fbpx

5 Pesanan Kepada Anak Muda

Pesanan Kepada Anak Muda dan Yang Perasan Muda Dari Orang Yang Dah Nak Terlepas Fasa Muda

1. Kereta – Jangan ambil loan hingga 9 tahun. Ia adalah skim lanjutan masa pinjaman dulu dulu untuk bantu industri kereta semasa kegawatan ekonomi negara supaya ramai orang rasa “mampu” beli kereta dan bantu industri bergerak. Kalau anda pilih bayar balik 9 tahun dan konon ada niat nak bayar lebih setiap bulan supaya habis dalam 7 tahun, itu adalah dongeng semata semata untuk sedapkan hati sendiri. Hasilnya ialah nilai kereta tambah jatuh, hutang lambat luak, kereta tambah buruk tapi hutang tak habis2 dan bank untung lebih. Nafsu pengguna ialah nak tukar kereta setiap 3-5 tahun. Kerana itu ada facelift atau model baru keluar dalam tempoh itu. Pelanggan akan tukar kereta dan ambil loan baru. A never ending process bagi yang bernafsu. Jangan sibuk sangat nak kereta bergaya di awal kareer, kawan kawan hanya impress 2 minggu pertama. Lepas tu takde siapa kisah anda pakai kereta apa. Hanya bank yang kisah anda bayar ansuran pada waktunya.

2. Mula savings seawal mungkin semasa dah mula bekerja. Lebih mudah untuk yang baru bekerja buat hutang dari menyimpan. Sepatutnya terbalik. Ia sepatutnya lebih mudah dan banyak menyimpan kerana belum mula buat komitmen besar. Simpan 30% dari gaji bersih sebagai simpanan paksa. Anda boleh urus perbelanjaan dan expectation semasa ini. Tune mental untuk berbelanja maksimum hanya 70% dari pendapatan.

3. Simpan duit dalam tabungan selamat. Simpan dalam ASB dulu. Setakat ini pulangannya stabil antara 7-8%. Kalau tabungan ASB belum cecah jumlah maksimum, usah terpengaruh dan mengada ngadalah nak beli bentuk pelaburan lain yang dikatakan menjanjikan pulangan lebih mewah seperti emas lah, skim cepat kaya, dana amanah yang anda tak faham, labur dalam bisnes orang yang anda tak faham dan lain lain skim yang mengkayakan operator nya dulu sebelum mengkayakan anda. Simpan dalam ASB hati tenang, pulangan dapat dijangka dan boleh bajet, duit tak susut mendadak dan tak bagi upah kat orang yang konon nak uruskan harta anda yang tak seberapa.

4. Beli insuran seawal mungkin. Insuran adalah untuk perlindungan. Bukan skim simpanan. Kenapa perlu awal awal masa muda? Sebab kalau dah meningkat umur dan ada tanda2 penyakit, premium makin tinggi dan silap2 kena rejek terus. Make sure ada medical card yang memadai dan anda akan jadi “anak emas” hospital swasta. Kalau nak keselesaan sikit semasa sakitlah. Kos perubatan semakin tinggi. Tapi kalau dapat duduk wad bilik sorang pun jangan berlagak sangat. Ramai lagi yang layak sebab majoriti insuran yang bayar. Cuma anda bernasib baik sebab masa anda masuk wad, kebetulan ada bilik single yang kosong.

5. Bila anda dikurniakan anak, mula membuka akaun tabungan sejak lahir. Tabung ikut kemampuan. Kalau masukkan RM 50 sebulan dalam simpanan yang boleh beri 7% setahun pun memadai untuk mencapai sekitar RM 21,000 bila anak anda berusia 18 tahun. Ia sangat membantu untuk anak anda masuk belajar di institusi pengajian tinggi nanti. Dalam 18 tahun lagi tah ada tah idak PTPTN. Silap silap tabungan tu dah bungkus sebab ramai yang pinjam tapi tak bayar balik. Dan daftar terus untuk anak tunai haji. Tak perlu menunggu lama sangat untuk giliran panggilan haji. Dan ambil medical card insuran untuk anak. Sakit tak dapat diramal.

Tarikh: Julai 17,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp