fbpx

12 Cara Urus Duit Buat Para Usahawan!

Saban hari semakin ramai di kalangan rakyat Malaysia memilih untuk menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Lantas, ramai yang berbangga dengan status bergelar sebagai seorang usahawan.

Di sebalik gelaran itu, adakah anda pasti tentang selok-belok asas pengurusan kewangan yang betul apabila menjalankan perniagaan sendiri?

Malah, kerana pendapatan perniagaan yang tidak menentu (kadangkala meningkat dan kadangkala menurun) dan tidak seperti pendapatan bergaji yang tetap, ini menjadikan pengurusan kewangan lebih penting bagi seorang usahawan.

Jom kita lihat.

12 CARA URUS DUIT BUAT PARA USAHAWAN!

1. PERIKSA SKOR KREDIT

Apa itu skor kredit (credit score)?

Senang cerita, sama macam report card masa anda sekolah dahulu, prestasi kewangan kita semua juga ada skor pemarkahan tersendiri.

Jadi, sebelum melangkah lebih jauh atau jika ingin kembangkan perniagaan anda tu, periksa dahulu skor kredit anda.

Tentukan kedudukan kewangan anda: Hutang, aset, liabiliti dan lain-lain.

Bandingkan dengan pendapatan anda.

Laporan CCRIS atau CTOS juga sangat membantu, kerana melalui laporan inilah nanti anda akan dinilai oleh pihak bank ketika hendak melakukan sebarang pinjaman.

Oleh itu, bagi seorang usahawan, skor kredit sangat penting sebenarnya! Kalau skor kredit peribadi dah goyah, macam mana nak jaga kewangan syarikat, kan?

2. BEZAKAN BAJET

Seorang usahawan yang cemerlang sentiasa mempunyai plan kewangan. Plan inilah dipanggil sebagai bajet.

Bajet yang mengikut strategi betul sangat membantu bagi perkembangan sesuatu perniagaan.

Lebih rapat dan hampir kita ikut bajet tersebut, lebih kuranglah masalah-masalah kewangan yang bakal kita hadapi.

Tips paling utama dan klasik : Seorang usahawan mestilah memisahkan bajet peribadi dan bajet perniagaan.

Kenapa? Kerana kewangan peribadi dan kewangan perniagaan anda adalah dua entiti yang berbeza. Tak kira sama ada anda pemilik syarikat tunggal, enterprise atau Sdn Bhd.

3. BUKA AKAUN BANK SYARIKAT

Apabila sudah mempunyai bajet yang cantik, langkah seterusnya ialah untuk membuka akaun bank syarikat.

Kenapa perlu untuk membuka akaun bank syarikat?

Ini kerana segala rekod transaksi perniagaan samada duit keluar atau masuk, bakal direkodkan di akaun ini.

Ramai usahawan yang memandang remeh tentang langkah ini dan merasakan tidak perlu untuk membuka akaun bank syarikat. Antara alasan diberikan ialah kerana berniaga sambilan atau kecil-kecilan. Ada juga yang tidak kisah mencampur-adukkan duit peniagaan dan duit peribadi.

Namun, akibat sikap ini, ramai yang menyesal di kemudian hari apabila hendak melakukan urusan dengan pihak bank.

Kerana tiada bukti rekod pendapatan perniagaan, akhirnya pihak bank tidak akan melayan sebarang permintaan anda.

4. REKOD SETIAP TRANSAKSI

Nadi utama bagi sesebuah perniagaan sudah tentu ialah duit.

Duit yang keluar dan masuk melalui pelbagai transaksi hendaklah direkodkan.

Transaksi yang dimaksudkan di sini adalah segala perkara yang melibatkan duit bagi menjalankan operasi perniagaan tersebut.

Anda boleh rekodkan secara harian, mingguan atau bulanan.

Terpulang yang mana, tetapi lebih kemas rekod transaksi tersebut, lebih mudah untuk anda memantau aliran duit melalui segala transaksi ini.

5. REKOD KOS BELIAN 

Kos belian bermaksud duit yang dikeluarkan untuk membeli barang-barang yang akan dijual.

Barangan inilah yang akan menjadi stok atau inventori pernigaan anda.

Rekodkan nama barang, jumlah kuantiti, harga belian, tarikh belian, nama kedai, nama pembekal dan lain-lain.

Simpan juga segala dokumen belian seperti resit, invois dan sebagainya.

6. REKOD TRANSAKSI JUALAN

Transaksi jualan ialah duit yang diterima daripada pembeli atau pelanggan ketika melakukan jualan.

Sama juga seperti ketika merekodkan kos belian, rekodkan juga segala transaksi jualan.

Cuma bezanya bagi rekod jenis ini, maklumat yang lain yang anda perlu catatkan adalah seperti nama pembeli dan juga jumlah diskaun yang diberikan ketika jualan (jika ada).

Simpan juga salinan resit atau slip bayaran. Duit yang diterima pula, dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat, bukan akaun peribadi untuk mengelakkan terguna duit itu.

7. REKOD KOS BELANJA

Ketika menjalankan operasi perniagaan, pasti akan terdapat pelbagai kos-kos perbelanjaan yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan tersebut.

Jangan keliru antara kos belian dan kos perbelanjaan syarikat.

Kos belian ialah kos untuk membeli stok barangan.

Manakala, kos perbelanjaan pula merangkumi:

→ Pengangkutan.
→ Penghantaran.
→ Bil-bil utiliti seperti elektrik, air, gas dan telefon.
→ Sewa pejabat atau kedai.
→ Gaji pekerja
→ Pemasaran – kos seperti pengiklanan, promosi dan lain-lain.
→ Keraian – kos makanan dan lain-lain bagi mesyuarat, acara atau aktiviti syarikat.

8. REKOD SEGALA PENDAHULUAN

Pendahuluan di sini bermaksud guna-dulu (advance usage).

Ada dua jenis advance usage yang seringkali dibuat oleh para usahawan seperti:

1) Guna dulu daripada duit syarikat – ambil duit syarikat untuk kegunaan peribadi.
2) Advance modal kepada syarikat – beri duit kepada syarikat bagi tampung kos operasi perniagaan.

Kadangkala, apabila terdapat situasi yang mendesak seperti dua situasi di atas, samada disebabkan diri sendiri atau syarikat yang kekurangan duit, maka tidak salah jika kita ‘mencedok’ duit untuk menampung apa yang patut.

Tetapi penting untuk rekodkan jumlah ambilan ini supaya kita tahu berapa banyak perlu dibayar semula supaya rekod perakaunan akan seimbang.

Bagaimanapun, amalan pendahuluan atau ‘cedok’ duit ini tidak digalakkan terutamanya bagi jenis nombor satu di atas. Kalau boleh cuba elakkan demi ‘kesihatan’ kewangan perniagaan anda ya!

9. MAKSIMAKAN SUSUN ATUR

Kalau anda dah baca sampai artikel ini sampai tahap di sini, syabas diucapkan! Kita baru separuh jalan, hehehe.

Kini anda dah tahu 4 kategori rekod melibatkan kewangan syarikat yang perlu dilakukan (point nombor 5 – 8).

Apabila anda sudah mengumpul pelbagai data transaksi perniagaan tadi dan direkodkan, langkah seterusnya simpanlah segala dokumentasi ini secara tersusun dan teratur.

Kita bersyukur di era teknologi pada masa kini terdapat kemudahan yang boleh membantu kita untuk menyimpan data dengan pantas dan kemas.

Selain sistem fail fizikal yang biasa, anda boleh rekodkan di dalam software seperti Microsoft Excel dan sebagainya.

Maksimakan kemudahan digital sebaik mungkin. Kini terdapat juga pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun untuk membantu menyimpan data. Takkan nak download game je, kan?

Cuba manfaatkan juga sistem online apabila berurusan contohnya online banking ketika urusan bank dan online payment atau online invoicing ketika urusan jual beli. Platform online sebegini lebih teratur dan pantas. Pihak bank juga tidak keberatan untuk memberikan senarai penyata jika diminta.

Apabila susun atur rekod anda kemas dan cantik, lebih mudah untuk anda jejak segala transaksi kewangan perniagaan. Ini secara langsung memudahkan anda bila hendak membuat pinjaman dengan pihak bank.

Bila anda yakin dengan rekod kewangan syarikat sendiri, pasti bank pun akan yakin juga dengan anda! Tak gitu?

10. JIMAT SELAGI BOLEH

Satu stigma yang kadangkala terdapat di dalam minda seorang usahawan ialah duit syarikat, duit aku!

Memang benar jika anda ialah pemilik atau salah seorang pemilik perniagaan itu, anda berkuasa ke atas syarikat, namun, sama seperti individu yang makan gaji, amalan berjimat sebenarnya perlu dipraktikkan.

Sebenarnya, bila jadi seorang usahawan, lagilah perlu berjimat!

Samada ini adalah perniagaan pertama anda atau perniagaan ke 20 anda, tak semua cubaan membangunkan perniagaan itu mudah.

Dengan sedikit sikap sambil lewa pun, perniagaan ini boleh kecundang bila-bila masa di tengah jalan!

Periksa segala tabiat perbelanjaan syarikat. Lebih bagus jika anda periksa tabiat perbelanjaan peribadi sekali.

Potong, kurangkan atau buang mana-mana kos perbelanjaan yang tinggi, mengarut dan tidak perlu.

11. SET GOL ANDA

Bukan gol bola sepak, tapi gol atau matlamat kewangan anda melalui perniagaan yang anda jalankan.

Apa yang anda ingin capai untuk diri sendiri dan perniagaan anda dalam masa 1, 5, 10 dan 20 tahun akan datang?

Benar, nak tunggu matlamat tu tercapai kadangkala rasa penat.

Sebab itu kita perlu tetapkan matlamat dalam dua bentuk: Matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

Salah satu tips ialah lakarkan matlamat-matlamat ini di atas kertas atau ‘vision board’ atau sebagainya supaya anda boleh lihat semula.

Kalau rasa susah nak lakarkan matlamat anda, masukkan lima perkara ini ketika anda plan matlamat tu:

1. Matlamat mestilah spesifik.
2. Matlamat mestilah boleh diukur.
3. Matlamat mestilah boleh dicapai.
4. Matlamat mestilah logik dan relevan dengan diri anda (bukan orang lain).
5. Matlamat mestilah berdasarkan suatu garis masa.

12. MENTOR PALING PENTING?

Sekarang dah rasa lebih jelas dalam cara asas urus duit perniagaan anda?

Alhamdulillah!

Cara yang terakhir ini adalah sebenarnya yang paling penting di dalam menguruskan kewangan perniagaan anda!

Anda hanya perlukan mentor!

Kenapa mentor?

Sebagai seorang usahawan yang seringkali berhadapan dengan pelbagai situasi samada situasi dalam jangkaan atau luar jangka, kadangkala anda boleh rasa seperti putus harapan kerana perniagaan merudum atau perniagaan statik tidak berkembang.

Justeru, nasihat seorang mentor itu sangat berharga dan berguna sebagai rujukan untuk diikuti.

Mentor yang berpengalaman sudah pasti mampu dan tahu untuk memberikan nasihat yang terbaik dan bersesuaian buat anda, malah mungkin juga menegur di mana kesilapan yang sepatutnya ditegur.

Usahawan sering dinasihatkan untuk mengelilingi diri dengan orang-orang yang lebih berpengalaman. Malah, kebanyakan usahawan yang berjaya di serata dunia mempunyai mentor di dalam hidup mereka.

Bayangkan situasi di mana anda rasa anda adalah orang yang paling bijak di dalam sebuah bilik. Bagaimana lagi anda hendak berkembang dari sudut ilmu pengetahuan tanpa didikan seorang mentor yang lebih berpengalaman?

Jika gol anda ialah untuk mempunyai empayar bisnes dan hartanah misalnya, carilah mentor yang mempunyai portfolio bisnes dan hartanah yang kukuh.

Memang benar, ramai usahawan yang beranggapan menguruskan perniagaan dan kewangan perniagaan adalah suatu proses ‘try and error’. Tapi, kalau sudah silap langkah yang besar dan terus menjerat diri sendiri serta perniagaan, bagaimana pula?

Elakkan perkara itu terjadi. Oleh itu, sentiasa cari peluang untuk dekati mentor dan serap sebaik mungkin ilmu yang disampaikan oleh mereka.

Anda seorang usahawan dan ingin mengembangkan empayar bisnes anda?

Tapi ada masalah kekangan kewangan?

Loan susah lulus? Duit tunai tak cukup nak kembangkan bisnes?  Bisnes dah bertahun tapi masih di tahap sama?

Ahyat ada satu jawapan untuk masalah ini : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini? Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp