Fokus ataupun dalam bahasa Melayunya ialah khusyuk.
Namun, pada zaman moden dan serba pantas ini, korang pasti mendapati diri korang susah untuk fokus terhadap sesuatu perkara kerana terlalu banyak perkara yang ‘distract’ atau menganggu perhatian.
Bila tak fokus, maka mulalah pelbagai perkara atau matlamat yang korang dah set akan terbengkalai.
Kalau semua benda tak jalan dan terbengkalai, macam mana nak capai kejayaan?
Tentu sekali korang tak mahu ini berlaku, kan??
Pada perkongsian siri #PagiPower episod ke 7 ini, Ahyat akan berkongsi 3 tips yang boleh korang gunakan pada diri sendiri untuk sentiasa kekal fokus dan seterusnya istiqomah dalam proses menuju ke arah kejayaan.
Apakah 3 tips ini?
Tips untuk kuatkan dan kekalkan fokus korang ialah:
1. Cipta persekitaran baharu.
2. Set dan betulkan semula niat.
3. Latih dan disiplinkan diri.
Jom tonton video ini dan lihat Ahyat kupas dengan lebih lanjut.
Semoga tips kali ini dapat membantu korang! Kekal fokus dan selamat berjuang!!