Top 10 Lokasi Hartanah Highrise Di Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2021

[ RADAR HARTANAH ]
INILAH KISAHNYE RAKYAT MALAYSIA BELI RUMAH HIGHRISE

Minggu lepas Ahyat dah mintak team Radar Hartanah semak 10 lokasi transaksi rumah di sekitar Selangor. So minggu ni Ahyat mintak diorang analisa rumah2 jenis highrise untuk seluruh negeri di Malaysia

Rumah2 jenis highrise ni ada 4 kategori: Kondo, Service Apt, Apartment dan Flat.

Dalam tempoh 1 tahun dari Dis 2019 hingga Nov 2020 ada lebih 11,327 transaksi untuk hartanah jenis kediaman highrise di seluruh Malaysia.

Harga tengah atau harga median ialah rm277k. Dan harga median satu kaki persegi ialah rm319 psf.

Daripada 10 lokasi paling banyak transaksi hartanah jenis kediaman highrise tu ada 2 jenis kondo,1 jenis service residence, 4 jenis apartment dan 4 jenis flat. 5 adalah jenis freehold dan 5 jenis leasehold.

Berikut adalah 10 lokasi hartanah di seluruh Malaysia dalam tempoh 12 bulan dari Dis 2019 hingga Nov 2020 :

#1 OUG PARKLANE, KUALA LUMPUR

Bilangan transaksi: 41
Harga median: RM380,000
Harga Median Psf: RM400
Jenis pegangan: Freehold (Services Residences)

#2 FLORA DAMANSARA – JALAN PJU 8/9 (P/PURI), SELANGOR

Bilangan transaksi: 40
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM353
Jenis pegangan: Leasehold (Apartment, Flat)

#3 MELINGSUNG SUMMER BAY RESORT, SABAH

Bilangan transaksi: 32
Harga median: RM850,000
Harga Median Psf: RM175
Jenis pegangan: Leasehold (Apartment)

#4 VENICE HILL, SELANGOR

Bilangan transaksi: 30
Harga median: RM245,000
Harga Median Psf: RM169
Jenis pegangan: Freehold (Condominium)

#5 GREEN GARDEN, PENANG

Bilangan transaksi: 29
Harga median: RM120,000
Harga Median Psf: RM223
Jenis pegangan: Freehold (Flat)

#6 APARTMENT ANGKASA, SABAH

Bilangan transaksi: 29
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM353
Jenis pegangan: Leasehold (Apartment)

#7 MUTIARA, PENANG

Bilangan transaksi: 27
Harga median: RM185,000
Harga Median Psf: RM257
Jenis pegangan: Freehold (Condominium)

#8 PR1MA ALAM DAMAI, KUALA LUMPUR

Bilangan transaksi: 26

Harga median: RM333,000
Harga Median Psf: RM336
Jenis pegangan: Leasehold (Apartment)

#9 WANGSA MAJU SEKSYEN 2, KUALA LUMPUR

Bilangan transaksi: 25
Harga median: RM218,000
Harga Median Psf: RM380
Jenis pegangan: Leasehold (Flat)

#10 PANORAMA LAPANGAN PERDANA, PERAK

Bilangan transaksi: 25
Harga median: RM65,000
Harga Median Psf: RM94
Jenis pegangan: Freehold (Flat)

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (19 Januari 2021).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Seluruh Negeri.
3.3. Jenis: Highrise.
3.4. Type: Intermediate.
3.5. Range harga: All prices.
3.6. Tempoh: Dis 2019 -Nov 2020.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: