Top 10 Hartanah Di Terengganu! Nak tahu Lokasi Panas?

Pada perkongsian segmen Radar Hartanah yang lalu, team kami telah membuat analisa mengenai top 10 hartanah pencakar langit di Iskandar Puteri Johor.

Kali ini, jom kita fokus pada top 10 hartanah di Terengganu secara keseluruhannya.

Berdasarkan data yang dikumpulkan daripada kajian, sepanjang tempoh Dec 2019 hingga Nov 2020, negeri Terengganu mencatatkan sebanyak 1,305 transaksi jual beli rumah.

Dengan jumlah transaksi tersebut, ini secara langsung meletakkan lokasi Keluang di kedudukan nombor satu sebagai lokasi rumah paling banyak mempunyai urusan transaksi jual beli rumah di Terengganu!

Harga Median.
Harga median (harga tengah) bagi keseluruhan senarai rumah-rumah di Terengganu berada pada harga RM300,000. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah pada RM95 psf.

Melalui maklumat menarik sebegini, sudah pasti korang ingin tahu senarai top 10 hartanah di Terengganu yang menjadi tumpuan, kan?

Team Radar Hartanah menyediakan laporan ini berdasarkan senarai lokasi di Selangor yang paling banyak transaksi.

Mari kita lihat.

TOP 10 HARTANAH (DEC 2019 – NOV 2020) DI SELURUH TERENGGANU

#1 TAMAN KOPERAT PUTERA (BE 21 – 95) (KELUANG)

Bilangan transaksi: 39
Harga median: RM221,000
Harga Median Psf: RM144
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold (Bunglow, Semi D,Teres)

#2 BATU PAYONG (BUKIT PAYUNG)

Bilangan transaksi: 36
Harga median: RM320,000
Harga Median Psf: RM92
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold (Bunglow,Semi D)

#3 TOK JEMBAL (KUALA NERUS)

Bilangan transaksi: 28
Harga median: RM294,300
Harga Median Psf: RM165
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold (Bungalow, Town House, Terrace House)

#4 BATU RAKIT (BATU RAKIT) 

Bilangan transaksi: 27
Harga median: RM297,000
Harga Median Psf: RM85
Jenis pegangan: Freehold (Bunglow, Terrace House, Semi D)

#5 WAKAF TENGAH (BATU RAKIT)

Bilangan transaksi: 23
Harga median: RM325,000
Harga Median Psf: RM107
Jenis pegangan: Leasehold, Freehold (Semi D, Terrace House, Bungalow)

#6 KAMPUNG RAJA (KAMPUNG RAJA)

Bilangan transaksi: 23
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM69
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold (Bunglow, Semi D)

#7 ALOR LINTANG (KAMPUNG RAJA)

Bilangan transaksi: 21
Harga median: RM260,000
Harga Median Psf: RM80
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House, Bunglow, Semi D, Cluster House)

#8 PADANG LUAS (PELAGAT)

Bilangan transaksi: 21
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM68
Jenis pegangan: Freehold (Bungalow, Terrace House, Semi D)

#9 BALAI BESAR/ GONG PASIR/ PAK SABAH (SURA)

Bilangan transaksi: 21
Harga median: RM358,000
Harga Median Psf: RM104
Jenis pegangan: Freehold (Bunglow, Semi D)

#10 KUALA BERANG (KUALA BERANG)

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM330,000
Harga Median Psf: RM74
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House, Bunglow, Semi D)

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (09 Febuari 2021).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Terengganu.
3.3. Jenis: All Types.
3.4. Type: Intermediate.
3.5. Range harga: All prices.
3.6. Tempoh: Dec 2019 – Nov 2020.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: