Tak perlu percaya tak perlu setuju!
Ahyat menjangkakan 2020 bakal bawa peluang-peluang terhebat dan bahaya terhorror. Berikut antara 20 ramalan Ahyat utk 2020.
1. Masalah lambakan rumah semakin teruk
Ahyat tak nampak bagaimana masalah lambakan akan semakin surut. Malah melihat ia akan menjadi lebih teruk. Tak ramai tahu bahawa rumah2 tak terjual ni ada 3 kategori: a: dah siap, b: sedang siap, c: dalam perancangan. Kategori b dan c tu akan mila masuk lagi dalam pasaran hartanah. Malah pemaju masih lagi membina. Amacam?
2. Strategi flip bakal jadi sebab utama ramai meninggal
.
Kesian Ahyat tengok masih ramai yang masuk gelanggang nak main flip. Engko giler ke apa bro? Masa kitorang otai-otai ni main flip ni masa market menggoreng. Sekarang ni dah hangit dah bro. Ni masalahnye bila nubis masuk gelanggang lepas tu taknak kenal sejarah. Kalau masa SPM fail sejarah takpe lagi. Jangan fail sejarah hartanah bro. Maut nanti.
3. Aset management jadi king
Bayangkan, ada sorang mentor Ahyat dah pesan benda ni pada tahun 2012! Ye bro. 7 tahun dulu dah dia bagi amaran. Siapa yang dah beralih kepada skill ni memang akan WIN besar wo. Ahyat boleh katakan, geng-geng yang boleh buat pengurusan aset dan pengurusan penyewa akan jadi raja. Malah akan jadi lagi in demand daripada Mira Filzah dan Remy Ishak!
4. Rental yield semakin tertekan
So cashflow strategi semakin releven banding strategi capital appreciation. Cumanye, pulangan untuk rental yield akan semakin merosot. Sekarang ni memang dah teruk gilerr dah pun. Keadaan ni takkan semakin baik. Ramai je yang labur hartanah, sewa tak boleh cover komitmen bank. Memang ramai akan rasa macam melebur je.
5. Strategi sewa advance
Kerana keadaan sewa semakin tertekan, lebih ramai akan mencari strategi-strategi advance seperti sewa bilik, co living etc. Ahyat jangkakan akan muncul grup-grup mega yang buat bisnes ni secara professional dan bermodal besar. Mereka akan WIN besar.
6. Strategi Short Stay
Salah satu daripada strategi yang akan WIN besar ialah strategi Short Stay. So geng-geng homestay, guesthouse, holiday lettings dan senama dengannye akan beroleh pulangan yang besar. Lagi2 2020 ni tahun melawat Msia.
7. Homestay premium
Secara amnye, operator-operator homestay ni boleh la buat duit sikit. Tapi geng-geng yang buat honestay VVIP akan WIN paling besar. VVIP ni geng-geng yang dah upgrade game homestay diorang jadi mini resort. Mentaliti investor kedekut memang akan sebabkan ramai operator rugi besar. Otak nak kena ubah jadi otak hospitaliti. Tapi tak ramai dapat upgrade jadi homestay 2.0. So villa2, penthouse, banglo2, yang ada full facility macam swimming pool akan WIN besar. Dan yang ada full pakej tourism jugak akan WIN besar.
8. Retail biggest loser
Kategori hartanah retail adalah kategori paling horror 2020 ni. Tanda-tanda horror yang besar dah muncul tahun 2019 ni. Banyak yang akan hangus duit main game retail. Jerung-jerung pun dah tak boleh tahan, mana kan bilis?
9. Shopping mall ni kena hati-hati
Shopping mall ni dulu boleh dianggap sebagai booster hartanah yg kuat. Zaman sekarang ni, jadi satu kerisauan. Dah nampak banyak sangat shopping mall hantu dah sekarang. Kesian tengok. Pemaju-pemaju yang ada shopping mall tak semestinye bermegah. Malah kesian. Cumanye, shopping mall KING macam Sunway Pyramid, Suria KLCC, One Utama, Midvalley dan yang seangkatan tu akan kekal super power.
10. Komersil teruk
Hartanah-hartanah jenis komersil: shoplot n office space akan kena teruk 2020 ni. Bila ekonomi semakin terancam dan tiada letusan baru untuk bantu bisnes-bisnes, hartanah jenis ni memang horror. Lagi-lagi shoplot yang tiada nilai inovasi. Especially kat tempat-tempat perumahan baru. Kalau takde holding power yang super power, kalau tak cekau harga gilerr babas, maybe takyah la dulu.
11. Industrial win besar
Boleh dikatakan hartanah jenis industri paling WIN tahun 2019 ni. Dan Ahyat lihat kategori ni akan semakin kuat. Antara pencetusnye ialah industri logistik yang akan meleTOPS lagi 2020 ni. Dengan bisnes internet yang semakin dahsyat, memang semua yang terlibat hanya akan boom.
12. Rumah teres win
Permintaan untuk rumah teres akan terus kuat. Dalam pasaran yang banyak launching highrise dekat-dekat bandar, teres memang tetap pujaan rakyat Msia. Dan Ahyat lihat permintaan untuk rumah-rumah teres di bandar-bandar luar GKL akan paling WIN. Tadahal nak jual.
13. Pemaju akan placing harga lebih realistik
Pemaju ni senang je nak ajar. Bila rumah yang diorang jual tu takde orang nak beli, diorang akan faham2 la sendiri. Apa yang dilihat sekarang memang pemaju launcing harga yang realistik. Dah tak macam dulu. Masih ramai kata harga masih tinggi. Tapi realitinye banyak dah lebih murah banding zaman memuncak dulu
14. Gelombang pembeli Melayu tak dapat dinafikan lagi
8 tahun dulu masa Ahyat mula mengajar hartanah, Ahyat lihat kesedaran orang Melayu mengerikan. Tapi sekarang, mana boleh cakap orang Melayu kita tak sedar tak kenal tak eksaited pasal pemilikan hartanah. Permintaan besar akan datang daripada pembeli Melayu.
