Kita bakal melangkah ke tahun baru 2019.
Apakah peluang-peluang keemasan yang bakal menjelma?
Apakah perangkap-perangkap ngeri yang menunggu?
Berikut adalah 19 nasihat padat dari Ahyat sebagai pedoman di tahun baru. Bukan basic, tapi fundamental! Semoga bermanfaat untuk anda semua!
1. Fahamkan betul-betul bahawa segala keputusan hartanah adalah keputusan kewangan. Kalau kewangan kita koyak, semua jadi koyak.
2. Strukturkan semula kewangan diri kita sebelum nak syok masuk game hartanah. Kerak-kerak kewangan kita tu nak kena bagi bersih dulu. Perbelanjaan kena betulkan balik.
3. Bagi yang ada hutang kad kredit yang tak terkawal tu, seriously takyah la nak terfikir pasal hartanah. Takkan ada hartanah yang pulangannya lebih daripada 18% interest yang kad kredit telah sontot sesiapa yang tak boleh nak bayar penuh setiap bulan. Kasi setel masalah ni dulu.
4. Analisa balik MKAL. Apakah MKAL? Semak balik duit masuk, duit keluar, aset dan liabiliti. Tengok balik cashflow dan net worth kita dan plankan kewangan berdasarkan analisa ni.
5. Bagi yang dah financially stuck tu, maksudnya aliran tunai = kosong. Maksudnya takda lebihan untuk invest, kenalah fikirkan 2 strategi ni: 1) tingkatkan income atau 2) kurangkan expenses. Takda jalan lain untuk beli rumah.
6. Ikut balik financial rules dalam uruskan kewangan bulanan: 70-20-10. Haa.. ni apa ni? 70% kat expenses, 20% minima kat investment dan 10% maksima kat protection.
7. Mulakan pelaburan dengan master plan hartanah. Nak makan roti canai boleh plan nak ke kedai mana. Tapi nak beli rumah tak boleh main plan je bro. Kena ada master plan.
8. Bila dah ada master plan, jangan nak gelojoh nak masuk game hartanah. Kena kuatkan foundation dulu. Ilmu, jemaah kenalan sekeliling dan kewangan kena betulkan dulu.
9. Siapkan dulu peti kemarau & emergency fund sebelum melabur hartanah. Kalau takda 6 hingga 9 bulan simpanan bagi tanggung perbelanjaan, janganlah mengada-ngada nak masuk game hartanah.
10. Kalau takda peti perang & investment fund pun tak boleh mula game jugak. Memang kenalah ada simpanan bro. Game hartanah ni kena ada modal. Memang ada teknik ajaib tak perlu modal tapi itu level advance tu. Ada bahaya dia jugak.
11. Kena crystal clear apa exit plan korang. Ni nak kena research dulu. Kena research online, kena research dan turun padang.. kena ketibas (ketiak basah haha). Baru betul gayanya.
Exit plan hanya ada dua iaitu: cashflow & capital appreciation. So, yang mana satu game anda akan menentukan hartanah mana dipilih nanti.
12. Lepas tu baru tengok entry pulak. Apa harga yang kita nak masuk game ni? Apa produknya? Kat lokasi mana? Kalau dah masuk harga salah, takkan exitnya jadi betul. Itu namanya pelik tu. Entry kena betul, barulah exit nanti betul.
13. Jangan syok sangat kat booster hartanah ni. Memang antara modul femes dalam program-program Pejuang Hartanah ada ajar benda ni. Tapi kita tak boleh pilih hartanah hanya kerana booster hartanah semata-mata.
14. Kalau nak jadi pelabur, kenalah tahu kira-kira pulangan pelaburan atau ROI (return on investment). Takyah nak perasan dah jadi billionaire dan nak buat badan kebajikan. Kalau nak jadi investor buat betul-betul. Badan kebajikan pun perlukan income, beb!
15. Sebelum nak beli tu kenalah tahu matematik hartanah. Ada 2 bahagian: kira-kira diri sendiri dan kira-kira hartanah tu. Kalau faham mata pelajaran penting ni, then semua akan faham kenapa setiap satu hartanah tu mungkin tak sesuai untuk semua orang.
16. Cukupkan bekalan perang pertama: ilmu. Ahyat ni dah 15 tahun dalam dunia hartanah pun masih menuntut ilmu kewangan dan ilmu hartanah. Jangan ego dan sombong. Teruskan belajar.
17. Cukupkan bekalan perang kedua: jemaah. Kita hanya sehebat penasihat kita. Agent, lawyer, banker, tax consultant dan lain-lain mesti jadi inner circle kita.
18. Kira betul-betul holding power. Holding power ni masa kita sihat, masa kita tak sihat. Bolehkah kita bela raksasa ni kalau takda penyewa? Berapa lama? Masa ada kerja? Masa takda kerja? Masa sihat? Masa tak sihat? Peti kemarau kita penting. Takaful pun penting.
19. Sebelum nak beli hartanah kita tu, kena semak dulu layak dan mampu. Apa yang kita layak tu tak semestinya mampu. Yang ramai buat kesilapan besar tu langgar syarat ni! Sahabat-sahabat Ahyat sendiri boleh merana kerana tak buat kira-kira dengan betul.
20. Begitulah secara padat dan pantas, 19 tips. Yang penting anda semua tahu bonus tip: bahawa game hartanah ni akan membawa lebih banyak SENGSARA kepada orang yang masuk game tanpa ilmu dan tanpa jemaah atau circle!
Ahyat akan banyak lagi nak sharing. InsyaAllah teruskanlah bersama dengan Ahyat & komuniti Pejuang Hartanah.
Ahyat akan fokus kepada online sharing dan program-program digital pada tahun 2019.
Tahniah yang dah bersama dengan Ahyat dalam PHC: Pejuang Hartanah Circle.
Ahyat bagi bonus kepada semua yang dah sertai dari 2018. Dan team kami dah susun program dan siri video learning yang lebih meletops pada tahun 2019 ni.
Bagi yang nak belajar lebih lagi dengan Ahyat secara online, KLIK DI SINI!!!
SELAMAT TAHUN BARU 2019!
SELAMAT BERJUANG!