Apakah peluang-peluang yang anda nampak?
Tak ramai geng-geng hartanah yang sempat nak memahami sudut pandangan geng-geng saham tentang dunia hartanah. Chekidaut.
1. Geng hartanah akan kaji value dan volume transaksi industri hartanah. Geng saham pun tengok tu jugak. Tapi mereka akan tengok prestasi kaunter-kaunter saham pemaju-pemaju sebagai kayu ukur kesihatan pasaran hartanah.
2. Kalau dilihat 10 kaunter saham 10 syarikat hartanah terbesar di bursa dengan lebih rm1billion market capitalisation, lebih setengah dah hilang sekurang2nye 20% nilainye. (Rujukan 1)
3. Saham-saham pemaju secara amnye sekarang dah jatuh 50% daripada book value mereka dan prestasi mereka di bawah prestasi pasaran. Dan ada pakar-pakar yang mengatakan inilah masa chanteks untuk membeli saham-saham syarikat-syarikat ini.
4. Ada 2 isu utama kenapa prestasi saham-saham pemaju ni jatuh. Sebab pertama: jualan yang rendah. Dan kedua: lambakan hartanah tak terjual. Tambahan pula, prospek pasaran tidak begitu memberangsangkan dalam masa terdekat. Tetapi ini adalah sementara kerana ini adalah satu kitaran dan akan tiba masanye pasaran akan swing naik semula.
5. Sejak 5 tahun lepas, harga hartanah terus mencanak-canak dan ia tak mungkin dapat terus naik kerana rakyat semakin tak mampu memilikinye. So sekarang ni pasaran sedang dalam fasa pembetulan atau correction sebelum ia naik semula.
6. Permintaan untuk hartanah-hartanah dalam ramge harga rm300k tinggi tapi tak banyak pemaju yang nak bina range ini. So pemaju-pemaju yang bina tu akan lebih menarik di mata investor-investor saham. Termasuk pemaju-pemaju yang ada kepakaran2 tertentu seperti township atau hartanah2 yang ada tema-tema khas.
7. Tak ramai yang tahu bahawa pemaju-pemaju besar shopping tanah sejak tahun lepas. Harga-harga tanah pun semakin menarik untuk pemaju2 kumpul. Di kala rakyat biasa melihat market tu macam tak bagus, tapi jerung-jerung paus-puas hartanah dok kumpul tanah supaya mereka bersedia untuk bina rumah2 yang lebih sesuai untuk pasaran bila market swing semula.
8. Dunia saham akan melihat pasaran hartanah berdasarkan prestasi pemaju. Apakah bahaya yang anda lihat dalam dunia hartanah? Apakah peluangnye?
Ogos 27,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!