fbpx

Ragu-Ragu Beli Rumah Pertama? 7 Tips Ni Mudahkan Anda!

1. Cantikkan skor kredit anda dengan bank. Jangan buat loan sesuka hati walaupun anda lepas syarat bank. Guna loan untuk perkara penting seperti beli rumah.

2. Tentukan harga rumah yang anda mampu bayar ansuran bulanannya. Bezakan antara MAHU, LAYAK & MAMPU.

KLIK SINI & Tonton Siri Video Menarik Untuk Faham Beza Antara MAHU vs LAYAK vs MAMPU.

3. Simpan duit untuk down payment. Kalau tak cukup, ada banyak alternatif seperti akaun simpanan KWSP2 atau kemudahan MyDeposit dan lain-lain. Rajin-rajinlah survey.

4. Bina akaun simpanan yang sihat. Latih diri simpan duit pada masa sama setiap bulan untuk rekod kewangan yang baik. Disiplin!

5. Dapatkan kelulusan loan daripada bank terlebih dahulu. Jangan sign sebarang dokumen tanpa dapat kelulusan bank untuk loan umah anda!!

6. Pilih rumah/hartanah yang elok untuk jana keuntungan, bukan elok dari segi rupa sahaja. Ambil kira faktor seperti lokasi strategik dan sebagainya.

7. Berurusan dengan ejen hartanah & peguam yang berpengalaman untuk urusan jual beli, bukan hanya tanya pendapat kawan/ahli keluarga sahaja.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp