fbpx

4 Kumpulan Rakyat Malaysia Dalam Keadaan Bahaya Kewangan


Adakah kita salah satu daripada nye?

Baru baru ni dilaporkan bahawa hutang seisi rumah di Malaysia semakin terkawal. Tetapi ada beberapa kumpulan yg dalam keadaan bahaya kewangan. (Rujukan 1)

1. Pada keseluruhan 2018, keluarga2 di Malaysia berhutang sebanyak rm1.18 trilion. Ye. Bukan million. Bukan billion. Tapi trillion! Bermaksud: rm1180 billion! Wowow!

2. Drpd total tu, 53.2% atau rm628 billion adalah utk pembiayaan rumah. Dan selebihnye 46.8% atau rm552 billion adalah utk hutang2 penggunaan peribadi seperti kad kredit, personal loan dan pembiayaan kereta.

3. Hutang seluruh isi rumah di Malaysia sekarang pada tahap 83% banding GDP negara. Pada satu ketika beberapa tahun lepaa, angka ni hampir cecah 90%. Ini pun kerana pertumbuhan ekonomi lebih laju drpd pertumbuhan hutang keluarga2. Bukan sangat bermaksud hutang2 keluarga makin kurang.

4. So siapa yg dalam keadaan bahaya? Ada beberapa kategori.Kumpulan Pertama ialah orang2 yg bergaji bawah rm3,000 sebulan. Kumpulan ini tiada simpanan utk backup dalam kecemasan2 kewangan. (Rujukan 2)

5. Kumpulan Kedua yang bahaya ialah mereka yang ada personal loan. Dilaporkan bahawa 50% drpd orang yg ambik personal loan bergaji bawah rm5,000 dan semakin ramai miss bayaran. (Rujukan 1)

6. Kumpulan Ketiga yang sedang menghadapi bahaya kewangan ialah orang yg bergaji tidak tetap dan mempunyai komitmen jangka masa panjang seperti pembiayaan rumah. Dilaporkan kumpulan ini yg ada hutang rumah lebih rm500k juga sudah semakin tertekan dan ada yg dah tenat mula miss bayaran.

7. kumpulan Keempat ialah mereka yg bergaji bawah rm5,000. Kumpulan ini merupakan hampir 40% drpd semua hutang2 keluarga di Malaysia. Mereka ni takde simpanan dan aset utk backup hutang. Dan yg paling menggerunkan ialah LTV mereka setinggi 80%. Dilaporkan hampir 30% semua loan rumah dibuat pemohon yg LTV 80%! (Rujukan 3)

8. Apa maksud LTV 80% ni? Maksudnye, utk orang bergaji rm5,000, segala hutang2 dia rm4,000! Dan ade la rm1,000 balance utk hidup dan buat apa yg perlu. So agak2lah, kumoulan ni dalam bahaya kewangan atau tidak?

9. Hutang ni memang satu benda yg hampir mustahil nak dielakkan dalam kehidupan masyarakat moden hari ini. Hutang boleh bantu kita beli aset dan hutang boleh digunakan utk tanggung gaya hidup dan liabiliti lain.

10. Kita kena didik anak2 kita utk bijak tentang hutang. Kalau kita nak ajar anak2 muda tentang bijak berhutang, kita sendiri pun kena bijam uruskan hutang la kan.

11. Jom kita sama2 tingkatkan income. Kenalah lebih gigih dan gagah cari jalan lain utk dapatkan income tambahan. InsyaAllah dengan income2 tambahan ni boleh bantu setelkan hutang2 ni. Dan drpd duit2 tambahan ni kita boleh beli rumah.

11. Semoga kita semua bijak berhutang dan dibebaskan daripada beban2 hutang.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Rujukan:
1. Star Online 30 Mac 2019
https://www.thestar.com.my/…/total-household-debt-in-malay…/
2. BNM
Financial Stability and Payment System Report 2018
3. NST 11 Jun 2019
https://www.nst.com.my/…/malaysias-household-debt-risks-eas…

Gambar:
Atlanticvacationhomes.com

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp