fbpx
Thursday , March 21 2019
Home / Sebelum Jual/Beli Hartanah / Sebelum Sediakan Loan Rumah, Bank Akan Buat Perkara Berikut…

Sebelum Sediakan Loan Rumah, Bank Akan Buat Perkara Berikut…

Untuk proses perundangan bagi loan rumah korang, boleh baca ringkasan point-point di bawah ini untuk fahami aliran proses:

1. Perlantikan peguam untuk penyediaan Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement) bermula dengan Surat Arahan atau ‘Letter Of Instruction’ (LI).

2. Pihak bank yang bersetuju melantik peguam berkenaan akan memaklumkan melalui email dan atau menghantar Letter of Instruction bersama salinan Surat Tawaran Pinjaman si peminjam, kepada peguam tersebut.

3. Bank akan mengingatkan peguam supaya patuh kepada format dan garis panduan penyediaan dokumen.

4. Jika tidak, bank boleh menolak dokumen yang dihantar untuk ditandatangan oleh peminjam dan di arah untuk membuat pembetulan.

5. Ada bank yang mengenakan bayaran yuran memproses semula jika dokumen dikembalikan kerana ada kesilapan.

6. Pegawai-pegawai bank juga ada KPI dan akan mengembalikan dokumen dalam jangka waktu ditetapkan.

7. Ada bank yang mensyaratkan jika peguam yang dilantik adalah juga peguam Perjanjian Jualbeli atau S&P (sales and purchase agreement) untuk pembeli dan manakala penjual yang tiada peguam, dalam kes serahan (assignment) (tanpa geran individu), peguam itu hendaklah menarik diri dan mengembalikan Surat Arahan tadi.

8. Logiknya, dikhuatiri jika satu peguam kawal semua, pihak bank mahu mengelakkan kes kecuaian atau menggelapkan wang.


PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Nazri Mustafa

Nazri Mustafa

Check Also

Ketahui 14 Cara Untuk Bantu Korang Pilih Rumah Teres!

Pengalaman Ahyat beli rumah adalah seperti berikut. Rumah teres ni adalah antara jenis rumah yang …