Top 10 Lokasi Apartment Di Negeri Selangor Bagi Tahun 2018!

Bagi edisi Radar Hartanah kali ini, mari kita lihat senarai top 10 lokasi panas bagi hartanah kediaman jenis apartment di negeri Selangor.

Selain rumah teres yang merupakan jenis kediaman yang paling popular berdasarkan transaksi, apartment atau pangsapuri juga merupakan pilihan bagi ramai rakyat Malaysia ketika membeli hartanah kediaman.

JUMLAH TRANSAKSI

Hasil kepesatan negeri Selangor dari segi ekonomi menyumbang ke arah perkembangan pasaran hartanah di negeri tersebut.

Berdasarkan data yang dicatatkan bagi tahun 2018 (Januari 2018 hingga Disember 2018), negeri Selangor menduduki tempat pertama di antara negeri-negeri di Malaysia bagi jumlah transaksi jual beli apartment, iaitu sebanyak 4,355 transaksi.

Secara perbandingan, Selangor merekodkan jumlah transaksi lebih besar berbanding Pulau Pinang di tempat kedua (1,546 transaksi) dan Johor di tempat ketiga (1,236 transaksi).

HARGA MEDIAN

Dari segi harga median (harga tengah) pula, rumah jenis apartment di negeri Selangor berada pada harga RM250,000.

Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah pada RM293 psf.

Jom kita lihat senarai top 10 lokasi hartanah kediaman jenis apartment di negeri Selngor berdasarkan jumlah transaksi pada tahun 2018.

TOP 10 LOKASI HARTANAH JENIS APARTMENT DI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2018 (JANUARI 2018 – DISEMBER 2018)

#1 FLORA DAMANSARA, DAMANSARA PERDANA

Bilangan transaksi: 103
Harga median: RM260,000
Harga Median Psf: RM307
Jenis pegangan: Leasehold

#2 MENTARI COURT, PETALING JAYA

Bilangan transaksi: 81
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM387
Jenis pegangan: Leasehold

#3 PANGSAPURI SERI PINANG, SETIA ALAM

Bilangan transaksi: 50
Harga median: RM305,000
Harga Median Psf: RM359
Jenis pegangan: Freehold

#4 DAHLIA APARTMENT, RAWANG

Bilangan transaksi: 41
Harga median: RM88,000
Harga Median Psf: RM126
Jenis pegangan: Leasehold

#5 VALENCIA APARTMENT, SHAH ALAM

Bilangan transaksi: 39
Harga median: RM130,000
Harga Median Psf: RM155
Jenis pegangan: Freehold

#6 LAGOON PERDANA APARTMENT, PETALING JAYA

Bilangan transaksi: 39
Harga median: RM200,000
Harga Median Psf: RM235
Jenis pegangan: Leasehold

#7 SERI JATI APARTMENT, SETIA ALAM

Bilangan transaksi: 36
Harga median: RM292,500
Harga Median Psf: RM360
Jenis pegangan: Freehold

#8 PANGSAPURI KASUARINA, KLANG

Bilangan transaksi: 32
Harga median: RM265,000
Harga Median Psf: RM288
Jenis pegangan: Freehold

#9 APARTMENT ANGGERIK, RAWANG

Bilangan transaksi: 32
Harga median: RM66,500
Harga Median Psf: RM95
Jenis pegangan: Freehold

#10 PANGSAPURI SUBANG SURIA, SUNGAI BULOH

Bilangan transaksi: 32
Harga median: RM215,000
Harga Median Psf: RM271
Jenis pegangan: Leasehold

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan dan gambar:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 12 Mei 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri : Selangor.
3.3. Jenis: Apartment.
3.4. Range harga: Semua harga.
3.5. Tempoh: Jan 2018 – Dis 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: