Untuk perkongsian Radar Hartanah kali ini, kita akan fokus kepada hartanah bajet bagi semua jenis kediaman rumah di Kuala Lumpur.
Selain daripada rumah landed yang popular dan menjadi pilihan ramai pembeli hartanah di Malaysia, rumah bajet juga menjadi pilihan kepada mereka yang ingin membeli mengikut kemampuan mereka dan ada juga yang ingin ‘menambah’ hartanah sedia ada.
Faktor ini mungkin pemandangan, suasana, harga dan booster yang berdekatan menyebabkan mereka berminat untuk memiliki hartanah jenis bajet ini.
JUMLAH TRANSAKSI
Data bagi tahun 2020, untuk tempoh Julai 2019 hingga Jun 2020, mencatatkan sebanyak 389 jumlah transaksi jual beli bagi rumah jenis bajet di Kuala Lumpur.
HARGA MEDIAN
Harga median (harga tengah) yang dicatatkan bagi rumah jenis bajet di Kuala Lumpur pada tahun 2020 pula adalah pada RM175,000. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM268 psf.
TOP 10 LOKASI RUMAH BAJET BERHARGA RM150K – RM200K DI KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2020 (JULAI 2019 – JUN 2020)
#1 DANAU KOTA FLAT, SETAPAK
Bilangan transaksi: 18
Harga median: RM175,000
Harga Median Psf: RM250
Jenis pegangan: Leasehold
#2 TAMAN MELATI, SETAPAK
Bilangan transaksi: 15
Harga median: RM180,000
Harga Median Psf: RM287
Jenis pegangan: Freehold
#3 SRI RAKYAT, BUKIT JALIL
Bilangan transaksi: 11
Harga median: RM185,000
Harga Median Psf: RM277
Jenis pegangan: Freehold
#4 TAMAN PUSAT KEPONG, SEGAMBUT
Bilangan transaksi: 11
Harga median: RM180,000
Harga Median Psf: RM212
Jenis pegangan: Leasehold
#5 TAMAN SRI ENDAH,SRI PETALING
Bilangan transaksi: 11
Harga median: RM170,000
Harga Median Psf: RM263
Jenis pegangan: Leasehold
#6 BANDAR TASIK SELATAN, BANDAR TASIK SELATAN
Bilangan transaksi: 10
Harga median: RM180,000
Harga Median Psf: RM261
Jenis pegangan: Leasehold
#7 PUDU IMPIAN 1, CHERAS
Bilangan transaksi: 10
Harga median: RM169,500
Harga Median Psf: RM254
Jenis pegangan: Leasehold
#8 TAMAN SRI SENTOSA, OLD KLANG ROAD
Bilangan transaksi: 10
Harga median: RM170,000
Harga Median Psf: RM243
Jenis pegangan: Leasehold
#9 WAMGSA MAJU SEKSYEN 2, WANGSA MAJU
Bilangan transaksi: 10
Harga median: RM177,000
Harga Median Psf: RM287
Jenis pegangan: Leasehold
#10 SRI PENARA, CHERAS
Bilangan transaksi: 9
Harga median: RM190,000
Harga Median Psf: RM294
Jenis pegangan: Leasehold
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!
Jumaat, 2 Oct 2020
Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan dan gambar:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 1 Oct 2020).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Jenis: All Types
3.3. Range harga: RM150K-RM200K.
3.4. Tempoh: Jul 2019 – Jun 2020.