fbpx

10 Tanda Orang Nak Muflis! Yang No. 9 Tu Paling Seram!!

Korang mesti ada impian nak memiliki rumah sendiri, kan?

Rumah atau hartanah ni boleh dimiliki oleh semua orang sebenarnya.

Bukan soal gaji besar atau kecil, harga rumah mahal atau murah…
Tapi perkara paling wajib dan utama ialah korang mesti ada pengurusan kewangan yang baik.

Kalau tak reti urus kewangan dengan baik, korang boleh dibebani hutang.
Kalau hutang tak berbayar pulak, itulah tandanya kita bakal muflis!

Statistik menunjukkan di Malaysia sepanjang lima tahun lalu, sebanyak 64,632 individu dengan kes muflis dicatatkan! Ini bersamaan lebih kurang 12,900 kes setahun dan 1,100 kes sebulan!!

So, macam mana korang nak realisasikan impian korang nak beli hartanah kalau korang ada tanda-tanda nak muflis?

Bila keadaan kewangan dah melarat dan tenat, bahaya nak beli hartanah!
Bila dah berstatus muflis, hilanglah keupayaan nak beli hartanah tu!!

Kalau korang masih tak sedar korang bermasalah, atau rasa-rasa macam korang hampir terjerat dengan ‘penyakit muflis’ ni, korang patut baca tanda-tanda kat bawah ni:

10 TANDA-TANDA NAK MUFLIS:

1) Hanya Buat Bayaran Minima Pada Kad Kredit.

Kalau setiap bulan nak buat bayaran kad kredit, tanda-tanda korang ada masalah kewangan ialah bila korang hanya mampu buat bayaran minimum sahaja setiap bulan.

2) Limit Kad Kredit Cepat Penuh.

Ni lagi satu tanda korang ada problem. Bila buat bayaran atau transaksi melalui kad tu, korang ada rasa berdebar-debar, siap soal dalam hati “lepas ke tak ni?”… “limit aku dah lebih ke tak ni?”.

3) Baki Tertunggak Kad Kredit Meningkat Setiap Bulan.

Tanda ketiga ialah, baki tertunggak korang semakin meningkat dan meningkat dari bulan ke bulan. Sepatutnya kalau ada pengurusan kewangan yang baik, baki tersebut semakin berkurang, bukan bertambah.

4) Start Ambil Tunai Dari Kad Kredit.

Bila dah semakin bertambah hutang, korang start pulak ambil tunai (cash) dari kad kredit tu demi menampung hutang dan perbelanjaan. Ni lah salah satu tanda yang turut menyumbang ke arah muflis.

5) Lewat Bayar Hutang Sedia Ada.

Tak kira sama ada hutang kad kredit, kereta, rumah, personal loan atau hutang dengan orang… bila korang mula lambat bayar hutang, maka itulah permulaan anda ada masalah kewangan.

6) Start Dikenakan Kadar Penalti!

Kalau dah selalu lewat bayar segala hutang seperti tanda kelima di atas, mulalah korang akan dikenakan kadar penalti (denda bayaran lewat). Dah lah hutang sedia ada dengan interest masih tak langsai, tambah pulak lagi dengan kadar penalti! Aduh! Berhati-hatilah bila kadar penalti mula dikenakan sebagai contoh hutang rumah jika dikenakan penalti, interest turut berubah! Jangan main-main dengan hal ni!

7) Mula Kerap Meminjam Duit.

Rasa terdesak akibat tanda-tanda di atas, akhirnya korang pun akan mula meminjam. Keluarga, kawan dan kenalan selalu jadi ‘mangsa’ korang. Tahap kronik pulak bila dah melibatkan pinjaman dari ah long!

8) Terima ‘Surat Cinta’ & ‘Panggilan Romantik’ Dari Pihak Bank.

Haaa… bila tak terbayar hutang sedia ada serta penalti yang dikenakan, korang akan terimalah ‘surat-surat cinta’ dan ‘panggilan-panggilan romantik’ dari pihak bank sebagai amaran dan notifikasi kepada anda. Cuba korang fikir, tenteram ke hidup kalau selalu terima surat dan panggilan sebegini?!

9) Tiada Duit Simpanan & Dana Kecemasan!

Tanda paling seram antara semua tanda ni ialah tanda kesembilan, bila korang langsung takda plan B untuk buat bayaran hutang. Korang langsung takda duit simpanan dan juga takda dana kecemasan untuk saat terdesak seperti ini. Ini sangat menyeramkan dan akhirnya korang akan terjebak dengan status muflis!

10) Selalu Bertengkar Dengan Pasangan/Orang Yang Kita Pinjam Duit.

Bila pelbagai masalah dah melanda, serta buntu cari penyelesaian, mulalah korang akan stress akibat tekanan. Suami isteri akan mula bertengkar dan mereka yang beri korang pinjam duit akan mula menuntut hutang. Ini semua menunjukkan korang hampir ke arah muflis. Takutnya!

Rasa seram dengan hutang melambak dan status bakal muflis? Nak strukturkan semula kewangan korang?

Bagaimana nak cari solusi kepada masalah di atas ni?

Ingat 3C ni jika korang ada masalah pengurusan kewangan:

1) Circle.

Circle ni bermaksud ‘bulatan’ jemaah kenalan kita. Siapa yang kita berkawan mampu mengubah kita. Korang pasti memerlukan aura dan semangat positif serta ilmu yang betul dari circle yang betul. Kalau kita bergaul dengan orang yang bijak uruskan kewangan, sedikit sebanyak kita akan turut ikut cara positif mereka.

2) Commitment.

Untuk jadi sebahagian daripada circle ni, kita mesti ada komitmen yang tinggi untuk bangkit dan mengubah kedudukan kewangan kita. Jika takda rasa dan niat untuk perbaiki kewangan serta kurangkan hutang dan perbelanjaan, jangan berangan nak bebas hutang apatah nak jadi kaya. Macam mana nak ada aset seperti hartanah dan lain-lain kalau kita tak mampu untuk beri komitmen?

3) Consistent.

Seterusnya, sentiasa konsisten dalam perjalanan untuk menyusun dan mengubah kewangan korang. Ia bukan suatu proses yang boleh selesai ‘overnight’. Ia memerlukan semangat dan bimbingan dari circle korang, commitment yang tinggi untuk berubah serta tindakan yang consistent.

Inilah 3C yang boleh kita ikuti.

Bila kewangan dah kukuh, barulah korang boleh melabur dalam instrument seperti hartanah dan sebagainya. Kan best kalau ada harta dan aset atas nama sendiri!!!

Nak join circle yang power-power ni?

Jom sertai Seminar Power Hartanah, yang akan menyentuh topik pengurusan kewangan dan juga cara melipatgandakan kewangan anda melalui pelaburan hartanah!

KLIK link di bawah untuk mendaftar:

1) Untuk seminar di Shah Alam:

 

SEMINAR POWER HARTANAH SHAH ALAM

 

2) Untuk seminar di Kota Kinabalu:

 

SEMINAR POWER HARTANAH KOTA KINABALU

 

*Artikel ini dikupas oleh penulis berdasarkan kandungan topik FB Live Ieza Yusof.
**Sumber gambar: The Star & The Standard.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp