17 Tips Ini Bantu Anda Memiliki Kad Perubatan & Ejen Takaful Yang Terbaik!

 

Disebabkan banyak isu viral baru-baru ni mengenai kad perubatan, MJ nak share tips menggunakan kad perubatan & memilih agent Takaful.

Melalui 17 tahun pengalaman MJ sebagai agent Takaful, agen memainkan peranan yang sangat penting dalam isu kad perubatan. Pelanggan pula juga kena fahamkan secara terperinci terma-terma dalam kad perubatan kerana ia memang akan mengundang banyak isu jika dari awal kita tak paham.

17 TIPS MEMILIH & MENGGUNAKAN KAD PERUBATAN SERTA MEMILIH AGENT TAKAFUL YANG BERTANGGUNGJAWAB.

1. Pastikan jangan langgar bajet 10% daripada pendapatan bersih.
→ Jika pendapatan isi rumah RM10K, maka bajet 10% adalah bersamaan RM1K per sebulan untuk cover:
✅ Pelupusan Hutang
✅ Penggantian Pendapatan
✅ Kad Perubatan

Jika bajet 10% tak cukup untuk susunan turutan kepentingan di atas, maka:
✅ Tambah Income

2. Pilih kad perubatan berdasarkan keperluan bukan kehendak.
→ Ramai yang bayar bulan-bulan dengan amount yang mahal untuk kad perubatan ikut kehendak! MJ nak ingatkan, bukan bulan-bulan kita nak masuk hospital.

3. Pastikan korang faham terms & conditions sebab ada macam-macam jenis kad perubatan.
✅ Stand Alone Medical Card.
– Murah (minimum antara RM50 per bulan ke atas).
– Peningkatan bayaran setiap 5 tahun.
– Tiada nilai tunai.
– Mudah “LAPSED”.
– Masih perlu bayar walaupun dah sakit kritikal atau kecacatan kekal.

✅ Package medical card (Saving + Protection + Medical Card).
– Mahal (Minimum RM120 per bulan ke atas).
– Ada nilai tunai.
– Chances “LAPSED” kurang.
– Bayaran meningkat jika ada perubahan prestasi dana pelaburan dan peningkatan kos perubatan.
– Kad perubatan percuma jika berlaku sakit kritikal atau kecacatan kekal.

4. Kad perubatan fully covered atau ada co-Takaful/Insurans.
✅ Fully covered ni, jangan salah paham kita ingat semua takaful cover.
Sebagai pelanggan ada 3 kos yang biasanya kita kena tanggung:
– Deposit hospital (Antara RM200 – RM500)
– Medical report (RM50 – RM80)
– Registration fees (RM5 – RM10)

✅ Co-Takaful/Co-Insurance 10% atau 20%, ini selalu menjadi punca salah faham antara agent & pelanggan apabila tak faham konsep co-takaful/insurans ni.
Medical card ni agak murah dari segi pembayaran bulanannya. Kalau murah mesti akan ada kekurangannya berbanding kad perubatan fully covered.
Jadi kena fahamkan betul-betul syarat co-Takaful/insurans ni.
Kos yang pelanggan kena tanggung:
– Deposit hospital (Antara RM200 – RM500)
– Medical report (RM50 – RM80)
– Registration fees (RM5 – RM10)
– 10% atau 20% daripada bil hospital dan ada capping tertentu (berbeza-beza antara syarikat takaful/insuran, sila rujuk agent korang).

5. Pastikan korang tahu:
✅ Berapa had limit tahunan.
✅ Berapa had tahunan seumur hidup.
✅ Had rawatan dialisis buah pinggang.
✅ Had rawatan kimoterapi kanser.

6. Pastikan korang tahu proses untuk kemasukan ke hospital.
Lebih baik sebelum nak mohon pengeluaran “Guarantee Letter” atau surat jaminan tu, korang call agent dulu supaya agent boleh nasihat apa patut dan tak patut buat!

7. Kalau dah masuk hospital tu, kalau doktor advise atau nurse advise penggunaan barang-barang atau ubat-ubatan tambahan, korang remind siap-siap yang korang tak mampu nak bayar. So, pastikan segala keperluan dan ubat tersebut di bawah tanggungan kad perubatan sahaja.

8. Jika status “Guarantee Letter” is “Declined” korang kena tanya apakah status “Pay & Claim”?
Jika status “Pay & Claim” kalau takda dan tak cukup duit better usahakan untuk pergi ke hospital kerajaan.
Kalau korang proceed juga dan tetiba bil berpuluh ribu dan tak mampu bayar… siapa nak jawab?

9. Kalau setakat demam-demam usahakan elak daripada masuk hospital demi nak gunakan kad perubatan korang. Sayangi had limit kad perubatan korang. Janganlah hanya demam guna kad perubatan. Setakat pemerhatian MJ, bil hospital swasta ni purata harga RM1K sehari. Had limit tu lah nak standby untuk sakit-sakit yang lebih serius seperti sakit buah pinggang atau kanser.

10. Usahakan pembayaran kad perubatan korang guna auto debit payment daripada kad kredit atau potongan daripada akaun bank. Elak bayar cash sebab banyak kes status “Lapsed” dan tak boleh nak pakai ketika kecemasan berlaku.

11. Minta agent Takaful cerita kes-kes kad perubatan yang tak indah supaya kita ready untuk terima sebarang kemungkinan.

12. Mohon buat kenyataan di dalam permohonan kad perubatan jika ada sejarah sakit di mana-mana klinik atau hospital supaya tak berlaku kejadian “Declined”.

13. Jika status GL “Declined” dan masuk di bawah “Investigation Cases” selama 90 hari, tolong pastikan dokumen yang diminta oleh pihak insurans/takaful untuk dilengkapkan sehingga file ditutup. Jika kes tidak dilengkapkan akan mengundang masalah untuk kes-kes akan datang.

14. Jika syarikat tempat anda bekerja ada provide kad perubatan, pastikan pakai kad perubatan tersebut jika berlaku kemasukan ke hospital. Pakai had limit yang syarikat punya dahulu. Elak pakai yang individu punya. Simpan had limit tersebut untuk masa akan datang sekiranya diberhentikan daripada syarikat tersebut.

15. Proses “Admission” & “Discharge” ambil masa. Especially discharge sebab kebiasaannya doktor akan visit setiap bilik pesakit dan setelah selesai baru akan buat report untuk dihantar ke pihak Takaful/Insurans. Mohon bagi kerjasama kepada agent korang untuk memudahkan proses. Agent korang pulak kenalah rerajin tolong follow up status tersebut. Time ni lah korang memerlukan agent Takaful korang. So, hati-hati memilih agent Takaful. Pastikan mereka seorang yang bertanggungjawab.

16. Dalam bab perlindungan ni, kad perubatan ni penting tapi pastikan korang dah selesaikan sign up yang utama dulu iaitu:
✅ Dana untuk lupuskan segala hutang sebab kerajaan tak bantu kita untuk bayar hutang-hutang jika berlaku risiko.
✅ Dana penggantian pendapatan untuk pewaris supaya jika berlaku risiko, pewaris boleh teruskan kehidupan sebab kerajaan pun tak beri kita dana untuk pewaris kita teruskan kehidupan.
✅ Kad perubatan, kerajaan masih bantu sediakan bantuan perubatan kepada rakyat melalui hospital kerajaan.

17. Tempoh bertenang untuk kad perubatan:
– Cover once kes kad perubatan lulus untuk kes accident.
– Selepas 30 hari boleh pakai untuk kes biasa-biasa seperti demam, keracunan makanan dan sebagainya.
– Selepas 120 hari untuk sakit-sakit kronik tetapi jika bawah 2 tahun kebiasaannya akan diklasifikasikan di bawah “Investigation cases” dan terpaksa “Pay & claim”. Kes begini yang selalu menjadi punca pelanggan marah disebabkan tak dijelaskan sepenuhnya oleh agent atau sebab pelanggan dah tak ingat penerangan tersebut.

MJ harap sedikit sebanyak dapat bantu korang untuk buat keputusan untuk sign up kad perubatan.

Berilah kerjasama antara satu sama lain antara pelanggan & agent supaya dapat menyelesaikan masalah jika berlaku risiko kemasukan ke hospital.

NOTA KAKI :-
Selalu berlaku perdebatan kes kad perubatan “declined” adalah disebabkan beberapa punca:

1. Agent Takaful terlepas pandang untuk menjelaskan fungsi dan proses kad perubatan.
2. Agent Takaful dah jelaskan tetapi pelanggan tak ingat.
3. Agent Takaful tak declare sejarah sakit pelanggan semasa permohonan.
4. Pelanggan tak declare kepada agent sejarah sakit mereka.

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: