Orang Singapura Sedang Sebok Bersedia Untuk Gawat Ekonomi..Orang Malaysia?


Kenapa Ahyat risau kat poin no. 7 tu..

1. Di kala orang Malaysia sebok muka siapa ada dalam video seks. Di kala orang Malaysia sebok parti mana nak geng dan tak nak geng. Di kala orang Malaysia sebok sembang pasal Malaysia baru Malaysia lama, orang orang Singapura sedang diberi amaran oleh kerajaan mereka untuk bersedia untuk kemungkinan berlakunye kegawatan ekonomi.

2. Ye memang benar ekonomi Malaysia dan Singapura ni berbeza, dan tak adil lah kita nak samakan 2 negara ni kerana masing masing ada kekuatan n kelemahan masing masing, tapi Ahyat risau lihat tajuk tajuk utama berita di Malaysia.

3. Media terutamanye media berbahasa Melayu memang kurang nak angkat kisah kisah ekonomi. Especially kat social media la kan. Tak boleh salahkan diorang jugak, dah topik tu tak trending dengan rakyatnye. Better angkat kisah kisah politik yang memang rakyat suka baca kan?

4. Di Singapura, baru baru ni, Menteri Kewangan mereka Mr Heng Swee Keat beri amaran kepada rakyatnye supaya get ready untuk gawat ekonomi yang mungkin boleh berlaku sekiranye keadaan ekonomi global sekarang berterusan atau semakin teruk. Dan kalau betul betul berlaku, kerajaan Spura bersedia utk sapot bisnes bisnes n rakyat mereka yang dalam kesusahan nanti. (Rujukan 1)

5. Pakar pakar ekonomi seluruh dunia juga sudah banyak bercerita tentang kegawatan ekonomi dunia yang sedang muncul isyarat isyaratnye. Ada yang sebut 2020 sebagai tahun yang mereka risaukan tu. Malah ada pakar dalam program CNBC yang mengatakan Singapura boleh alami kegawatan ekonomi sepanjang 1 tahun kalau ekspot mereka terus teruk. (Rujukan 2)

6. Kenapa penting kita nak buka mata pasal benda2 ni. Kalau ekonomi Singapura pun boleh terkena, dah la kuat, dah la dekat, so kita kat Malaysia ni macam mana? Seperti yang kita sebut tadi memang la ekonomi Malaysia ni berbeza. Tapi kita kat Msia tak boleh tutup sebelah mata dan beranggap: this will not happen to us. Seolah olah sombong dan angkuh ekonomi kita ni super power sangat dapat bertahan daripada ribut ekonomi yang berlaku diluar kita.

7. Punchline Ahyat hari ni khas buat sahabat sahabat semua yang selalu folo n sapot. Ahyat risau lihat ramainye orang kita yang tak jaga ekonomi dirinye. Tak jaga pengurusan kewangan diri n keluarganye. Seolah olah kalau kita buat silap kewangan nanti akan ada orang lain akan rescue kita. Akan ada orang lain akan manjakan dan selamatkan kita kalau kita terus buat tak peduli je dengan apa yang akan berlaku kalau kita tak bertanggungjawab urus duit sendiri.

8. Dan yg paling menakutkan Ahyat.. macam mana nak sembang pasal hartanah tapi urus duit sendiri dan family pun kelaut. Sekarang pun macam ada dah miss miss bayar, agak agak kalau tak bersedia untuk ribut kewangan macam mana? Ada hati nak masuk gelanggang hartanah yang pun ada ribut dia tersendiri? Betapa ramainye yang masuk gelanggang tak cukup bekalan ilmu. Seriously sangat horror!

9. So kalau kita lihat ribut kat rumah jiran jiran kita, kita nak rilek rileks je ke? Belum nak cerita ekonomi negara negara lain diperingkat global lagi. Bukanlah nak kata kita nak hidup dalam ketakutan pulak. Tapi yg penting ialah kita kena bersedia dan kukuhkan ekonomi diri sendiri  dan keluarga supaya dapat berhadapan dengan ribut kewangan bila ribut tu betul betul datang.

10. Kerana dalam soal ribut kewangan ni, soalannye bukan KALAU, tapi soalannye BILA ia akan datang melanda. Adakah anda mahu bersedia untuknye? Jom kita jerit: SAYA BERSEDIA!

Julai 31,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Rujukan:
1. The Straits Time Singapore 30 Jul 2019
https://www.straitstimes.com/…/measures-ready-to-help-firms…
2. CNBC 12 Jul 2019
https://www.cnbc.com/…/a-full-year-recession-is-a-possibili…
Gambar:
www.askideas.com

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: