fbpx

Rumah Dara Dah Muncul Dalam Lelong


Adakah ini tanda peluang atau bahaya?

1. Kita boleh beli rumah daripada 3 jenis kolam: undercon, subsale, lelong. Ramai semakin minat beli rumah lelong. Tapi tak ramai yang bersedia dengan sepak terajang nye.

2. Ada satu perkara menarik yang Ahyat mula perhatikan. Dah mula muncul rumah-rumah dara dalam lelong. Ini adalah rumah2 baru siap dibina, tapi tak pernah diduduki. Pemilik tak tinggal dalamnye. Takde siapa-siapa yang pernah tinggal dalam rumah itu.

3. Maksudnye, siapa yang beli tu dulu, beli dengan tujuan spekulatif semata-mata, tak bersedia nak bela hartanah tu, dan bila rumah tu siap, bercadang nak jualnye dengan keuntungan yang besar secepat yang mungkin. Inilah strategi flip yang menjadi jerat paling bahay dalam dunia hartanah.

4. Selepas tempoh pembinaan selama 2 atau 3 tahun, pembeli dapat kunci pada hari Isnin contohnye. Mereka ingat boleh flip pada hari Selasa minggu yg sama. Rupe2nye, tak semudah n secepat itu. Tengok2 Selasa minggu depan pun tak dapat jual. Tunggu punye tunggu Selasa bulan depan, pun tak boleh jual. Selepas beberapa bulan tak boleh jual, dah terbakar duit membela raksaksa hartanah, mereka ni desperate nak sewa.

5. Tengok-tengok nak sewa pun takde orang nak sewa. Ni dah masuk bulan ketiga dah terbakar beribu-ribu sebulan. So campur 3 bulan lagi dah terasa tak terdaya nak membela raksaksa ni. Akhirnye duit kita pun dah habis dan dah tak mampu nak bayar lagi dah.

6. Jangan nak tunggu bulan ke 6, ada je kes, pembeli memang dah takde duit nak bayar komitmen bulanan bank pada bulan pertama dapat kunci. Maklumlah, ramai orang tak buat kira-kira hartanah betul2 sebelum nak beli rumah. Beli je apa yang diorang layak tapi takmampu!

7. Bagi Ahyat, munculnye rumah-rumah dara dalam lelong sekarang adalah petanda bahaya bahawa ramai yang beli hartanah ni tak cukup ilmu. Tak cukup persediaan. Tak cukup kirakira. Ikut-ikut orang. Ikut-ikut trend. Ikut-ikut nafsu. Dan menjadi peluang best untuk orang-orang yang bersedia mengutip hartanah2 best kerana kesilapan2 orang yang lepas.

8. Didapati semakin banyak hartanah dilelongkan. 90% adalah jenis kediaman. Tahun 2017 ada lebih kurang 29,000 hartanah kena lelong. 2018 ada lebih kurang 35,000 hartanah kena lelong. Data pada 15 Jun 2019 tak sampai setengah tahun pun dah ada 18,000 hartanah kena lelong tahun ni. (Rujukan 1)

9. So adakah ini peluang atau bahaya? Ini adalah peluang keemasan nak beli rumah lelong yang boleh dipancing pada harga bawah harga pasaran. Malah ada je peluang nak beli rumah-rumah dara ni di bawah harga asal pemaju. Kita memang nak rebut peluang-peluang rumah lelong ni tapi kita kena pastikan rumah-rumah kita jangan dilelong! So kena jaga kewangan kita elok2!

10. Sabtu 19 Oktober ni Ahyat ada anjurkan masterclass lelong seperti details di ruang komen pertama. Kelas ni hanya berharga rm50 sahaja. Tapi percuma untuk 3 golongan ni: #1 alumni program-program Pejuang Hartanah, #2 PHC: Pejuang Hartanah Circle dan #3 TAI: Team Ahyat Ishak. Boleh call Hana 0123418631 atau pergi ke link ini:
Https://pejuanghartanah.com/masterclasslelong

11. Kelas kali ni akan dipimpin oleh 2 sahabat baik saya: Izwan Latif dan Dr Badrul Yusof. Sesi pertama akan dedahkan step by step dunia lelong supaya dapat elak bahaya dan rebut peluang-peluang terhebat. Dan sesi kedua akan sharing strategy selepas dah menang lelong tu. So apa nak repair n renovate dan strategy sewa atau jual.

12. Semoga sahabat2 semua diberikan keselamatan untuk menguruskan kewangan kita supaya tiada rumah-rumah milik kita terpaksa dilelong. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan jalan keluar bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan sehingga rumah-rumah mereka kena lelong.

Okt 17,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Rujukan:
1. The Star Online 15 Jun 2019
https://www.thestar.com.my/…/more-defaults-expectedin-the-s…
.
Gambar:
https://www.google.com/…/04/27/bidding-day-dewan-tempur/amp/

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp