Korang mesti tak faham kenapa loan rumah korang rasa macam tak luak-luak pun.
Ingatkan pulak boleh habis bayar ikut masa 30 tahun, tapi rupanya extend lagi tempoh bayaran!
Macam mana ni? Kenapa jadi begitu? Apa perlu korang buat?
Ikuti kupasan Tuan Aziz Ahmad mengenai isu loan rumah di bawah:
PINJAM RM400K, LEPAS 5 TAHUN BAKI RM390K?!
Kalau anda ada loan rumah, wajib baca ni!
1. Graf loan rumah anda bukan berkadar terus seperti loan kereta atau loan peribadi. Ianya tidak berkadar terus sebab interest dikira based on reducing outstanding balance.
2. Bila interest rate naik, total interest yang anda akan bayar pun naik. Bayangkan jika loan anda RM400K, total interest anda ialah RM544K. Bila interest rate naik 0.2%, total interest anda menjadi RM596K. Anda dah rugi RM52K. Tempoh pinjaman anda juga akan jadi lebih panjang dari 30 tahun menjadi kepada 32 tahun!
3. Bila interest rate naik lagi, total interest yang anda akan bayar pun akan naik lagi. Bayangkan jika interest rate naik lagi 0.2%, total interest anda menjadi RM684K. Anda dah rugi RM140K. Tempoh pinjaman anda juga akan jadi lebih panjang lagi menjadi 34 tahun.
4. Bila interest rate dan bank advise anda untuk naikkan bayaran ansuran, anda patut buat seperti yang bank advise. Sebab, dengan cara ini anda dapat habiskan pinjaman anda on time 30 tahun dan anda dapat jimatkan interest anda.
Cuba lihat graf-graf di bawah sebagai rujukan dan contoh:
Kalau anda dengar cakap bank dan buat bayaran seperti mana yang bank minta, loan anda boleh habis on time.
Teknik ini applicable untuk semua jenis pinjaman rumah termasuk term loan, flexi loan, conventional atau Islamic.
Dah belajar sesuatu hari ni lepas baca artikel di atas?
Nak tahu lagi tips macam mana anda boleh habiskan loan rumah anda, hanya dalam masa 10 tahun sahaja?