela. Kita nak besarkan keluarga kita. Kita nak rasa ada tempat di atas muka bumi Allah ini. Rumah di atas tanah itu adalah satu simbol maruah sebuah keluarga. Bukan soal nak menunjuk2 siapa yg lebih hebat. Tetapi rumah yg menjaga maruah keluarga.

4. Atok nenek kita miskin?

Ye maybe diorang tak berduit n bergaya macam kita zaman sekarang. Tapi mereka ada tanah. Mereka ada rumah. Mereka boleh tinggalkan tanah2 itu kepada anak2 cucu2 selagi mana tanah dan rumah itu dipertahankan.

5. Kerana tanah bergaduh?

Ahyat selalu dengar kisah anak2 bergaduh kerana tanah2 legasi atok nenek. Tanah2 ni pun diwarisi secara percuma. Tapi semua orang nak rebut hak masing2. Adik2 beradik boleh bergaduh. Putus silaturrahim kerana harta. Akhirnya jalan penyelesaiannye ialah utk jual. Bila dah jual, duit tu diagih2kan. So rasa setel masalah. Raya tahun depan, anak2 maybe dah ada kereta baru, hutang baru.. tapi tanah dah takde, duit yg diagih2kan tu pun dah habis. Kereta baru pun tak boleh nak drive balik kampung lagi.

6. Dari pemilik tanah jadi merempat

Kita biasa dengar kisah ni. Bukan sahaja di Msia, Ahyat dengar kisah ni kat Indonesia jugak masa kembarahartanah di sana. Pemilik tanah jual tanah kepada pengusaha2 bisnes atau pemaju. Dah dapat duit tu, tak mampu pun nak beli rumah2 yg dibina di atas tanah dia sendiri. Dia dan keluarga terpaksa beli jauh ke tempat yg mampu. Ada kisah pemilik tanah tu kena kerja balik sebagai tukang sapu sampah di hotel2 yg dibina atas bekas tanah dia sendiri. Sedih kena merempat di atas tanah sendiri.

7. Tak semua ada kampung sekarang

Dulu zaman atok nenek kita tanah berhektar2. Zaman mak ayah kita dah tinggal seekar dua. Zaman kita dah cerita pasal pecah lot drpd ekar2 tu. Zaman anak2 kita dah cerita pasal bilik2 je. Dan tak ramai yg ada kampung yg ada tanah luas. Tanah dah jadi rebutan. Tanah dah jadi emas. Ada yg kampungnye ialah rumah teres 2 tingkat. Ada la jugak tanah sekerat kat depan atau belakang rumah tu. Ada kampungnye tu rumah flat sahaja. Tak semua beruntung ada tanah.

8. Inilah realiti hidup

Beginilah realiti hidup kita sekarang. Nikmat memiliki tanah yg luas itu kita dah kena terima hakikat bahawa bukan milik semua orang. Zaman sudah berubah. Manusia semakin ramai. Tanah kekal banyak tu sahaja. Tanah semakin mahal. Kenaikan harga tanah lebih laju drpd kenaikan income kita. Itu sebabnye rumah yg anak2 kita mampu beli semakin kecil. Atok nenak ada tanah. Mak ayah ada rumah teres. Anak2 ada apartmen. Cucu2 tak tahu jadi macam mana.

9. Jangan salahkan mak ayah

Ada yg kata: saya tak ada mak ayah yg tinggalkan saya tanah atau harta. Jangan salahkan mereka. Mereka dah lakukan yg terbaeks. Ini punchline dia: kalau kita tak ada mak ayah yg tinggalkan harta2 tanah2 kat kita, boleh tak kita jadi mak ayah yg meninggalkan harta2 kepada anak2 kita?

10. Perjuangan hartanah bukan mudah

Benda yg luarbiasa perlukan tindakan luarbiasa. Pemilikan hartanah hari ini luarbiasa. Pemilikan hartanah hari ini bukan perkara yg mudah. Ia memerlukan satu tindakan yg luarbiasa. Ini hakikat yg kita perlu terima.

11. Gunakan emosi dgn bijak

Drpd kita gunakan emosi dan tenaga kita utk cari salah siapa, salah kerajaan, salah pemaju, salah investor, salah semua orang kecuali kita.. apa kata kita salurkan emosi n temaga itu utk jadi seorang pejuang yg luarbiasa. Kita gunakan energy kita utk jadi kuat supaya pemilikan tanah ini jadi mudah.

12. Semangat pejuang

Apa lagi nak diperjuangkan Ahyat? Kita kan dah merdeka! Ye ke tak perlu berjuang? Apa maksud pejuang hartanah? Ia bermaksud kita gigih lakukan apa yg perlu utk pertahankan pemilikan hartanah dalam kalangan orang kita. Ahyat risau kalau orang kita tak sedar, tak minat, tak mahu memperjuangkan pemilikan hartanah, kita semakin merempat di tanahair sendiri.

13. Jangan berjuang tanpa ilmu

Nak berjuang pun kena bijak. Jangan turun ke medan perang tanpa berbekalkan senjatailmu. Dalam medan hartanah ni, orang yg tak cukup ilmu dan jemaah akan cedera parah. Ilmu lah cara kita nak memiliki hartanah dgn bijak selamat bertanggungjawab.

Dalam kesempatan ini, Ahyat ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua sahabat2. Ahyat menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranye selama ini ada sharing atau posting2 Ahyat yg mengguris perasaan sahabat2 semua.

Ahyat tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa. Cumanye Ahyat banyak kerisauan dan kebimbangan. Ahyat risau apa akan jadi kepada kita kalau kita tak kuat dalam pemilikan hartanah. Apa jadi kat anak2 cucu2 kita nanti. Adakah mereka akan ada tempat di tanahair sendiri. Kita mesti menjadi kuat ekonomi dan kuat hartanah!

Semoga dengan sedikit ilmu dan perkongsian di FB, blog pejuanghartanah.com, di program2 Pejuang Hartanah di seluruh Malaysia di media2 online n offline dapat mencetus semangat juang dalam kalangan orang kita.

Sekali lagi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Kirim salam keluarga di kampung..

SELAMAT BERJUANG!
Ahyat Ishak

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Gambar:
Kedai Nasi Dagang Pak Malau
Dekat Makam Mahsuri Langkawi

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: