fbpx

#NasihatAhyat (Episod 3) : Kerana Paksaan Kakak, Harapan Lelaki Ni Hancur Nak Beli Rumah!

Dalam kelas PFP: Pejuang Foundation Program baru-baru ni, ada seorang anak muda tunggu Ahyat sampai semua orang dah balik hinggalah masa team tengah nak susun kerusi dalam kelas. Dia nak mintak nasihat berkenaan satu isu peribadi. Semoga kisah anak muda ni dapat jadi pengajaran buat kita semua!

1. Anak muda dari KL ni berumur 24 tahun. Dia belum kahwin. Nak beli rumah dia yang pertama. Dia follow Ahyat sekian lama dan sign up kelas PFP kerana dia nak susun kewangan dia supaya beli rumah dengan selamat.

2. So, sepanjang 1 hari dia belajar macam mana nak tengok 3 perkara:
a) Apa pembiayaan yang dia layak.
b) Apa pembiayaan yang dia betul-betul mampu.
c) Adakah kewangan dia benar-benar selamat untuk beli rumah.

3. Kelas ni bukan kelas semata-mata. Dalam kelas, Ahyat paksa semua peserta terus kira dengan apa yang patut dikira. Semua orang kena bawak semua dokumen-dokumen wajib yang dah diminta untuk dibawa. Dan ada aplikasi (apps) tertentu untuk download bagi bantu dalam kira-kira hartanah dan kira-kira diri.

4. Setelah dah kira, barulah dia tahu dia sebenarnya tak mampu nak beli rumah. So, dia tunggu sampai semua orang dah balik, dan mintak nasihat Ahyat.

5. Bila Ahyat semak semua dokumen dia, dapat lihat bahawa dia layak dapatkan pembiayaan bank sebanyak RM350k tapi dia langsung tak mampu untuk membayarnya. Kenapa?

6. Bila semak, barulah nampak apa yang tak kena. Ada perbelanjaan sara hidup yang tak masuk CCRIS. Gaji RM4,000. Belanja RM4,000. Dalam kes ni, Ahyat kategorikan dia sebagai: STUCK.

7. Hanya ada 2 cara nak selesaikan kedudukan stuck ni. Kena tingkatkan income atau kurangkan expenses. So, Ahyat analisa perbelanjaan dia dan dapati perbelanjaan terbesar ialah bayaran kereta sebanyak RM1,000. Bila Ahyat tanya pasal kereta ni dia jadi stress. Alamak.. kenapa ni?!

8. Rupa-rupanya ada kisah pelik. Dia tak nak pun pakai kereta tu. Kisahnya, kakaknya beli kereta tu. Lepas tu kakaknya dah hilang kerja dan jadi suri rumah. So, kakak dia suruh dia yang sambung bayar. Hire purchase kereta tu 9 tahun. So, kalau dia sambung bayar 5 tahun lagi, kereta tu jadi kereta dia. Barulah nanti tukar nama dari kakak kepada adiknya.

9. Dia kata dia nak beli kereta Axia ‘sekenhen’ je bayar RM200 sebulan. Dia tak nak drive kereta kakaknya.

10. Saya mintak dia jual kereta tu kalau dia nak beli rumah. Kalau dia jual kereta tu dan beli kereta Axia je, dia dah boleh beli rumah up to RM170-RM180k. Tapi…

11. Dia kata, kakak dia tak benarkan. Kakak dia akan marah kalau kereta tu dijual. Kalau dia nak berborak dengan kakaknya pasal benda ni pun akan jadi bergaduh. So, sekarang siapa jadi susah?

12. Inilah kisahnya bila nak uruskan kewangan. Macam-macam cerita Ahyat dah dengar, macam-macam kes dah lihat. Nampak macam senang je nak selesaikan tapi susah nak dilaksanakan. Bukan senang nak betulkan kewangan untuk beli rumah.

13. Kenapa? Kerana segala keputusan hartanah adalah keputusan kewangan. Dan segala keputusan kewangan melibatkan emosi! Kalau kita boleh kawal emosi kita, ada emosi orang lain yang kena jaga: mak ayah, adik-beradik, suami isteri, anak-anak dan lain-lain.

14. Ahyat dah nasihatkan apa yang perlu dibuat. Tapi apa yang perlu itu tak senang. Dan lumrah manusia susah nak buat benda yang tak senang tu.

15. Dalam kes ni, Ahyat nasihatkan dia jangan beli rumah. Mungkin dia layak dapat pembiayaan bank untuk beli rumah, tapi sebenarnya dia tak mampu nak beli. Disebabkan terbeban dengan bayaran kereta kakak yang dia pakai atas paksaan.

16. Bile kita dengar kes-kes macam ni, kita rasa macam mudah je untuk kita setelkan. Tapi, bila kita berdepan dengan situasi kewangan yang berkait dengan emosi, susah sebenarnya.

17. Ahyat doakan agar Allah berikan keberanian dan kesungguhan untuk kita buat apa yang perlu untuk perbetulkan kewangan kita supaya akhirnya boleh beli rumah.

SELAMAT BERJUANG!

Nak belajar ilmu hartanah dan kewangan secara online? Daftar dan ikuti update di PejuangHartanah.com! KLIK DI SINI!!

Nota: Maklumat dan fakta dalam penulisan kisah ini yg telah diolah supaya dapat melindungi identiti sebenar.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp