fbpx

Nama ‘Diketepikan’ Dalam Senarai Pewaris Harta Pusaka? Apa Perlu Dibuat!?

Apabila terjadinya kematian di kalangan ahli keluarga, perkara yang pasti timbul menjadi isu adalah melibatkan harta pusaka si mati tadi.

Para waris mestilah bermuafakat serta memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi melancarkan proses pembahagian dan pindah milik harta pusaka itu.

Namun, bagaimana jika anda ‘diketepikan’ dan tidak dimasukkan dalam senarai nama pewaris bagi harta pusaka tersebut, walaupun secara jelas anda adalah waris yang sah?

Jom pelajari langkah yang boleh anda ambil seperti prosedur-prosedur di bawah:

APA PERLU ANDA LAKUKAN APABILA ANDA DISEMBUNYIKAN DARIPADA SENARAI PEWARIS DALAM PERMOHONAN DI PUSAKA KECIL?

1. Lakukan siasatan dengan membeli dokumen berkaitan daripada Pejabat Pusaka Kecil. Anda mesti menghantar surat untuk mendapatkan kebenaran untuk beli perintah pusaka (Borang F atau E), Borang A dan borang DDA. Minta peguam anda buat permohonan tersebut.

2. Buat laporan polis bahawa anda percaya terjadi satu penipuan dalam permohonan pusaka tersebut.

3. Buat permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan perintah pusaka di dalam Perenggan 1 dan memohon agar harta pusaka si mati kembali kepada status quo (nama asal si mati).

4. Setelah mendapat perintah dalam Perenggan 3, anda perlu mohon perintah pusaka kecil yang baru dengan memastikan nama kesemua waris dimasukkan.

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp