Salah satu kunci definisi kejayaan hidup yang sering kali diambil ringan atau diendahkan oleh masyarakat Malaysia ialah bagaimana seseorang itu melakukan pengurusan kewangan yang baik.
Tanpa pengurusan kewangan yang baik, pasti sukar untuk korang semua mengatasi masalah kewangan yang sedia ada, apatah lagi ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Disaat negara dan masyarakat bergerak hadapan menuju ke arah status maju, mungkin korang telah perasan, ramai antara kita ni tidak buta huruf secara harfiahnya, tetapi bila bercakap soal kewangan, hakikatnya ramai yang masih ‘buta kewangan‘ secara dalamannya.
Apakah itu ‘buta kewangan’?
Menurut kaji selidik oleh laman web kewangan RinggitPlus.com baru-baru ini, terdapat trend yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia berkenaan keadaan dan kedudukan kewangan mereka.
Hasil keputusan mendapati, 21% daripada rakyat Malaysia tidak menggunakan wang yang mereka ada untuk pelaburan.
Manakala, 59% daripada responden atau bersamaan 2 daripada 3 rakyat Malaysia langsung tidak mempunyai duit simpanan yang mencukupi untuk kos sara hidup selama 3 bulan sekiranya berlaku kecemasan!
Jika angka di atas masih tidak menggusarkan anda, 34% daripada rakyat Malaysia mengakui telah melakukan perbelanjaan melebihi pendapatan mereka. Ini menyebabkan mereka hidup kesempitan dengan bergantung harap hanya dari gaji ke gaji bulan seterusnya.
Menariknya, sebanyak 42% pula berkata mereka tidak mempunyai kad kredit kerana hanya percaya pada penggunaan wang tunai dan 18.39% pula tidak memiliki perlindungan insurans.
Atas hasil keputusan kaji selidik inilah menunjukkan masih ramai dari kalangan kita semua yang masih buta kewangan.
Inilah yang dimaksudkan sebagai buta kewangan iaitu kegagalan untuk mengambil tahu manfaat produk-produk kewangan serta melakukan perbelanjaan (duit keluar) yang tidak seimbang dengan kemampuan dan jumlah pendapatan (duit masuk).
Buta kewangan ini didorong oleh 7 faktor berikut:
1. Tidak berminat untuk ambil tahu hal kewangan.
2. Tidak merasakan hal kewangan adalah penting.
3. Tidak mahu belajar dan mengubah kewangan sedia ada.
4. Tidak memahami produk-produk kewangan.
5. Tidak mengawal nafsu berbelanja.
6. Tidak mahu menukar gaya hidup yang boros.
7. Tidak memikirkan keadaan diri dan keluarga dalam jangka masa panjang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini atau tidak dapat dielakkan seperti sakit kritikal, cacat fizikal atau kematian.
Dengan sedikit pemahaman dan ilmu, sebenarnya korang dah boleh uruskan kewangan peribadi ke arah yang lebih sihat dan teratur. Perubahan harus dilakukan bermula daripada diri korang sendiri.
Siapalah yang tak mahu ada kewangan sihat dan stabil, kan?
Bila masalah kewangan takda, hidup pun jadi lebih tenang!
Langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan mempelajari dan mengkaji semula kedudukan kewangan korang serta melihat di mana kekuatan dan kelemahan di dalam masalah itu.
Langkah kedua ialah untuk mendapatkan perlindungan untuk diri sendiri (dan juga keluarga korang) demi memastikan tiada masalah yang timbul di masa hadapan. Telah banyak kejadian kes sedih dan tragis akibat kesempitan duit yang pada asalnya timbul kerana tiada perlindungan kewangan.
Sebab inilah di Pejuang Hartanah, kami sentiasa menitikberatkan pemahaman tentang pengurusan kewangan yang baik dan sihat melalui penyampaian ilmu-ilmu mengenai hartanah dan kewangan.
Jadi, manfaatkanlah kemudahan teknologi pada masa kini di mana maklumat pantas boleh diperolehi di hujung jari serta hanya percuma.
Jom daftar di PejuangHartanah.com dan elakkan diri anda daripada penyakit ‘buta kewangan’ ini!