fbpx

10 Tempat Dominasi Permintaan Di Selangor Pada H1 2020

Radar hartanah minggu ini team akan kongsikan mengenai senarai 10 kawasan permintaan tertinggi di selangor pada H1 2020 yang didominasi oleh kejiranan pinggir bandar. Ahyat minta team radar hartanah untuk membuat kajian mengenai kawasan-kawasan ini mengikut data yang telah keluarkan pada tahun ini.

Cuba kita lihat senarai 10 kawasan yang paling atas yang menjadikan tempat ini permintaan yang tinggi pada tahun H1 2020. Sebahagian besar kawasan permintaan di Selangor dengan pertumbuhan paling cepat terletak lebih jauh dari pusat bandar dengan harga median di bawah rm400,000. Tangga pertama adalah Puncak Alam yang menduduki tangga teratas apabila angka kunjungannya meningkat dua kali ganda tahun pada tahun ini dengan peningkatan sebanyak +39.86%. Ada kemungkinan harta bertanah seperti rumah teres dan rumah berkembar menjadikan pertumbuhan ketara pada angka kunjungan di kawasan tersebut? Adakah disebabkan oleh harga lebih rendah bagi rumah bertanah di kawasan tersebut atau orang Selangor sekarang lebih suka cari rumah yang jauh dari Bandar raya utama?

Di Serendah pula mencatat peningkatan permintaan sebanyak +26.87% dengan harga tengah yang paling rendah berbanding 9 kawasan yang lain iaitu RM165,000 dan pertumbahan modal sebanyak +7.30%. Kawasan ini banyak rumah yang bertanah dan sedikit pendalaman.

Manakala, di Ampang pula mencatatkan peningkatan sebanyak +18.12%. Kemungkinan juga di Ampang ini meningkat kerana kediaman jenis Servis Residensi kerana faktor harga tengah yang bawahRM400,000?. Kebiasaan harga rumah jenias servis residensi ini diantara rm300,000 hingga rm400,000 dan kebanyakannya terdiri dari unit studio, yang merupakan pilihan perumahan yang popular untuk profesional yang bekerja dan pasangan muda.

Di bawah ini team telah sediakan gambar sekali dengan maklumat untuk jadikan rujukan.

Permintaan: +39.86%
Harga median: RM250,000
Capital Growth: -1.59%

Permintaan: +32.43%
Harga median: RM202,000
Capital Growth: +25.92%

Permintaan: +26.87%
Harga median: RM165,000
Capital Growth: +7.30%

Permintaan: +18.12%
Harga median: RM313,500
Capital Growth: -1.70%

Permintaan: +16.93%
Harga median: RM400,000
Capital Growth: -3.50%

Permintaan: +16.82%
Harga median: RM515,000
Capital Growth: +1.62%

Permintaan: +14.90%
Harga median: RM357,000
Capital Growth: -3.59%

Permintaan: +13.90%
Harga median: RM263,356.50
Capital Growth: -9.60%

Permintaan: +11.60%
Harga median: RM600,000
Capital Growth: -1.52%

Permintaan: +9.16%
Harga median: RM320,000
Capital Growth: -2.72%

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI TELEGRAM CHANNEL PREMIUM AHYAT ISHAK! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2020
2. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2019

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp