Nasi Dah Jadi Bubur…
1. Pemilik harta hanya punyai 1 peluang sahaja untuk merancang pewarisan harta mereka. Bukan boleh datang balik baru rancang atau betulkan mana yang tak betul lepas matikan?
2. Kalau TIDAK buat perancangan langsung, bermakna hasrat pemilik akan tertakluk kepada IHSAN waris faraid untuk melepaskan hak mereka untuk bersetuju selepas kematian.
3. Waris perlu REDHA akan siapa waris dan hak faraid mereka. Jangan pertikai hak mereka.
4. Jangan pertikai samada mereka berhak hak faraid mereka. Kerana mereka berhak dapat.
5. Jangan tabur fitnah hanya kerana mereka tidak mahu melepaskan hak mereka.
6. Pertikaikan kenapa pemilik tidak membuat perancangan AWAL semasa hidup.
7. Pertikaikan kenapa pemilik tidak segera bertindak MERANCANG semasa masih sihat.
8. Pertikaikan kenapa pemilik nak TUNGGU harta banyak baru nak merancang pewarisan.
9. Pertikaikan kenapa pemilik tidak menggunakan instrumen perancangan yang TEPAT yang patuh syariah dan perundangan.
10. Pertikaikan kenapa pemilik tidak dapatkan NASIHAT dari mereka yang AHLI dalam bidang pewarisan.
Jangan salahkan orang lain, jangan salahkan hukum. Salahkan diri sendiri kerana tidak bertindak dan membiarkan yang disayangi merana.
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!