Baca:
MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
MLTT – Mortgage Level Term Takaful
Apa benda ni??
Ada ramai lagi yang kat luar sana tak tahu apa itu MRTT / MLTT..
Ini ialah Takaful yang cover Death & Total Permanent Disability dan terus di bayar pada bank tersebut dan jika ada baki di serahkan kepada waris..
2 takaful ni boleh “capitalised” sekali dalam financing.. mungkin tak semua bank ada offer tapi memang ada bank yang ada offer..
MRTT – Cheaper
Sebab –
Coverage dia akan menurun (reduced) over the time tak kiralah rate naik atau turun..
Method Bayaran –
1) Capitalised dalam Financing
2) Self Contribution – Bayar Lump sum selepas “Accept” offer from bank (Sign LO)
MLTT – Expensive
Sebab –
Coverage dia sama dan tak reduced over the time selagi tak lapse (Jika bayar sendiri)
Method Bayaran –
1) Capitalised dalam financing
2) Self Contribution – Boleh bayar yearly/half yearly/quarterly/monthly
Both takaful ni ada kelebihan dan kelemahan masing2..
Yang paling penting, ukur poket kalian..
Bila korang beli rumah melalui bank (buat pembiayaan lah ni) korang sepatutnya ada MRTT atau MLTT.. sebab biasanya tempoh pembiayaan korang tu lama.. paling lama 40 tahun (ada at one time)..
Adakah MRTT atau MLTT sahaja sudah mencukupi???
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!