15. Semakin ramai REN Melayu
Kerana permintaan tu makin tinggi, Ahyat lihat REN atau Ejen-ejen Hartanah Melayu akan semakin ramai dan akan semakin mengganaz. Lebih ramai ejen2 muda akan jadi kaya raya. Tetapi ramai je yang setengah masak kerana tak upgrade ilmu. Malah akan muncul mega agency yang akan ada beratus n beribu ejen-ejen Melayu. Ada principal mereka Cina dan ada jugak yang Melayu. Tapi agency-agency mega akan jadi mega kerana askar-askar ejen Melayu
16. Ramai orang Melayu sengsara
Dalam gelombang Melayu dalam hartanah ni, ada yang untung, dan ada yang rugi. Yg rugi ni lagi ramai. Lebih ramai nubis akan cedera parah kerana masuk gelanggang tak cukup ilmu. Game hartanah ni memang sangat brutal kepada geng-geng nubis ni. Bagus la orang kita dah mula masuk gelanggang. Tapi tak bagus la kerana ramai akan silap langkah.
17. Lelong semakin bertambah
Kerana kesilapan orang lain, jadi peluang-peluang terhebat untuk orang lain. Ahyat menjangkakan lelong akan semakin banyak. Dan cikgu-cikgu lelong akan jadi cikgu2 yang high demand. Walaupun dewan-dewan lelong akan makin ramai orang, tapi bekalan-bekalan rumah yang masuk lelong ni takkan luak. Akan ada je peluang2 yang banyak utk direbut!
18. Proptech dan Fintech menggegar!
Dunia hartanah yang slow and steady ni akan digegar oleh alien-alien luar. Mereka akan bawak mazhab baru: proptech n fintech. Kenapa Ahyat kata alien2? Kerana geng-geng yang bawak teknologi masuk dalam game hartanah ni bukan dalam kalangan pemain-pemain hartanah sekarang. Mereka orang-orang daripada industri dan kepakran lain. Dan diorang akan bawak disruption. Geng-geng hartanah yang ego yang berlagak yang besar kepala akan terpinga2 je tengok geng2 ni mengganaz.
19. Jerung-jerung akan terus kutip tanah
Jerung-jerung dan paus-paus hartanah akan terus mengutip tanah-tanah diseluruh Malaysia. Especially di lokasi-lokasi hangat yang ada booster2 hartanah. Di kala bilis-bilis semua jadi kecut perut takut nak masuk gelanggang, di kala rakyat marhaen takut nak beli rumah pertama, mereka akan kutip tanah-tanah pada harga yang lebih murah banding dgn zaman-zaman boom dulu.
20. INIKALILAH! KALIINILAH!
Peluang-peluang terhebat akan muncul 2020 ni. Tapi amaran Ahyat, masa market down macam ni memang tak lama. Malah apa yang Ahyat lihat, 2019 ni mungkin boleh jadi permulaan swing baru dalam market. Nak capai kemuncak yang baru mungkin akan ambil masa, tapi moment down lepas 6-7 tahun ni takkan lama. Kalau miss moment ni, memang melepas la. Nak tunggu down yang akan datang tu lama samgat lagi. Dan mungkin time tu kita pun dah tak boleh entry pasaran lagi!
GEMPAK LA ENGKORANG!
Fuyoh! Kalau engkorang dah baca sampai ke sini memang Ahyat tabik. Dunia hartanah ni sangat luas dan pelbagai. Banyak lagi ramalan yang Ahyat lihat bakal berlaku 2020 ni. Perkataan paling penting ialah BERSEDIA. Kita kena bersedia untuk peluang-peluang terhebat dan bahaya-bahaya terhorror.
TAK RAMAI BERSEDIA
Bila anda tak bersedia, memang sorry la bro. Orang yang tak bersedia, pertamanye dia akan cedera parah kerana kesilapan-kesilapan masuk gelanggang hartanah. Malah ramai yang jugak tak bersedia menghadapi krisis ekonomi yang bakal datang. Keduanye, orang-orang yang tak bersedia tak dapat nak merebut peluang-peluang terhebat. Time tu jangan lah jeles dengan orang-orang yang dah bersedia!
MACAM MANA NAK BERSEDIA?
Macam mana nak bersedia beli rumah dan rebut peluang2 terhebat dalam tahun 2020 kalau tak bersedia? Soalnye: macam mana nak bersedia? Ingat ni: segala keputusan hartanah adalah keputusan kewangan! So kena betulkan kewangan dulu sebelum nak masuk kombat!
PROGRAM PERSIAPAN KOMBAT
Tahun ni Ahyat nak fokus seluruh jiwa raga untuk bantu seberapa ramai yang mungkin dalam persiapan untuk beli rumah. Ahyat nak bantu anda tahu berapa sebenarnye yang anda layak, mampu, selamat dan petikemarau. Bila dah tahu 4 matematik penting ni, barulah best kita nak serang!
Chekidaut link ni untuk program pada 5 Januari 2020 ni dan tarikh-tarikh lain secara bulanan di lokasi-lokasi dekat dengan anda.
TAHUN BARU DEKAD BARU
Ahyat doakan anda semua akan lebih gigih dan gagah berjuang salam 2020. Bukan sahaja tahun baru tapi dekad baru. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memewahkan rezeki buat sahabat-sahabat semua. Ssmoga segala usaha sepanjang 2019 diberkati dan semoga kita semua lebih layak mendapat ganjaran kejayaan di 2020!
Dec 31,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!